Tiada lagi Gua Rahsia.Peti-peti
pun sudah hilang entah ke mana.Siapa yang tahu jalan ke Gua Rahsia?Kita sudah
kehilangan petunjuk.
Dengar sini.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengumpulkan semua
petunjuk yang ada.Setiap petunjuk akan membuka cerita yang berbeza.Dan setiap
cerita,kita boleh cantumkan misteri yang ada;kita boleh hubungkan antara satu
sama lain.
sebelum ini ada dijelaskan
tentang petunjuk seorang lelaki 'Phoenicia' yang dihormati di tempatnya,datang
ke dunia sebelah sini,dan diberitakan menyunting seorang gadis misteri.Kita juga
telah maklum misteri tulisan orang Kanaan ini (Phoenicia) yang punya persamaan
dengan tulisan Rencong iaitu tulisan purba orang Melayu yang sempat direkodkan.
Telah disebutkan ,kita tahu
bahawa ciri-ciri gadis misteri ini yang punya hubungan dengan wangian dan
bunga-bungaan.Dan mengapa sumber Judeo-Sumeria menggelarnya sebagai 'Keturah' (wangian,kemenyan
wangi,haruman).Kita juga belajar tentang 'lubbanjawi',kemenyan wangi yang hanya
boleh didapati di Nusantara.Kita juga tahu tentang legenda emas di
Nusantara,sehingga raja-raja Judah dan kerajaan Vedic yang hilang berbisik-bisik
tentangnya.
Selepas kita belajar tentang
sifat bangsa misteri yang berdagang dan belayar.Kita juga sedar tentang misteri
kerajaan-kerajaan yang hilang di Indochina,telah menjadi legenda dan mitos oleh
kaum-kaum yang terkemudian mencorakkan Indochina.Kita juga menjelajah sehingga
beribu-ribu tahun ke belakang,ketika para Firaun memerintah Mesir Purba dan
misteri perkataan Mesir Purba yang 'tertinggal' di dalam kosakata bahasa
Melayu.Kita juga tahu bahawa Punt ialah kepulauan yang kaya dengan emas dan
kemenyan wangi.Kita juga kenal siapa itu Horus,Maat Heru atau Mata Hari di dalam
The Egyptian Book of The Dead.
Dalam artikel terakhir ini,kita
akan belajar tentang rahsia Firaun dan Raja Perehu,kaitan di antara
mereka.Siapakah Raja Perehu ini?Apakah hubungannya dengan Firaun Mesir?Kita juga
akan belajar tentang siapakah Brahma dan Puteri Mayang Mengurai.Kita akan
menghayati legenda cinta antara dua benua;orang Cham menyebutkan dalam legenda
mereka,Kaundinya dan Soma.Orang Khmer menuliskan nama dua kekasih ini sebagai
Preah Thaong dan Neang Neak sementara rekod China mencatatkan legenda ini
sebagai Brahmin dan Ye Ye,'Mayang Mengurai' yang disebut-sebut dalam
hikayat-hikayat Melayu dahulukala.Dan pembukaan rahsia tentang 'darah naga'.
Beribu-ribu tahun dahulu...menurut
cerita para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti
Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di bumi Mekah,baginda tidak
pulang ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke Timur Jauh untuk
berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja
dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak diketahui
namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish memanggilnya
sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa Ibrani Kuno
sebagai 'Keturah'.
Siapakah sebenarnya Ibrahim dan
Keturah?
"The Tabernacle of Melati and Mala"
"...She opened her mouth to swallow The Love of the Lovers, but could not close
her lips,because her lips was full of poison; the Poison of Soma...Venom of the
Kings... There were Hills in the distance; nearby much happiness there was where
the Poison was change by a Holy Man to the Lotus of Wisdom at the peak of her
heart;were the Flowers of Amity as
gift for her Lover,The Patriarch..." (page 275,Venom of The Kings,chapter 37:The
Tabernacle of Melati & Mala
-Lodgekeeper's Diary)
Legenda Kaundinya dan Soma

Di
dalam "The Land of The Gods" telah diselitkan sejarah kewujudan sebuah
kerajaan purba Funan.Funan adalah sebuah kerajaan yang wujud di Indochina dan
pengaruhnya mencapai seluruh Kemboja,sebahagian Vietnam di kanan dan Thailand di
kiri dan sehingga negeri-negeri Melayu utara semenanjung.Tidak diketahui sejak
bilakah kerajaan Funan ini sudah wujud tetapi ia dikesan dalam rekod China
seawal 1 Masehi lagi!Funan juga dikesan menjalankan perdagangan dengan
negara-negara luar sejauh Empayar Rom berdasarkan bukti-bukti arkeologi.'Fu-nan'
(Fou-Nan) adalah sebutan dalam lidah orang China di masa itu.Orang Khmer
menyebutkan sebagai Nakhor Phnom dan Dai-Viet menyebutnya sebagai Phu Nam.Funan
atau Phnom ini bermaksud 'gunung' dalam bahasa Melayu Standard di mana ia adalah
perubahan beribu tahun dari kata asalnya 'gnom'(Melayu Kuno).'Funan' ini juga
adalah saduran dari kata 'penan' yang bermaksud 'puak gunung' (perhatikan kaum
Penan yang dikategorikan sebagai Dayak darat manakala Iban sebagai Dayak laut).
Keselarian kata yang membawa maksud 'gunung' ini antara orang Khmer dan Melayu
ini adalah kerana pada zaman dahulu orang-orang Melayu,Mon dan Khmer mempunyai
hubungan erat di Indochina.'Gunung' adalah salah satu katakunci tabut rahsia
Melayu.Perhatikan bagaimana pengasas Kerajaan Khmer mempunyai hubungan terahsia
dengan keluarga dinasti Sailendra di Tanah Jawa.Saudara?Anak
angkat?Sepupu?Gabenor?Pegawai?Kita tidak tahu setepatnya.'Sailendra' adalah
bermaksud 'raja gunung'.Pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji Barat menolak
teori yang mengatakan keluarga raja Funan melarikan diri ke Tanah Jawa dan
mendirikan dinasti Sailendra di sana.Namun fikirkan ini,raja-raja Khmer dan
orang Khmer sendiri bermati-matian mengaku bahawa mereka adalah pewaris Funan
padahal mengapa Jayavarman II diberitakan 'baru pulang dari Jawa'?Aha...prasasti
dari kuil purba Khmer itu tidak dapat disorok kerana ia adalah satu-satunya
catatan tentang Jayavarman II yang dijumpai setakat ini.
Jadi
siapakah sebenarnya orang Funan ini?Adakah orang Mon-Khmer atau
Malayo-Polynesian?
Orang
Khmer mengaku Funan adalah 'hak' mutlak mereka padahal tiada pun prasasti Khmer
yang menyebutkan tentang Funan ini.Ukiran di Angkor Wat dan Bayon hanya
mencatatkan kewujudan kerajaan Champa,satu rumpun dengan Malayo-Polynesian.Jadi
kita perlukan sumber luar dahulu,terutamanya sumber China yang mula-mula
menyedarkan kita tentang kewujudan Funan ini.
Rekod
China yang direkodkan seawal abad ketiga Masehi mencatatkan satu legenda tentang
'orang suci' yang datang ke Kemboja dan mengahwini puteri tempatan.Seorang
pegawai China bernama Rang Tai telah tiba ke Funan pada abad ke-10 Masehi dan
mempelajari kisah tentang Brahmin yang mengahwini seorang puteri bernama Ye Ye (ada
versi lain menjadi Liu-Ye).Kata 'Ye Ye' ini diterjemah secara harafiah kepada
bahasa Inggeris menjadi 'Daun Kelapa' padahal sebenarnya ia bermaksud 'bahagian
serat kelapa/tumbuhan yang panjang' atau dalam istilah hikayat Melayunya
'MAYANG MENGURAI'. Jadi dari sini kita tahu nama gelaran puteri ini iaitu
Puteri Mayang Mengurai,merujuk kepada kecantikan rambutnya yang panjang bak
mayang mengurai.

Dalam
legenda yang dicatat oleh pegawai dari China itu ialah bagaimana Puteri Ye Ye
cuba menyerang perahu atau kapal yang dinaiki oleh Brahmin itu tetapi
kemudiannya Brahmin itu dapat menewaskan puteri tersebut lalu kehandalan Brahmin
itu (dinyatakan Brahmin itu menggunakan kesaktiannya) telah menawan hati Puteri
Ye Ye.Mereka pun berkahwin dan dikatakan warisan dari keturunan mereka
melahirkan raja-raja Funan.Mula-mula kita mesti faham petunjuk dalam legenda
ini.Terdapat dua watak utama dalam legenda ini yang dikongsi oleh orang Cham dan
Mon-Khmer.
Pertamanya watak 'orang suci' atau Brahmin yang datang
dari negeri luar.Kemudian watak Ye Ye/Liu Ye iaitu puteri tempatan yang menjadi
raja atau pemimpin negeri.
Jika kita faham plot legenda ini
betul-betul,kita akan dapat melihat kod-kod rahsia di hampir semua legenda
Melayu Purba;juga menggunakan plot cerita yang sama!
Mula-mula kita lihat rekod dari orang Cham (Champa).Di dalam inskripsi batu
bersurat yang bertarikh 657 Masehi (abad ke-5) yang dijumpai di tapak bersejarah
My Son di Vietnam ada mencatatkan legenda Brahmin dan Ye Ye ini di mana mereka
dikenali sebagai Kaundinya dan Soma.Sebenarnya dalam inskripsi itu tidak
menyatakan nama sebenar puteri ini tetapi setepatnya menghuraikan sebagai 'anak
perempuan kepada Soma' di mana Soma itu adalah seorang 'Raja Naga'.
Bagaimana dengan dari sebelah Khmer?Mereka mempunyai legenda yang sama namun
lebih kuat sebagai cerita rakyat yang popular di kalangan masyarakat
mereka.Orang suci itu dikenali sebagai Preah Thaong dan Ye Ye sebagai Neang Neak
dalam versi Khmer.Oleh kerana orang Khmer telah mendominasi Kemboja pada hari
ini dan berkuasa menuliskan sejarah mereka dengan lebih meluas maka para
pengkaji moden lebih cenderung menyangka Funan adalah kerajaan orang
Khmer.Tetapi hakikat sebenarnya bukan sahaja para pengkaji Khmer,malah
cendekiawan Barat juga pada hari ini masih berdebat tentang siapakah orang Funan
ini.Ini kerana kekurangan bukti dan prasasti menyebabkan identiti orang Funan
ini masih samar-samar.Sebahagian cendekiawan Barat seperti D.G.E Hall cenderung
mendakwa orang Funan adalah dari keturunan Melayu sebagaimana orang Cham.Tetapi
ada juga pengkaji seperti Micheal Vickery yang mengatakan Funan adalah Khmer.

*Lihat kostum orang Mon ini
yang bercampur-aduk dan perhatikan gadis sebelah kiri sekali memakai kain
songket seperti lagak seorang srikandi Melayu.
Mari
kita lihat siapakah yang lebih mempunyai 'autoriti' dengan warisan Funan
berdasarkan apa yang mereka ada tentang kisah Funan ini.Orang Khmer mempunyai
cerita rakyat sahaja,namun orang Cham punya prasasti bertulis tentang legenda
ini!Kini dikatakan dijumpai inskripsi Khmer yang mengandungi cerita orang suci
dan puteri ini,namun isi inskripsi itu hanya menyambung motif yang ada dalam
prasasti Cham;di mana di dalam inskripsi Khmer itu menyatakan bahawa bahawa
pemerintah-pemerintah mereka adalah berasal dari Sri Kaundinya dan anak
perempuan Soma.Mengapa inskripsi itu hanya menurut motif cerita dalam rekod
orang Cham?KERANA REKOD KHMER ITU BERUSIA ABAD KE 10 MASEHI MANAKALA REKOD CHAM
SEAWAL ABAD KE 5 MASEHI.Terima kasih kepada orang Cham kerana bijak dan rajin
menuliskan rekod-rekod.Sebab itu antara usaha untuk memadamkan sejarah sesuatu
bangsa ialah RAMPAS,MUSNAHKAN ATAU SOROKKAN
REKOD-REKOD INI!
*Kompleks My Son di Vietnam
Nasib
baik prasasti Cham dijumpai di Vietnam,jika pengkaji Khmer menjumpainya di
Kemboja silap haribulan batu bersurat itu mungkin dipecahkan.Dan dengan ini
mereka lebih selesa mendakwa Funan benar-benar orang Khmer.
Legenda
ini menjadi cerita rakyat (folklore) dalam masyarakat Khmer sementara oleh
kerana orang Cham tidak bernegara pada hari ini apabila sebahagian mereka
menjadi rakyat Kemboja dan selebihnya menjadi rakyat Vietnam maka legenda ini
semakin dilupakan.Sementara orang Khmer semakin bercerita ke sana sini tentang
legenda cinta Kaundinya dan puteri Soma,orang Cham semakin tidak mengendahkan
cerita PENTING ini.Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup kerana para pengkaji
Vietnam telah menjumpai prasasti tentang Kaundinya dan Soma di My Son yang
merupakan tapak purbakala orang Cham di Vietnam.Mengapa orang Cham punya cerita
ini lebih awal dari versi orang Khmer?
INI KERANA KERAJAAN CHAMPA
SEMPAT SEZAMAN DENGAN ERA FUNAN.
Kerajaan Champa ketika itu sangat
maju,hasil hubungannya dengan Funan dan orang Champa lah yang mewarisi segala
ilmu pengetahuan Funan.Lihat suasana peperangan di antara Cham dan Khmer yang
diukir oleh pengukir Khmer sendiri di Bayon.

*Relief di Bayon menunjukkan askar
Cham (memakai helmet dan membawa perisai) sedang bertempur dengan askar Khmer
Perhatikan kostum askar Cham berbanding askar Khmer.Askar Cham punya jaket
perang dan helmet (topi besi?) serta perisai panjang.Askar Khmer hanya memakai
kain selempang yang diikat-ikat ke tubuh mereka yang tidak berbaju dan
seolah-olah memakai cawat sahaja.LIHAT,ORANG LUAR
MENAFSIRKAN ORANG MELAYU AMAT MAJU DAN BERPELAJARAN namun hari ini ada
orang Melayu memikirkan bangsanya dahulu adalah bangsa hutan dan gua.Mengapa
orang luar menilai Melayu dalam sejarah mereka dengan begitu hebat dan maju?Dan
mengapa orang Melayu Malaysia menilai bangsanya begitu rendah dan
menyedihkan?Sehingga ada anak-anak Melayu yang terkekeh ketawa melihat gambaran
Orang Melayu Patani yang memiliki pistol,meriam dan istinggar oleh pembuat filem
Thailand (rujuk filem Queen of Langkasuka).Perhatikan sekali lagi ukiran ini.Ini
bukan diukir oleh orang Cham atau orang Kedah TAPI ORANG KHMER SENDIRI DI ZAMAN
KERAJAAN ANGKOR ERA JAYAVARMAN VII DI AWAL ABAD KE 13 MASEHI!!
Orang
Cham ketika itu masih berbisa kerajaan mereka.
Sebab itu mereka
berjaya menakluk Angkor Wat,menyebabkan raja Khmer lari membina Angkor Thom di
tempat lain.Kenapa orang Cham ini beriya-riya hendak menakluk Angkor Wat?Sebab
ia ibukota Khmer?Kenapa Angkor Wat masih terpelihara sehingga ke hari
ini?Mengapa kota-kota lain dimusnahkan oleh pihak yang menang berperang di
mana-mana sahaja tetapi ANEHNYA ORANG CHAM INI
MENINGGALKAN SAHAJA ANGKOR WAT DALAM KEADAAN ELOK SELEPAS MENAKLUKNYA?
Kerana di Angkor Wat terdapat warisan Kemelayuan Funan atau RELIK yang diambil
oleh orang Cham,sebagai mengingati saudara mereka yang hilang!Memusnahkan Angkor
Wat bermakna SAMA SAHAJA DENGAN MEMUSNAHKAN
WARISAN FUNAN DAN RAHSIA KEMELAYUAN.
Sekali lagi,terima kasih
orang Cham...anda adalah contoh warisan Melayu yang bijak...kalaulah Dai-Viet
tidak menjadi barbarian menjarah kerajaan anda,hari ini andalah model Kemelayuan
yang agung.

*Pakaian orang
Mon.Orang Mon mempunyai hubungan dengan orang Khmer berdasarkan kelompok bahasa
mereka.Perhatikan bagaimana orang Tai yang datang kemudian mencedok budaya orang
Mon dan Khmer serta satu lagi budaya,iaitu 'Srivichai'
Funan
kemudiannya ditakluk oleh Chenla,satu kerajaan di utara Kemboja yang asalnya
ialah negara naungan Funan.Penaklukan Chenla ini bukanlah serangan ketenteraan
namun lebih cenderung kepada teknikal sosial dan politik,di mana raja Chenla
telah berkahwin dengan puteri Funan dan sekaligus seluruh Funan di bawah
pemerintahan Chenla.Ketika itu Funan sudah lemah kerana keruntuhan rangkaian
perdagangan antara Empayar Rom,India dan China.
Menariknya Chenla ini
memang tidak dinafikan oleh para pengkajiADALAH KERAJAAN ORANG KHMER.
Chenla memang tidak diragukan adalah warisan Khmer tetapi bukan Funan,kerana
warisan Funan ini telah dikaji oleh ramai cendekiawan dan mereka menyimpulkan
bahawa budaya Funan adalah 'campuran kombinasi gaya Dvaravati dan Malayu' di
mana Dvaravati adalah kerajaan purba orang Mon dan Malayu adalah kerajaan purba
orang Melayu Nusantara yang dikesan ciri-cirinya muncul di sekitar utara
semenanjung dan Sumatera.
Jadi jika orang Khmer mengatakan raja-raja
mereka adalah warisan Funan;INI MUNGKIN BENAR.KERANA DARAH CHENLA TELAH
BERCAMPUR DENGAN DARAH FUNAN menghasilkan warisan pemerintahan rakyat Kemboja
pada hari ini.
Namun untuk mengatakan bahawa Funan sahaja adalah
benar-benar dari orang Khmer,INI ADALAH FAKTA YANG SALAH.Funan adalah dari
keturunan MALAYO-POLYNESIAN.Hanya orang
Cham tahu cerita sebenar tentang saudara mereka ini.Mereka pernah berkerajaan
bersama-sama dan ketika Funan menjadi empayar,Champa tetap selesa menduduki
pantai-pantai Vietnam tanpa ditakluk oleh Funan.Legenda Funan ada dalam
manuskrip Cham dan diletakkan di tapak yang dipandang suci oleh orang Cham Kuno
iaitu di My Son di Vietnam pada hari ini,di mana My Son adalah kompleks
kuil,istana dan monumen suci orang Cham Kuno (sebelum kedatangan
Islam).Bayangkan jika terdapat hikayat Melayu yang mengagungkan Shih Huang Ti
membina Tembok Besar China dan karya itu setaraf dengan Hikayat Hang Tuah dan
Sulatus Salatin?Bukankah ini sesuatu yang janggal?Jadi apa motif batu bersurat
yang mencatatkan legenda Brahmin dan puteri Mayang Mengurai di tempat suci
(sacred or holy place) Champa?ADA RAHSIA DI SINI.
Ketika Funan
berkuasa,orang Khmer baru berhijrah ke Indochina dan menubuhkan kerajaan
Chenla.Chenla adalah kerajaan pertama orang Khmer.Chenla adalah Khmer,Khmer
adalah Chenla.Menariknya,para pengkaji bersepakat menyimpulkan bahawa kerajaan
Chenla ini telah menyerap budaya dan kostum Funan ini ke dalam budaya orang
Khmer.Jadi tidak hairanlah jika orang Khmer bermati-matian mempertahankan bahawa
Funan adalah dalam kelompok Khmer kerana jika dikatakan bahawa Funan itu adalah
sekelompok dengan Cham atau Malayo-Polynesian atau ringkasnya warisan
Kemelayuan,maka ini sudah tentu kurang selesa dan perlu dielakkan dalam
penulisan sejarah orang Khmer.Sejarah Chenla menyerap seluruh peradaban Funan
adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan.Namun bagaimana Chenla boleh
dipastikan sungguh-sungguh bercirikan Khmer manakala Funan sehingga ke hari ini
masih diperdebatkan identitinya?Padahal Chenla pernah dinaungi oleh
Funan?Tiadakah prasasti Chenla yang menyatakan Funan adalah benar-benar kerajaan
orang Khmer,seperti dirinya?Ya,memang tiada.TIADA
PRASASTI CHENLA YANG BERKONGSI SUKA-DUKA FUNAN.
YANG ADA ADALAH PRASASTI CHAM,YANG MELETAKKAN LEGENDA FUNAN SEBAGAI SESUATU YANG
AMAT DIHORMATI,SESUATU YANG AMAT DIKAGUMI