Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

DSAI SEDIA MAAFKAN SEMUA .. ikhlas ke Datuk seri Anwar? atau cerite je

Catatan dari Mumbai, Anwar sedia maafkan...

NONESaya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi. Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Datuk  Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta --  bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.


Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

NONEKasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan PKR; dukungan PAS dan DAP;  para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media Umno yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk  melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Apekehell wrote 
Salam semua mungkin cerita paling sensasi pada Januari 2012 ini adalah berita pembebasan DSAI .Kalau mengikut media media cyber gelombang Pakatan Rakyat begitu terasa sekali . Suasana PRU 13 begitu berlainan persekitarannya . Seolah olah kemenangan moral yg begitu besar kepada segala tuduhan tuduhan peribadi terhadap DSAI dan pakatan rakyat secara umumnya . Ramai yg bergembira dgn keadaan ini , perang perang cyber diantara BN cybertrooper dan PR cybertrooper begitu meriah sekali , dendam kesumat cybertrooper PR ini begitu lama ditanggung mereka dan ibarat bola tanggung yg dihidangkan oleh Mahkamah Tinggi libasan maut dari PR menjadi front line kepada media media Cyber Pakatan Rakyat . 

Didalam artikel DSAI beliau ada menyebutkan bahawa beliau tidak mahu menafsirkan apa yg beliau anggap keputusan yg mengejutkan beliau ini . Bagi saya DSAI harud memberi sedikit kredit kepada liabiliti penghakimam negara diatas keputusan ini . Kerana integriti Mahkamah telah menjadi suatu jenaka pada DSAI pada suatu masa dahulu . Hidangan ini telah menjadi doktrin kpd pengikut pengikut PR malah kepada masyarakat umum yg rata rata bersetuju dgn anggapan dari DSAI terhadap Mahkamah sebelum ini .
Walau apa pun tanggapan masyarakat terhadap pembebasan DSAI ini atau persepsi rakyat amat sukar utk diduga , bagi yg bijak berfikir akan mengatakan bahawa ini adalah politikal strategi dari Pihak UMNO  ataupun berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah berjaya membuktikan transformasi yg di pegang oleh beliau utk menjadi kan UMNO lebih reliable kpd rakyat , Dan ada juga suara suara nakal yg hakim telah dibeli oleh DSAI ( adeh papagomo ko ni mmg bengapdungupiangnakmampusla) dan bermacam macam lagi andaian yg ada .Kita sebagai rakyat harus melihat keputusan ini sebagai sesuatu yg positif , jangan lah selalu beranggapan setiap pekara yg berlaku itu adlah rekaan semata mata . Ini sikap orang melayu kita yg paling susah utk difahami .

DSAI juga ada menyatakan beliau bersedia utk memaafkan apa yg berlaku dan cuma kecewa dgn kebiadapan gerombolan kecil termasuk media umno yg berdendam kesumat dgn beliau. Bagi saya jika DSAI ikhlas utk menyatukan rakyat , membela nasib rakyat , menyatukan rakyat , kenapa tidak bermula dgn UMNO . Didalam UMNO pun ada rakyat Malaysia juga . Perpecahan orang melayu sudah sangat ketara sekarang ini , Dan Jika betul betul DSAI ikhlas utk memaafkan apa kata jika DSAI mengambil langkah ini utk berbincang dgn UMNO utk bersama sama mencari satu solusi utk menyelesaikan masaalah seperti , kenaikan harga barang , cukai , projek projek yg tidak membawa keuntungan kpd rakyat , Pembangunan Islam dan pelbagai isu yg rata rata membawa kebaikan kpd rakyat . Buat satu tawaran kpd UMNO utk menunjukkan betapa mulia nya perjuangan seorang Melayu yg bernama DATUL SERI ANWAR IBRAHIM .. worse case scenario if they reject the offer , Ini akan meberi milestone yg begitu tinggi kepada aspirasi PAKATAN RAKYAT dan akan membuktikan keikhlasan DSAI berjuang utk rakyat .
Walaubagaimana pun ini hanyalah pandangan dari saya yg tidak berpihak kepada mana mana parti , hanya berfikir dari minda rakyat biasa dan mungkin pandangan ini merupakan pandang yg bodoh dari sudut mata berbeza tetapi bagi saya jika ini berlaku ini merupakan suatu turning point kematangan bangsa Melayu dalam menuju atau menongkah arus kemodenan yg semakin mencabar bagi kita insyallah .Harapan dari saya insan kerdil ini hanyalah inginkan agar rakyat kita dapat bersatu padu , negara kita terus aman sejahtera dibawah  pimpinan orang yg berwibawa walaupun hidup kita hanya sementara insyallah 

Salam semua ... sila tinggalkan komen anda ....
Maaf jika kata mengusik jiwa , 
Kata hamba utk negara ,
Supaya kita aman sejahtera ,
Supaya melayu tak hilang didunia ....

2 comments:

  1. sungguh ikhlas nampaknya perjuangan PR.. penuh harapan bangsa dan negara baru....

    ReplyDelete
  2. apapun, sungguh lapang rasanya dengan status terkini dalam memperjuangkan Hak Rakyat yang sangat teranaiya.. ekonomi sungguhpun ketelusan pentadbiran.. Andai PR ditakdirkan memerintah, dengan harapan tidak lah menjadi seperti BN yang penuh dusta dan helah.. aminn yarabbalalamin....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...