Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Jamil Khir VS Bekas Imam Masjid di Kulaijaya, Johor? Dua Nasib Yang Berbeza?

Gambar di sebelah kanan itu merupakan seorang bapa (nama Redzuan Mohd. Said, umur 28 tahun) kepada dua orang anak. Dahulunya bekerja dengan tanggungjawab yang mulia iaitu seorang iman Masjid di Kulaijaya, Johor. Tapi sayang entah “apa silapnya” sehinggakan sanggup seleweng duit zakat. Akhirnya tertangkap, lalu….

Bicara punya bicara, mahkamah majisteret akhirnya menjatuhkan hukuman :
  • 4 tahun penjara
  • 3 sebatan
Kes amil ini direman bermula disebabkan :
  • Dilantik oleh Majlis Agama untuk mengutip zakat telah ‘gagal’ memulangkan wang zakat yang dikutip
  • Beliau telah melarikan wang kutipan zakat tersebut
  • Ini satu jenayah. Justeru, beliau direman
  • Akhirnya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah

Semoga jadi pengajaran buat semua. Lain kali, jangan sesekali menyalahgunakan duit zakat. Masih ramai lagi yang belum dapat bantuan & lebih memerlukannya. Kadang-kadang nak mohon bantuan zakat cukup sukar lagi. Jadi, yang salah tetap salah, tidak kira orang atas ataupun orang bawah yang buat. Salah tetap salah. Tidak boleh diselindung-selindung lagi. Jadi, kes untuk rakyat biasa telahpun selesai. 

Apabila kami membaca laporan kesalahan & hukuman yang dikenakan terhadap bekas imam ini, kebetulan pula kami ada keluarkan satu lagi kes rakyat Malaysia, kali ini melibatkan bertaraf menteri yang mana perbuatannya “lebih kurang sama sahaja bunyinya” dengan kes bekas imam di Kulaijaya, Johor ini. Pinjam, seleweng, salahguna duit zakat untuk tujuan menampung kos guaman kes Qazaf melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi yang peliknya masih lagi tiada tindakan yang selanjutnya daripada pihak yang berkuasa? Samada nak jatuhkan hukuman itu perkara nombor dua. Adakah situasinya masih lagi berbeza selepas disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara?
Adakah nasib amil tadi akan berubah jika beliau terus buat bayaran semula duit zakat yang telah beliau gunakan itu? ApeKeHellnya ni...? 
Apa pendapat anda?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...