Pendahuluan
Rasulullah S.A.W adalah jambangan yang tersusun padanya seluruh keistimewaan. 4 kebaikan yang terdapat pada semua manusia. Rasulullah S.A.W dilahirkan pada 9hb Rabiulawal pada tahun Gajah bersamaan dengan 22 April 571 M.
Tujuan kita untuk mengkaji riwayat hidup Nabi Muhammad adalah sebagai satu tauladan atau panduan hidup dan untuk memahami dan meyakini bahawaa hakikat zahir dan batin Islam semua teradun di dalam kehidupan Rasulullah S.A.W itu sendiri.
Di dalam penulisan ini akan cuba untuk membincangkan akhlak Rasulullah S.A.W satu faktor kejayaan Islam. Orentalis-orentalis Barat mengatakan bahawa Islam itu disebarkan dengan mata pedang. Ini adalah satu penyataan yang salah, sebenarnya Islam tersebar adalah kerana akhlak terpuji Rasulullah itu sendiri. Inilah yang kami akan cuba bincangkan di dalam penulisan ini.
Sabda Rasulullah S.A.W “Aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia”. Firman Allah di dalam surah Al-Qalam ayat 4 “Engkau sungguh-sungguh mempunyai akhlak yang maha agung”
Akhlak Rasulullah S.A.W
Nabi Muhammad telah memperlihatkan sifat-sifat yang luar biasa sejak kecil lagi. Nabi mempunyai sifat yang berbudi bahasa, sopan santun, mencintai kedamaian dan kesunyian. Walaupun nabi dilahirkan di dalam masyarakat Jahiliyah tapi nabi masih dapat mengekalkan sifatnya yang mulia sejak dari kecil lagi.
Terdapat beberapa faktor yang menyokong kepada kecemerlangan sifat-sifat Rasulullah ini dan tidak terpengaruh oleh keadaan sekitarnya. Antara faktornya ialah :
Pertama,
-Baginda dilahirkan di dalam keluarga termulia di kalangan bangsa Arab. Dengan demikian Nabi Muhammad adalah orang yang paling mulia di kalangan suku Quraisy, keturunan anak cucu Hisyam. Suku Quraisy adalah kabilah Arabia yang terhormat dan suci.
Kedua,
-Baginda adalah seorang anak yatim sejak lahir lagi. Dengan demikian Nabi S.A.W telah merasakan kepahitan hidup sejak kecil lagi tanpa kasih sayang ayah dan ibu.
-Baginda kemudiannya dijaga oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga 10 tahun dan pakcik Abu Talib.
-Keadaan baginda ini Allah rakamkan dalam Al-Quran di dalam surah Al-Dhuha ayat 6 “Bukankah engkau dapatinya seorang anak yatim, lalu dilindunginya?”
Ketiga,
-Selama empat tahun nabi hidup di kawasan pedalaman dengan keluarga bani Sa’ad. Udaranya bersih untuk pertumbuhan minda dan tambah besar.
Keempat,
-Baginda juga seorang yang berdikari sejak kecil lagi. Dalam usia 10 tahun baginda telah mengambil upah untuk mengembala kambing untuk membantu keluarga angkat.
Kelima,
-Nabi tidak pernah untuk mengikuti rakan-rakan sepermainannya melakukan perkara yang sia-sia. Allah S.W.T memang menjaga Nabi Muhammad sejak kecil lagi. Pernah suatu ketika nabi hendak menyaksikan satu pesta perkahwinan di Mekah dan di dalam pesta tersebut mempunyai minuman keras, nyanyian tetapi Allah mempeliharanya dengan
menjadikan nabi amat mengantuk dan nabi telah tertidur dan tidak dapat pergi ke pesta terbabit.
Keenam,
-Sejak baligh nabi terkenal sebagai seorang yang mempunyai daya fikiran yang sungguh tajam. Dan pada usia 10 tahun, nabi telah menerima gelaran Al-Amin iaitu amanah dan boleh dipercayai.
-Nabi juga pernah menyelesaikan masalah yang timbul untuk meletakkan batu Hajar Aswad. Masalah itu hampir-hampir mengakibatkan peperangan saudara,
Ketujuh,
-Sejak muda lagi sudah dikenali oleh masyarakatnya sebagai seorang yang sangat jujur, tetap janji, berkeperibadian dan menyenangkan dalam pergaulan.
Kelapan,
-Beberapa tahun sebelum menjadi Rasul, baginda suka menyepi di gua Hira’ tidak jauh dari kota Mekah yang terletak di atas sebuah bukit di kota Mekah.
Dari faktor terbabit dapat digambarkan bahawa kehidupan nabi didedahkan dengan pelbagai-pelbagai perkara.
Sifat-sifat Asas Rasulullah
Setiap Rasul dan Nabi harus memiliki empat sifat dasar sehingga ia layak sebagai pembawa risalah. Selain daripada sifat dasar tersebut, sudah tentu setiap Nabi, terutamanya Nabi terakhir antara sekalian nabi, mempunyai sifat mulia seseorang manusia.
Perwatakan Nabi Muhammad SAW dihiasi dengan sifat ikhlas, murah hati, merendah diri dan benar, berhemah tinggidan sederhana juga diharumi dengan sifat mengasihi dan menyayangi serta sentiasa mengalirkan kegembiraan dalam perhubungan, menjadikan Baginda diingati dan disanjungi hingga ke hari ini di seluruh dunia Islam. Dalam dirinya tercantum segala kesempurnaan yang sejati. Hakikat diri Nabi ialah Insan Kamil para malaikat diperintahkan supaya sujud dan tunduk. Itulah sebabnya Allah dan para malaikat menghantar selawat dan salam ke atas diri baginda dan seluruh kaum muslimin sekalian juga disuruh menghantar selawat dan salam ke atas diri baginda. Mereka diminta supaya menjadikan diri baginda sebagai model, contoh dan tauladan untuk diikuti sepanjang hayat.
Di sini akan difokuskan kepada empat sifat dasar yang merupakan sifat wajib bagi rasulullah iaitu siddiq, amanah, fatanah dan tabligh. Apabila sifat sifat ini diwajibkan kepada rasulullah SAW, ini bermakna umat Nabi Muhammad juga hendaklah mengikuti dan mengamalkan sifat sifat tersebut dalam kehidupan seharian mereka.
Siddiq(Benar)
Seorang Rasul harus memiliki sifat benar tidak ada sepatah pun perkataannya yang mengandungi kebatilan, dalam apa sahaja keadaan dan suasana. Sifat siddiq adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran dari tingkah perlakuan yang bersih dan suci. Sifat inilah juga yang menjamin dapat mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara anggota masyarakat, tidak terkecuali samada dia itu seorang alim, atau seorang yang berkuasa,atau seorang saudagar, samada laki-laki atau perempuan, dewasa ataupun kanak –kanak, selama mereka hidup dalam satu masyarakat yang saling perlu memerlukan antara seorang dengan yang lain. Firman Allah maksudnya: Katakanlah(wahai Muhammad): ”Benarlah(apa yang yang difirmankan) oleh Allah. ”
Amanah
Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu masyarakat itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Dengan jelas kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia pertama yang amanah atau al amin dan kedua yang khianat atau al-Khain. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai, sebaliknya orang khianat itu pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.
Tabligh
Tabligh atau sifat menyampaikan adalah satu sifat atau tugas yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW. Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 67: ”Wahai Rasulullah, Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya(dengan menyampaikan kesemuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. ”
Tiujuan menyampaikan(tabligh) yang dilakukan para rasul tidak seperti tugas tabligh yang dilakukan oleh rang lain yang bukan rasul, kerana tugas tabligh para rasul merupakan bukti kebenaran mereka sebagai utusan dari Allah. Mereka tidak mempedulikan keselamatan diri dalam menyempurnakan tugas yang mulia ini. Usaha menyampaikan risalah Allah dilaksanakan kepada seluruh manusia tanpa mengira darjat keturunan. Oleh itu para rasul telah mengadakan ubahsuai dalam metod dakwahnya mengikut keadaan pemikiran orang-orang yang dihadapinya. Di samping itu, mereka juga telah berhadapan dengan bermacam-macam tentangan dan halangan dari ragam-ragam manusia yang terdiri dari musuh-musuh dan orang di sekitarnya. Keadaan ini memerluka seorang Rasul harus memiliki kelebihan dan kekuatan dalam segala hal. Keteguhan Baginda menyampaikan kebenaran tanpa mengenal penat dan jemu menjadi tuntutan jiwanya agar dapat mengembangkan kewajipannya secara sempurna. Begitu juga kesabaran serta segala tindakan Baginda yang semata-mata mengharapkan kerhedaan Allah merupakan bukti kebenaran dan keikhlasan demi dakwah dan demi risalah yang di pertanggungjawabkan oleh allah SWT kepadanya.
Fathanah
Sifat keempat bagi Rasulullah ialah fathanah(cerdas,pandai). Sifat ini adalah sifat penting untuk menyempurnakan sifat tabligh. Seseorang rasul yang terlibat secara lansung akan selalu terlibat dalam perbincanagan dengan musuh, menghadapi pertanyaan para pengikut, serangan serta kritikan orang yang masih meragukan.
Riwayat Kemuliaan Akhlak Baginda
Pertama,
1) Ketika baginda masih bayi yang disusui oleh Halimah dari bani Sa’ad, beliau hanya menyusukan dari satu tetek sahaja dan susunya. Rupanya, tetek yang satu lagi adalah untuk saudara sesusunya.
2) Sesudah berumur 8 tahun baginda tinggal bersama dengan pakcik saudara, Abu Talib. Pakciknya mempunyai anak yang ramai dan miskin. Baginda tidak akan makan selagi anak-anak Abu Talib tidak makan bersama. Ini menyebabkan Abu Talib dan anak-anaknya sangat menyayangi baginda.
3) Semasa baginda diangkat menjadi Rasul dan menyebarkan dakwah Islam, orang kafir Quraisy telah datang kepada nabi dan memberikan 3 tawaran kepada nabi iaitu pertama mereka akan memberikan kekayaan kepada baginda yang tidak terhingga, kedua 10 orang wanita yang tercantik untuk menjadi isteri baginda dan ketiga menjadi raja asalkan baginda berhenti menyebarkan sinar Islam. Tetapi baginda telah menjawab “Demi Allah, sekiranya mereka letakkan ditangan kananku matahari dan tangan kiriku bulan agar untuk meninggalkan tugas ini nescaya aku tidak akan lakukannya biarpun aku mati. ”
4) Ketika baginda menjalankan dakwah di kawasan Taif, baginda telah dilempari penduduk Taif beramai-ramai dengan batu hingga baginda luka-luka, patah gigi dan pengsan. Setelah baginda sedar semula datanglah malaikat-malaikat dari langit dan berjumpa dengan baginda untuk membalas perbuatan penduduk Taif itu. Tetapi baginda berkata janganlah mereka dimusnahkan, tetapi baginda berdoa “Ya Allah tunjuklah mereka cahaya iman pada anak-anak mereka kerana mereka tidak mengetahuinya. ”
5) Pernah Rasulullah berhutang beberapa karung gandum kepada seorang Yahudi bernama Zaid Bin Sya’nah untuk menolong satu desa yang ditimpa kelaparan. Maka datang Yahudi itu kepada nabi yang tengah berada di hadapan sahabatnya. Yahudi terbabit menarik sekeras-kerasnya burdah nabi yang membelit leher baginda sehingga nabi hampir sesak nafas dan berkata pada Rasulullah “Aku tahu bahawa engkau Muhammad dan seluruh keturunan Abdul Muthalib tidak tepat membayar hutang. Melihat kejadian itu Umar Al-Khatab bingkas bangun untuk membunuh Zaid Bin Sya’nah tetapi ditahan oleh nabi. Nabi berkata "memang benar apa yang dikatakan oleh Zaid itu kerana aku masih berhutang padanya dan nabi minta Umar untuk membayar hutang tersebut.
Setelah menerima pembayaran tersebut Zaid Bin Sya’nah berkata kepada Umar
“Hai Umar kenalkan kau siapa saya ini? Aku ini Zaid Bin Sya’nah pendita
Yahudi di Madinah dan orang yang terkaya di Madinah. Dan sejak Nabi
Muhammad datang ke Madinah aku telah lihat segala tanda-tanda yang baginda
adalah seorang nabi. Tetapi satu bukti yang belum aku buktikan iaitu rasa
santunnya mengalahkan rasa marahnya. Sikap kasarku tadi adalah untuk
mengujinya, apakah benar rasa santunnya dapat mengalahkan rasa marahnya. ”
Maka oleh itu aku senang hati aku masuk Islam dan terimalah aku sebagai
pengikut Nabi / Rasulullah. Gunakanlah aku untuk berjuang di jalan Allah.
Setelah berita itu disampaikan kepada nabi, baginda sangat-sangat bersyukur
sejak waktu itu Zaid Bin Sya’nah menjadi pejuang disisi nabi dan menemui
syahid di peperangan Tabuk.
6) Nasihat nabi sebelum melancarkan sesuatu peperangan. Nabi berkata “Janganlah kamu menyerang musuh sebelum mereka menyerang kamu, jangan merosakkan tumbuhan dan bangunan-bangunan di kawasan peperangan, jangan membunuh haiwan ternakan, jangan bunuh orang tua, kanak-kanak dan wanita. Bila mahu menghancurkan mereka hendaklah kamu menggunakan panah, jangan kamu menyerang dengan pedang sebelum mereka menyerang dengan pedangnya. ” Nasihat ini nabi berikan sebelum bermula peperangan Badar.
7) Dalam satu peperangan di musim panas, antara Rasulullah dan musuh-musuhnya diadakan penghentian pertempuran untuk istirehat. Rasulullah mengambil kesempatan ini untuk berehat di bawah pokok korma. Tetapi seorang panglima Musyrikin bernama Du’tsar cuba mengambil kesempatan ini untuk membunuh nabi. Dia menghunuskan pedangnya ke arah tekak nabi dan berkata “Wahai Muhammad, siapakah yang akan dapat menyelamatkan kamu dari mata pedang ini?” Rasulullah menjawab “Allah. ” Mendengar jawapan yang baginda berikan itu badan Du’tsar berasa gentar dan pedangnya terjatuh dan nabi mengambil kesempatan ini untuk menghunuskan pedangnya ke arah Du’tsar dan bertanya padanya “Siapa pula yang akan menyelamatkan kau dari mata pedang ini?” Du’tsar menjawab “Tiada. ” Lalu nabi berkata “Allah, tuhanku juga dapat menyelamatkan kau dari mata pedang ini. ” Lalu nabi memberikan semula pedang tersebut kepada Du’tsar. Kemudian Du’tsar menyatakan bahawa bersedia untuk menjadi pengikut nabi.
Ayat-ayat Al-Quran yang boleh dikaitkan dengan Akhlak Nabi.
Surah Al-Ahzab ayat 46
“Dan sebagai penyeru kepada(jalan) Allah dengan izinNya, dan sebagai pelita yang terang. ”
Surah Saba ayat 28
“Dan kami utuskan engkau untuk seluruh umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan ancaman, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya
Surah Saba ayat 107
“Dan kami utuskan engkau sebagai rahmat bagi seluruh alam(makhluk)”
Surah Al-Taubah ayat 33
“Ialah yang mengutuskan oleh RasulNya membawa petunjuk dan agama yang benar untuk meninggi(menyerlahkan). Semua agama, walaupun orang-orang Musyrik membenci. ”
Surah Al-Taubah ayat 128
“Telah datang kepadamu seorang Rasul diantara kamu sendiri yang berat baginya kesusahannya yang menimpa kamu, sangat menginginkan(merindukan) kebahagiaan bagimu bersifat perngasih, penyayang terhadap kaum mu’minin. ”
Surah Al-Fath ayat 29
“Muhammad itu Rasul Allah, dan orang yang bersertanya(sahabat-sahabat) keras terhadap orang kafir(musuh) dan kasih mengasihi di antara sesama mereka, engkau lihat mereka banyak ruku’ dan sujud mencari kurnia dan keredhaan Allah, tanda mereka ada di muka bumi(dahi) mereka yaitu bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka diterangkan dalam Taurat dan Injil, yaitu sebagai tanaman yang mengeluarkan tunas, lalu menjadi teguh, besar dan tegap berdiri di atas pangkalnya mengembirakan penanam-penanamnya. Dengan keadaan mereka yang demikian itu Allah menjengkelkan orang-orang kafir itu. Allah janjinya kepada orang-orang beriman dan beramal soleh dari mereka itu akan keampunan dan ganjaran yang besar.
Hadith yang berkaitan Akhlak Nabi.
-Hadith Sahih, riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, dan Nasai dari Anas “Adakah Rasulullah S.A.W itu sebaik-baik manusia, sepemurah-murah manusia dan seberani-berani manusia. ”
-“Paling sabar menghadapi orang yang paling kasar. ”(hadith Sahih, riwayat Ibnu Saad dari Ismail bin Iyaasy, Mursal).
-“Lebih pemalu dari gadis-gadis pingitan. ”(hadith Sahih, riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah).
-“Bila sembahyang bersama orang ramai paling ringan(beliau baca ayat-ayat yang pendek), tetapi bila sembahyang sendirian paling berat(beliau baca ayat-ayat yang panjang). ”(hadith Sahih, riwayat Ahmad dan Abu Ya’laa dari Abi Waaqih).
-“Bila beliau bersin(batuk) beliau segera menaruhkan tangan atau sapu tangan di mulut baginda dan cuba untuk menekan suara(agar jangan bersuara terlalu keras). ”(hadith Sahih, riwayat Abu Daud, Tarmizi dan al-Hakim dari Abu Qataadah).
-“Bila beliau marah sedang berdiri, beliau segera duduk, bila sedang duduk, beliau segera merebahkan badan(baring) sehinggalah hilang marahnya. ”(hadith Dhif, riwayat Ibnu Abid-dunyaa dari Abu Hurairah).
Kesimpulan.
Dari penulisan yang cuba uraikan dapatlah kami simpulkan bahawa akhlak Rasulullah dan para sahabat dan semata-mata senjata akhlak inilah mereka menang dalam hampir setiap pertempuran / medan perang. Dan hanya pengaruh akhlak yang tinggi ini pula kaum Muslimin mengalahkan kaum Parsi dan Rom walaupun kaum Muslim jumlahnya sedikit, dan dengan akhlak ini pulalah akhirnya agama Islam yang tercinta dapat berkembang dengan cepatnya ke Timur ke Barat dapat mengalahkan semua agama.
Perkembangan ini akan berjalan terus dengan perlahan-lahan atau cepat bergantung kepada keadaan akhlak kaum Muslim itu sendiri. Dari perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah pejuang yang terunggul di dunia dengan akhlak yang termulia sehingga dapat menarik bangsa-bangsa di seluruh dunia untuk memeluk Islam.
Tiada insan yang mampu untuk menandingi kehebatan baginda S.A.W sehingga mampu membangunkan agama yang besar ini. Justeru itu apabila Micheal H. Hart di dalam buku ‘The 100, A Ranking of The Most Influential Persons In History’ meletakkan Nabi Muhammad sebagai tokoh nombor satu paling berpengaruh dalam sejarah dunia. Beliau menulis :
“Jatuhnya pilihan saya kepada Nabi Muhammad dalam urutan pertama daftar seratustokoh yang berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sementara pembaca dan mungkin menjadi tanda tanya sebahagian yang lain. Tapi saya berpegang kepada keyakinan saya, dialah Nabi Muhammad satu-satunya manusia dalam sejarah yang berhasil meraih kejayaan-kejayaan yang luar biasa, baik di tilik dari ukuran agama maupun ukuran duniawi. ”

salam. kalau tak silap, jumhur ulama sepakat mengatakan nabi SAW lahir pada 12 RabiulAwal Tahun Gajah. apakah '9 RabiulAwal' itu tersalah taip atau memang itu dakwaan penulis? fakta atau auta?
ReplyDeletesalam ada banyak perbincangangan tentang tarikh ini ... takpe saya akan jelaskan didalam entry selepas ini insyallah
ReplyDeletehttp://apekehell.fakap.la/2012/01/jawapan-kepada-pertanyaan-tarikh-lahir.html
ReplyDelete