Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

MELAYU :: The Origins Of Malay (Part 5) - (The Land Of Gods II)

Tiada lagi Gua Rahsia.Peti-peti pun sudah hilang entah ke mana.Siapa yang tahu jalan ke Gua Rahsia?Kita sudah kehilangan petunjuk.

Dengar sini.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengumpulkan semua petunjuk yang ada.Setiap petunjuk akan membuka cerita yang berbeza.Dan setiap cerita,kita boleh cantumkan misteri yang ada;kita boleh hubungkan antara satu sama lain.
sebelum ini ada dijelaskan tentang petunjuk seorang lelaki 'Phoenicia' yang dihormati di tempatnya,datang ke dunia sebelah sini,dan diberitakan menyunting seorang gadis misteri.Kita juga telah maklum misteri tulisan orang Kanaan ini (Phoenicia) yang punya persamaan dengan tulisan Rencong iaitu tulisan purba orang Melayu yang sempat direkodkan.
Telah disebutkan ,kita tahu bahawa ciri-ciri gadis misteri ini yang punya hubungan dengan wangian dan bunga-bungaan.Dan mengapa sumber Judeo-Sumeria menggelarnya sebagai 'Keturah' (wangian,kemenyan wangi,haruman).Kita juga belajar tentang 'lubbanjawi',kemenyan wangi yang hanya boleh didapati di Nusantara.Kita juga tahu tentang legenda emas di Nusantara,sehingga raja-raja Judah dan kerajaan Vedic yang hilang berbisik-bisik tentangnya. 
Selepas kita belajar tentang sifat bangsa misteri yang berdagang dan belayar.Kita juga sedar tentang misteri kerajaan-kerajaan yang hilang di Indochina,telah menjadi legenda dan mitos oleh kaum-kaum yang terkemudian mencorakkan Indochina.Kita juga menjelajah sehingga beribu-ribu tahun ke belakang,ketika para Firaun memerintah Mesir Purba dan misteri perkataan Mesir Purba yang 'tertinggal' di dalam kosakata bahasa Melayu.Kita juga tahu bahawa Punt ialah kepulauan yang kaya dengan emas dan kemenyan wangi.Kita juga kenal siapa itu Horus,Maat Heru atau Mata Hari di dalam The Egyptian Book of The Dead.
Dalam artikel terakhir ini,kita akan belajar tentang rahsia Firaun dan Raja Perehu,kaitan di antara mereka.Siapakah Raja Perehu ini?Apakah hubungannya dengan Firaun Mesir?Kita juga akan belajar tentang siapakah Brahma dan Puteri Mayang Mengurai.Kita akan menghayati legenda cinta antara dua benua;orang Cham menyebutkan dalam legenda mereka,Kaundinya dan Soma.Orang Khmer menuliskan nama dua kekasih ini sebagai Preah Thaong dan Neang Neak sementara rekod China mencatatkan legenda ini sebagai Brahmin dan Ye Ye,'Mayang Mengurai' yang disebut-sebut dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala.Dan pembukaan rahsia tentang 'darah naga'.
Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di bumi Mekah,baginda tidak pulang ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke Timur Jauh untuk berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak diketahui namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish memanggilnya sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa Ibrani Kuno sebagai 'Keturah'.
Siapakah sebenarnya Ibrahim dan Keturah?
"The Tabernacle of Melati and Mala"
"...She opened her mouth to swallow The Love of the Lovers, but could not close her lips,because her lips was full of poison; the Poison of Soma...Venom of the Kings... There were Hills in the distance; nearby much happiness there was where the Poison was change by a Holy Man to the Lotus of Wisdom at the peak of her heart;were the Flowers of Amity as gift for her Lover,The Patriarch..." (page 275,Venom of The Kings,chapter 37:The Tabernacle of Melati & Mala 
-Lodgekeeper's Diary)

Legenda Kaundinya dan Soma
Di dalam "The Land of The Gods" telah diselitkan sejarah kewujudan sebuah kerajaan purba Funan.Funan adalah sebuah kerajaan yang wujud di Indochina dan pengaruhnya mencapai seluruh Kemboja,sebahagian Vietnam di kanan dan Thailand di kiri dan sehingga negeri-negeri Melayu utara semenanjung.Tidak diketahui sejak bilakah kerajaan Funan ini sudah wujud tetapi ia dikesan dalam rekod China seawal 1 Masehi lagi!Funan juga dikesan menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar sejauh Empayar Rom berdasarkan bukti-bukti arkeologi.'Fu-nan' (Fou-Nan) adalah sebutan dalam lidah orang China di masa itu.Orang Khmer menyebutkan sebagai Nakhor Phnom dan Dai-Viet menyebutnya sebagai Phu Nam.Funan atau Phnom ini bermaksud 'gunung' dalam bahasa Melayu Standard di mana ia adalah perubahan beribu tahun dari kata asalnya 'gnom'(Melayu Kuno).'Funan' ini juga adalah saduran dari kata 'penan' yang bermaksud 'puak gunung' (perhatikan kaum Penan yang dikategorikan sebagai Dayak darat manakala Iban sebagai Dayak laut).

Keselarian kata yang membawa maksud 'gunung' ini antara orang Khmer dan Melayu ini adalah kerana pada zaman dahulu orang-orang Melayu,Mon dan Khmer mempunyai hubungan erat di Indochina.'Gunung' adalah salah satu katakunci tabut rahsia Melayu.Perhatikan bagaimana pengasas Kerajaan Khmer mempunyai hubungan terahsia dengan keluarga dinasti Sailendra di Tanah Jawa.Saudara?Anak angkat?Sepupu?Gabenor?Pegawai?Kita tidak tahu setepatnya.'Sailendra' adalah bermaksud 'raja gunung'.Pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji Barat menolak teori yang mengatakan keluarga raja Funan melarikan diri ke Tanah Jawa dan mendirikan dinasti Sailendra di sana.Namun fikirkan ini,raja-raja Khmer dan orang Khmer sendiri bermati-matian mengaku bahawa mereka adalah pewaris Funan padahal mengapa Jayavarman II diberitakan 'baru pulang dari Jawa'?Aha...prasasti dari kuil purba Khmer itu tidak dapat disorok kerana ia adalah satu-satunya catatan tentang Jayavarman II yang dijumpai setakat ini.
Jadi siapakah sebenarnya orang Funan ini?Adakah orang Mon-Khmer atau Malayo-Polynesian?
Orang Khmer mengaku Funan adalah 'hak' mutlak mereka padahal tiada pun prasasti Khmer yang menyebutkan tentang Funan ini.Ukiran di Angkor Wat dan Bayon hanya mencatatkan kewujudan kerajaan Champa,satu rumpun dengan Malayo-Polynesian.Jadi kita perlukan sumber luar dahulu,terutamanya sumber China yang mula-mula menyedarkan kita tentang kewujudan Funan ini.
Rekod China yang direkodkan seawal abad ketiga Masehi mencatatkan satu legenda tentang 'orang suci' yang datang ke Kemboja dan mengahwini puteri tempatan.Seorang pegawai China bernama Rang Tai telah tiba ke Funan pada abad ke-10 Masehi dan mempelajari kisah tentang Brahmin yang mengahwini seorang puteri bernama Ye Ye (ada versi lain menjadi Liu-Ye).Kata 'Ye Ye' ini diterjemah secara harafiah kepada bahasa Inggeris menjadi 'Daun Kelapa' padahal sebenarnya ia bermaksud 'bahagian serat kelapa/tumbuhan yang panjang' atau dalam istilah hikayat Melayunya 'MAYANG MENGURAI'. Jadi dari sini kita tahu nama gelaran puteri ini iaitu Puteri Mayang Mengurai,merujuk kepada kecantikan rambutnya yang panjang bak mayang mengurai.
Dalam legenda yang dicatat oleh pegawai dari China itu ialah bagaimana Puteri Ye Ye cuba menyerang perahu atau kapal yang dinaiki oleh Brahmin itu tetapi kemudiannya Brahmin itu dapat menewaskan puteri tersebut lalu kehandalan Brahmin itu (dinyatakan Brahmin itu menggunakan kesaktiannya) telah menawan hati Puteri Ye Ye.Mereka pun berkahwin dan dikatakan warisan dari keturunan mereka melahirkan raja-raja Funan.Mula-mula kita mesti faham petunjuk dalam legenda ini.Terdapat dua watak utama dalam legenda ini yang dikongsi oleh orang Cham dan Mon-Khmer.

Pertamanya watak 'orang suci' atau Brahmin yang datang dari negeri luar.Kemudian watak Ye Ye/Liu Ye iaitu puteri tempatan yang menjadi raja atau pemimpin negeri.

Jika kita faham plot legenda ini betul-betul,kita akan dapat melihat kod-kod rahsia di hampir semua legenda Melayu Purba;juga menggunakan plot cerita yang sama!
Mula-mula kita lihat rekod dari orang Cham (Champa).Di dalam inskripsi batu bersurat yang bertarikh 657 Masehi (abad ke-5) yang dijumpai di tapak bersejarah My Son di Vietnam ada mencatatkan legenda Brahmin dan Ye Ye ini di mana mereka dikenali sebagai Kaundinya dan Soma.Sebenarnya dalam inskripsi itu tidak menyatakan nama sebenar puteri ini tetapi setepatnya menghuraikan sebagai 'anak perempuan kepada Soma' di mana Soma itu adalah seorang 'Raja Naga'.

Bagaimana dengan dari sebelah Khmer?Mereka mempunyai legenda yang sama namun lebih kuat sebagai cerita rakyat yang popular di kalangan masyarakat mereka.Orang suci itu dikenali sebagai Preah Thaong dan Ye Ye sebagai Neang Neak dalam versi Khmer.Oleh kerana orang Khmer telah mendominasi Kemboja pada hari ini dan berkuasa menuliskan sejarah mereka dengan lebih meluas maka para pengkaji moden lebih cenderung menyangka Funan adalah kerajaan orang Khmer.Tetapi hakikat sebenarnya bukan sahaja para pengkaji Khmer,malah cendekiawan Barat juga pada hari ini masih berdebat tentang siapakah orang Funan ini.Ini kerana kekurangan bukti dan prasasti menyebabkan identiti orang Funan ini masih samar-samar.Sebahagian cendekiawan Barat seperti D.G.E Hall cenderung mendakwa orang Funan adalah dari keturunan Melayu sebagaimana orang Cham.Tetapi ada juga pengkaji seperti Micheal Vickery yang mengatakan Funan adalah Khmer.
*Lihat kostum orang Mon ini yang bercampur-aduk dan perhatikan gadis sebelah kiri sekali memakai kain songket seperti lagak seorang srikandi Melayu.
Mari kita lihat siapakah yang lebih mempunyai 'autoriti' dengan warisan Funan berdasarkan apa yang mereka ada tentang kisah Funan ini.Orang Khmer mempunyai cerita rakyat sahaja,namun orang Cham punya prasasti bertulis tentang legenda ini!Kini dikatakan dijumpai inskripsi Khmer yang mengandungi cerita orang suci dan puteri ini,namun isi inskripsi itu hanya menyambung motif yang ada dalam prasasti Cham;di mana di dalam inskripsi Khmer itu menyatakan bahawa bahawa pemerintah-pemerintah mereka adalah berasal dari Sri Kaundinya dan anak perempuan Soma.Mengapa inskripsi itu hanya menurut motif cerita dalam rekod orang Cham?KERANA REKOD KHMER ITU BERUSIA ABAD KE 10 MASEHI MANAKALA REKOD CHAM SEAWAL ABAD KE 5 MASEHI.Terima kasih kepada orang Cham kerana bijak dan rajin menuliskan rekod-rekod.Sebab itu antara usaha untuk memadamkan sejarah sesuatu bangsa ialah RAMPAS,MUSNAHKAN ATAU SOROKKAN REKOD-REKOD INI!
*Kompleks My Son di Vietnam
Nasib baik prasasti Cham dijumpai di Vietnam,jika pengkaji Khmer menjumpainya di Kemboja silap haribulan batu bersurat itu mungkin dipecahkan.Dan dengan ini mereka lebih selesa mendakwa Funan benar-benar orang Khmer.

Legenda ini menjadi cerita rakyat (folklore) dalam masyarakat Khmer sementara oleh kerana orang Cham tidak bernegara pada hari ini apabila sebahagian mereka menjadi rakyat Kemboja dan selebihnya menjadi rakyat Vietnam maka legenda ini semakin dilupakan.Sementara orang Khmer semakin bercerita ke sana sini tentang legenda cinta Kaundinya dan puteri Soma,orang Cham semakin tidak mengendahkan cerita PENTING ini.Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup kerana para pengkaji Vietnam telah menjumpai prasasti tentang Kaundinya dan Soma di My Son yang merupakan tapak purbakala orang Cham di Vietnam.Mengapa orang Cham punya cerita ini lebih awal dari versi orang Khmer?

INI KERANA KERAJAAN CHAMPA SEMPAT SEZAMAN DENGAN ERA FUNAN.

Kerajaan Champa ketika itu sangat maju,hasil hubungannya dengan Funan dan orang Champa lah yang mewarisi segala ilmu pengetahuan Funan.Lihat suasana peperangan di antara Cham dan Khmer yang diukir oleh pengukir Khmer sendiri di Bayon.
*Relief di Bayon menunjukkan askar Cham (memakai helmet dan membawa perisai) sedang bertempur dengan askar Khmer
Perhatikan kostum askar Cham berbanding askar Khmer.Askar Cham punya jaket perang dan helmet (topi besi?) serta perisai panjang.Askar Khmer hanya memakai kain selempang yang diikat-ikat ke tubuh mereka yang tidak berbaju dan seolah-olah memakai cawat sahaja.LIHAT,ORANG LUAR MENAFSIRKAN ORANG MELAYU AMAT MAJU DAN BERPELAJARAN namun hari ini ada orang Melayu memikirkan bangsanya dahulu adalah bangsa hutan dan gua.Mengapa orang luar menilai Melayu dalam sejarah mereka dengan begitu hebat dan maju?Dan mengapa orang Melayu Malaysia menilai bangsanya begitu rendah dan menyedihkan?Sehingga ada anak-anak Melayu yang terkekeh ketawa melihat gambaran Orang Melayu Patani yang memiliki pistol,meriam dan istinggar oleh pembuat filem Thailand (rujuk filem Queen of Langkasuka).Perhatikan sekali lagi ukiran ini.Ini bukan diukir oleh orang Cham atau orang Kedah TAPI ORANG KHMER SENDIRI DI ZAMAN KERAJAAN ANGKOR ERA JAYAVARMAN VII DI AWAL ABAD KE 13 MASEHI!!

Orang Cham ketika itu masih berbisa kerajaan mereka.

Sebab itu mereka berjaya menakluk Angkor Wat,menyebabkan raja Khmer lari membina Angkor Thom di tempat lain.Kenapa orang Cham ini beriya-riya hendak menakluk Angkor Wat?Sebab ia ibukota Khmer?Kenapa Angkor Wat masih terpelihara sehingga ke hari ini?Mengapa kota-kota lain dimusnahkan oleh pihak yang menang berperang di mana-mana sahaja tetapi ANEHNYA ORANG CHAM INI MENINGGALKAN SAHAJA ANGKOR WAT DALAM KEADAAN ELOK SELEPAS MENAKLUKNYA?

Kerana di Angkor Wat terdapat warisan Kemelayuan Funan atau RELIK yang diambil oleh orang Cham,sebagai mengingati saudara mereka yang hilang!Memusnahkan Angkor Wat bermakna SAMA SAHAJA DENGAN MEMUSNAHKAN WARISAN FUNAN DAN RAHSIA KEMELAYUAN.

Sekali lagi,terima kasih orang Cham...anda adalah contoh warisan Melayu yang bijak...kalaulah Dai-Viet tidak menjadi barbarian menjarah kerajaan anda,hari ini andalah model Kemelayuan yang agung.
*Pakaian orang Mon.Orang Mon mempunyai hubungan dengan orang Khmer berdasarkan kelompok bahasa mereka.Perhatikan bagaimana orang Tai yang datang kemudian mencedok budaya orang Mon dan Khmer serta satu lagi budaya,iaitu 'Srivichai'
Funan kemudiannya ditakluk oleh Chenla,satu kerajaan di utara Kemboja yang asalnya ialah negara naungan Funan.Penaklukan Chenla ini bukanlah serangan ketenteraan namun lebih cenderung kepada teknikal sosial dan politik,di mana raja Chenla telah berkahwin dengan puteri Funan dan sekaligus seluruh Funan di bawah pemerintahan Chenla.Ketika itu Funan sudah lemah kerana keruntuhan rangkaian perdagangan antara Empayar Rom,India dan China.

Menariknya Chenla ini memang tidak dinafikan oleh para pengkajiADALAH KERAJAAN ORANG KHMER.

Chenla memang tidak diragukan adalah warisan Khmer tetapi bukan Funan,kerana warisan Funan ini telah dikaji oleh ramai cendekiawan dan mereka menyimpulkan bahawa budaya Funan adalah 'campuran kombinasi gaya Dvaravati dan Malayu' di mana Dvaravati adalah kerajaan purba orang Mon dan Malayu adalah kerajaan purba orang Melayu Nusantara yang dikesan ciri-cirinya muncul di sekitar utara semenanjung dan Sumatera.

Jadi jika orang Khmer mengatakan raja-raja mereka adalah warisan Funan;INI MUNGKIN BENAR.KERANA DARAH CHENLA TELAH BERCAMPUR DENGAN DARAH FUNAN menghasilkan warisan pemerintahan rakyat Kemboja pada hari ini.

Namun untuk mengatakan bahawa Funan sahaja adalah benar-benar dari orang Khmer,INI ADALAH FAKTA YANG SALAH.Funan adalah dari keturunan MALAYO-POLYNESIAN.Hanya orang Cham tahu cerita sebenar tentang saudara mereka ini.Mereka pernah berkerajaan bersama-sama dan ketika Funan menjadi empayar,Champa tetap selesa menduduki pantai-pantai Vietnam tanpa ditakluk oleh Funan.Legenda Funan ada dalam manuskrip Cham dan diletakkan di tapak yang dipandang suci oleh orang Cham Kuno iaitu di My Son di Vietnam pada hari ini,di mana My Son adalah kompleks kuil,istana dan monumen suci orang Cham Kuno (sebelum kedatangan Islam).Bayangkan jika terdapat hikayat Melayu yang mengagungkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar China dan karya itu setaraf dengan Hikayat Hang Tuah dan Sulatus Salatin?Bukankah ini sesuatu yang janggal?Jadi apa motif batu bersurat yang mencatatkan legenda Brahmin dan puteri Mayang Mengurai di tempat suci (sacred or holy place) Champa?ADA RAHSIA DI SINI.

Ketika Funan berkuasa,orang Khmer baru berhijrah ke Indochina dan menubuhkan kerajaan Chenla.Chenla adalah kerajaan pertama orang Khmer.Chenla adalah Khmer,Khmer adalah Chenla.Menariknya,para pengkaji bersepakat menyimpulkan bahawa kerajaan Chenla ini telah menyerap budaya dan kostum Funan ini ke dalam budaya orang Khmer.Jadi tidak hairanlah jika orang Khmer bermati-matian mempertahankan bahawa Funan adalah dalam kelompok Khmer kerana jika dikatakan bahawa Funan itu adalah sekelompok dengan Cham atau Malayo-Polynesian atau ringkasnya warisan Kemelayuan,maka ini sudah tentu kurang selesa dan perlu dielakkan dalam penulisan sejarah orang Khmer.Sejarah Chenla menyerap seluruh peradaban Funan adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan.Namun bagaimana Chenla boleh dipastikan sungguh-sungguh bercirikan Khmer manakala Funan sehingga ke hari ini masih diperdebatkan identitinya?Padahal Chenla pernah dinaungi oleh Funan?Tiadakah prasasti Chenla yang menyatakan Funan adalah benar-benar kerajaan orang Khmer,seperti dirinya?Ya,memang tiada.TIADA PRASASTI CHENLA YANG BERKONGSI SUKA-DUKA FUNAN.

YANG ADA ADALAH PRASASTI CHAM,YANG MELETAKKAN LEGENDA FUNAN SEBAGAI SESUATU YANG AMAT DIHORMATI,SESUATU YANG AMAT DIKAGUMI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...