Salam kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati.....
Suasana politik yg semakin bercelaru pada waktu ini memanggil diri saya sebagai rakyat Malaysia yg begitu cintakan Negara kita yg bertuah ini . Mungkin warkah ini ditujukan kepada semua pemerintah pemerintah yg sedia ada dan juga bakal bakal pemerintah yg kini begitu giat memperkasakan jentera-jentera mereka utk menghadapi PRU 13 yg bakal menjelma tidak lama lagi.
Didalam kedua dua pihak bercakaran sesama sendiri utk menegakkan pendirian masing masing, rakyat yg tidak bersalah ini terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap sengketa politik masa kini. Pelbagai pekara pekara yg dihidangkan kepada rakyat tentang tuduhan penyelewengan Dana Kerajaan, Peribadi peribadi pemimpin diaibkan dgn sebaran² media yg tidak berhemah, cybertrooper yg tidak henti henti bercakaran sesama mereka walaupun pada dasarnya mereka ini adalah ISLAM dan MELAYU. Dan sebaran didalam alam cyber ini boleh menjengah sesiapa sahaja termasuk anak anak kita yg semakin cekap didalam dunia tanpa sempadan sekarang ini. Apakah jawapan kita jika anak kita bertanya.. "ayah..! ayah kenapa diorang cakap kerajaan curi duit rakyat utk bagi kat menteri utk bela lembu?" "kenapa anwar ibrahim tu gay?" "kenapa papagomo tu selalu mencarut?" dan macam macam lagi.. Apakah jawapan kpd soalan anak anak yg mahu membesar ini ?
scroll bawah lagi

Jadi adakah ini akan menjadi budaya kepada bangsa kita sampai bila-bila? Semua perkara² yg berlaku sekarang ini perlukan satu mekanisma utk melihat kesan negatif yg berlaku apabila perang politik ini berlaku setiap 5 tahun. Kesan kpd penyebaran² media tentang semua benda yg berlaku pada waktu ini akan meninggalkan kesan kepada anak anak kita yg bakal menerajui negara kita pada waktu akan datang .
Dan jika inilah BUDAYA Masyarakat kita, budaya apa yg bakal tercipta dalam tempoh 20 tahun akan datang?!

Saya berpendapat supaya kalau boleh mana mana kerajaan yg memerintah selepas ini supaya membuat suatu program pembangunan islam dimana program ini ialah utk menjadikan ISLAM ini indah dipandang oleh semua pihak, bangsa, kaum dan agama. Apabila kerajaan ini dapat menjadikan ISLAM ini indah barulah akan selesai semua perbalahan yg berlaku di antara banyak pihak.

Percakaran antara kita yg seagama ini sebenarnya amat merugikan ISLAM itu sendiri apabila golongan golongan yg bukan ISLAM melihat keadaan kita yg tidak sehati dan sejiwa . Bagaimana hendak memperlihatkan keindahan ISLAM itu apabila ulama² dan pemimpin negara asyik bercakaran sesama sendiri diatas isu isu yg saya boleh confirm didalam Al Quran ada jalan penyelesainnya .

Penyatuan umat islam dinegara kita amat diperlukan utk kebaikan kita semua . Jangan lah kita yg kebanyakannya adalah ahli sunnah wal jamaah ini memulakan konfrontasi sesama kita yg akan menjurus kepada masaalah yg lebih besar di masa hadapan. Jadikan masyarakat melayu ISLAM kita sebagai panduan kepada seluruh dunia bagaimana ISLAM ini dapat dilihat sebagai Agama yg begitu indah supaya dapat menarik perhatian yg bukan islam utk mendekati kita dan pada akhirnya mungkin mereka begitu terpikat kepada ISLAM dan mereka mereka ini akan mengikuti kita sebagai islam yg mukmin insyallah.
Ini adalah pandangan saya sebagai rakyat biasa yg bukanlah bijak pandai didalam bidang agama mahu pun politik tetapi ingin melihat sesuatu yg berlainan utk kemajuan ISLAM dan Negara kita yg tercinta ini . Mohon maaf jika ada kesalahan fakta atau mungkin ada yg tidak setuju dgn pendapat saya. Kalau boleh tegur lah saya jika ada kesilapan atau kebodohan saya didalam meluahkan apa yg saya rasa ini .
Assalamualaikum semua
yang pasti Allah la yg mencipta manusia wlau dr apa bangsa & agama sekali pun.....yang pasti juga jika kita lbih tkt pd Allah hidup kita lebih dirahmati & selamat...
ReplyDeleteAku sedih.. Aku sedih dengan bangsaku.. Aku sedih dengan Negaraku.. Aku sedih dengan sikap saudara seAgamaku.. Aku sayangkan Tanah-Airku.. Aku sayangkan Agamaku.. Aku sayangkan PAS.. Aku sayangkan UMNO.. Aku sayang semua saudara Islamku.. Wahai saudara-saudaraku.. Hentikanlah semua ini.. Jujurkanlah Hati.. Ikhlaskanlah Niatmu.. Tetapkanlah Imanmu.. Bersatulah bangsaku.. Bersatulah saudaraku.. Aku merayu.. Aku memohon.. Bersatulah.. Aku kecewa.. Aku letih.. Aku menangis.. Dengan sikapmu wahai saudara-saudaraku.. Aku Sedih..
ReplyDeleteni tentu terpengaruh dgn buku rasul dahri ni.....dia bukan seorang yang diktiraf keilmuannya dan dia trelah difatwakan sesat oleh jakim kerana buku2 yg dkarangnya...sekian.
ReplyDelete