TANJUNG MALIM, 1 JAN : Kira- kira 20 mahasiswa ditangkap polis
termasuk Adam Adli dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Syukri
Razak setelah mereka mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Pendidikan
Sultan Idris Shah Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi.
Beberapa
pergelutan berlaku antara anggota polis dan mahasiswa.
Sekurang-kurangnya dua orang mahasiswa mengalami kecederaan di muka dan
kepala.
Sebuah poliklinik di dalam UPSI turut mengalami kerosakan apabila polis menyerbu premis itu untuk melakukan tangkapan.
Kekecohan
berlaku apabila kumpulan mahasiswa itu engkar arahan polis untuk
bersurai setelah berkumpul dengan kira-kira 100 mahasiswa lain untuk
mengadakan bantahan selama 16 jam bersabit langkan UPSI mengenakan
tindakan tata tertib terhadap Adam.
UPSI mengenakan tindakan
tatatertib terhadap Adam kerana menurunkan bendera Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabatan Umno pada 17 Disember lalu bagi
mendesak Akta Universiti Kolej Universiti 1971 dimansuhkan terus.
Krew
AntaraPos.com merakamkan puluhan mahasiswa ditangkap oleh anggota polis
dan dimasukkan ke dalam trak polis setelah mereka engkar arahan untuk
bersurai dalam lima belas minit.
Ketua Polis Daerah Tanjung
Malim Penguasa Othman Nanyan mengarahkan tunjuk perasaan itu di hentikan
padalam tempoh 15 minit kerana ia menggangu keamanan persekitaran.
Beliau berkata pihak polis sedia memberikan masa untuk pelajar terbabit menyampaikan memorandum kepada pihak universiti.
Bagaimanapun
mahasiswa berkenaan yang berkumpul kira-kira pukul 1 pagi Tahun Baru
enggan berundur dan mahu meneruskan program 16 jam mereka yang disulami
dengan bacaan puisi, nyanyian lagu patriotik sambil membawa sepanduk
mengutuk AUKU dan kerajaan.
Mereka juga membawa keranda bergambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan melaung slogan anti-kerajaan.
Kumpulan
itu berkeras mahu meneruskan aturcara yang ditetapkan, memaksa polis
untuk
menggunakan kekerasan bagi menyuraikan perhimpunan itu.
Pergelutan berlaku ketika polis mengheret mahasiswa masuk ke dalam trak polis namun ada mahasiswa bertindak melepaskan diri.
Seorang
mahasiswa dikenali sebagai Safuan Anang mengalami kecederaan serius di
bahagian rahang manakala Amar Rasyidi cedera di bahagian hidung dan
kepala.
Safwan dan Amar dibawa ke poliklinik di hadapan UPSI itu
oleh rakan-rakan mereka. Pintu kaca poliklinik itu pecah dalam keadan
mahasiswa berasak-asak untuk memasuki klinik itu dengan dikejar anggota
polis.
Gagal mendapat rawatan di klinik itu, Safwan Anang cuba
di bawa oleh empat rakannya ke Hospital Tanjung Malim namun kunci
kereta mereka dikatakan dirampas polis.
Mahasiswa yang cerdera parah itu kemudian dibantu oleh media di situ untuk dihantar ke Hospital Tanjung Malim.
Keadaan tegang itu berlarutan sehingga jam 3.15 pagi.
Safwan Anang masih di di hospital kerana kecederaannya agak serius manakala Amar menerima rawatan pesakit luar.
Video kekecohan ini boleh dilayari di
Sini...!
bukti kejadian semalam .. ramai yang cakap gambar tu super impose
dan mcm mcm lagi .. anda nilaikan sendiri yg mana betul yg mana salah ..
Apekehell
Apekehell
0 comments:
Post a Comment