
Dakwat kekal akan
digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada pilihan raya umum
Kk-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, kata timbalan
pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Katanya,
penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang
meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakanoleh
Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan
raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.
“Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.
“Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tidak boleh laksana sebab tidak ada pindaan, sekarang tidak ada masalah kerana sudah dapat persetujuan semua pihak.
“Bagaimanapun, tindakan pentadbiran akan diambil terlebih dulu termasuk menyemak kandungan dakwat bagi mengelak bahan kimia terlarang serta meminta pandangan Majlis Fatwa sekali lagi,” kata Wan Ahmad dipetik Berita Harian hari ini.
Akhbar berkaitan Umno itu juga memetik beliau berkata SPR sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.
Selain
penggunaan dakwat kekal, PSC juga membentangkan sembilan lagi cadangan
dalam laporan awalnya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1
Disember lalu.
Ini termasuk pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran kawasan pendaftaran, pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan, ketelusan proses mengundi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.

“Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.
“Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tidak boleh laksana sebab tidak ada pindaan, sekarang tidak ada masalah kerana sudah dapat persetujuan semua pihak.
“Bagaimanapun, tindakan pentadbiran akan diambil terlebih dulu termasuk menyemak kandungan dakwat bagi mengelak bahan kimia terlarang serta meminta pandangan Majlis Fatwa sekali lagi,” kata Wan Ahmad dipetik Berita Harian hari ini.
Akhbar berkaitan Umno itu juga memetik beliau berkata SPR sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.

Ini termasuk pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran kawasan pendaftaran, pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan, ketelusan proses mengundi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.
Dakwat baru
Penggunaan dakwat kekal sepatutnya diperkenalkan pada pilihan raya umum Mac 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat terakhir.
Menurut SPR ketika itu, rancangan berkenaan dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.
Bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada satu wawancara dengan Malaysiakini
pada Oktober lalu berkata beliau menganggap tekanan pihak berkuasa
supaya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan pada 2008 sebagai kegagalan
terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.
Malah, katanya, beliau juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, SPR akan membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU-12 2008 sudah dilupuskan selepas tamat tempoh.
Penggunaan dakwat kekal sepatutnya diperkenalkan pada pilihan raya umum Mac 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat terakhir.
Menurut SPR ketika itu, rancangan berkenaan dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.

Malah, katanya, beliau juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, SPR akan membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU-12 2008 sudah dilupuskan selepas tamat tempoh.
ApeKeHellnya neh...!!? kah kah kah akhirnya tunduk pada tuntutan rakyat di jalanraya? yeahhh that's what we call 'People's POWER'..! Kerajaan sepatut ada sebuah pasukan yang lebih hebat dalam memahami kehendak rakyat... suara majoriti rakyat membentuk kestabilan & keharmonian sesebuah negara.. TETAPI, haaa jeng jeng...! perlu diingat.... permasalahan sebenar masih ada... kui kui kui... 'wattuyennapudipelley' yitu pos punya wundi bila mau kasi hapus!? kah kah kah kah ini lah undi pree kerajaan setiap kali pilihanraya.. ada butul? amma.... Jadi, ApeKeHell berpendapat kemungkinan 3.0 bakal diteruskan tak lama lagi...! keh keh keh mapuh mapuh...!!!
0 comments:
Post a Comment