SEORANG
aktress wanita di China, Sun FeiFei berdepan saat yang paling memalukan
di Anugerah "Men of the Year 2011" apabila gaun labuh yang dipakainya terlucut akibat dipijak selepas bergambar di karpet merah ahad lalu.
Ketika
kejadian itu, Pelakon cina itu sedang berjalan di karpet merah bersama
seorang Pengacara Televisyen yang dikenali sebagai Fang Ling. Mereka
kemudiannya dipanggil untuk sesi fotografi ringkas di karpet merah itu.
Selepas bergambar,Sun terus berjalan dan tanpa disedari ketika bergambar beriringan, Fang Ling telah terpijak pakaiannya menyebabkan pakaiannya terlucut sehingga menampakkan colinya.
Sun
terkejut dan dengan serta-merta menarik pakaian manakala pembantu
beliau bergegas ke arah Sun dan membawa kot untuk menutup bahagian
dadanya yang terdedah.
Sun dikatakan meninggalkan majlis itu sejurus selepas itu tanpa menanti majlis penganugerahan berlangsung.
Daripada
keadaan ketika kejadian, ada yang mengesyaki sesuatu tentang gerak
tubuh dan riak wajah Sun apabila bahagian dadanya yang telah dibedah
untuk menambah cantikannya separuh terdedah di hadapan kamera wartawan.
Ia
seakan-akan komedi dimana Sun menunjukkan wajah terkejut dan
seakan-akan tidak berpuas hati manakala Fang yang terpijak mengambarkan
mimik wajah kaget.
Ia seakan-akan dirancang untuk mendapatkan publisiti murahan untuk menaikkan nama apabila tahap popularitinya dikatakan semakin merosot.
Ketika
sesuatu majlis anugerah berlangsung, kebanyanyakkan artis gemar
menayangkan bentuk tubuh dan dada selagi tiada pengharaman keras ke atas
isu ini dilaksanakan oleh kerajaan dan Sun dikatakan mengambil kesempatan di atas keadaan ini untuk meraih populariti.
Terdapat
beberapa pihak yang bersimpati dengan keadaan di mana artis seperti Sun
begitu terdesak untuk meraih perhatian dengan mencipta publisiti
murahan untuk meraih populariti ketika karier mereka di ambang
kejatuhan.
0 comments:
Post a Comment