Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Khoo Kay Kim Dakwa Hang Tuah Bersaudara Dan Hang Li Po Tak Pernah Wujud


Masyarakat Malaysia secara amnya mengetahui tentang sejarah negeri Melaka biar pun ada yang bukan berasal dari negeri tersebut.

Antara yang paling kerap diperkatakan ialah mengenai Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang dan Puteri hang Li Po semestinya.

Menurut sejarah Melayu negeri Melaka, Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China merupakan isteri yang kelima bagi Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka yang telah memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477.

Diselitkan juga dalam sejarah negeri itu, terdapat cerita legenda pahlawan Melaka yang terdiri daripada lima sahabat iaitu, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Kisah lima sahabat yang sarat dengan nilai-nilai persahabatan dan kesetiaan kepada raja dan negeri mereka itu menjadi terkenal dan sering diceritakan semula oleh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun sejarawan terkenal, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim yang ditemu bual oleh sebuah stesen radio tempatan, Business Radio Station (BFM) mendakwa sebaliknya.

Katanya, Hang Li Po dan kelima-lima pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah wujud!

Memetik laporan daripada Free Malaysia Today (FMT), Canselor di Kolej KDU itu berkata, beliau telah membaca penulisan dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, Wang Gung Wu tentang hal ini.

Menurut rekod ahli-ahli sejarah tersebut, Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka yang terkenal sejak zaman dahulu.

“Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod bertulis yang sahih, ” katanya.

Selain itu, Kay Kim juga menyatakan tiada bukti kukuh dalam rekod-rekod Malaysia menyatakan kewujudan lima pahlawan Hang tersebut.

“Tidak ada bukti dalam rekod-rekod Malaysia dan ini adalah cerita saja. Pencerita-pencerita sejarah menceritakan semula sejarah ini berdasarkan ‘cerita’ dan bukannya bukti,” tambahnya.

Untuk menguatkan lagi dakwaannya, Kay Kim memberitahu ahli-ahli sejarah telah pun menjalankan penyelidikan yang bersungguh-sunguh tentang dakwaan cerita sejarah tersebut.

“Kita memang mempunyai banyak cerita tentang sejarah ini. Hanya baru-baru ini, ahli-ahli sejarah telah bersusah payah melakukan penyelidikan sejarah awal negeri Melaka itu dan mendapati banyak cerita-cerita yang dimaklumkan pada masa lalu tidak dapat dibuktikan, “katanya.

Kay Kim juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.

Jika dakwaan Kay Kim ini benar ianya harus dipandang serius oleh pihak berwajib kerana isu Sejarah yg telah menjadi doktrin pemikiran orang Melayu ini boleh dianggap sebagai penipuan Sejarah paling besar yg dibuat oleh pihak berwajib jika Dakwaan Kay Kim ini benar . Kenapa isu ini dianggap tidak penting kepada segelintir pembaca yg memikirkan bahawa isu ini adalah isu remeh temeh yg tidak perlu dijaja . Bagi saya ianya amat penting kerana sejarah kesultanan melayu dan Hang Tuah dianggap oleh Kay Kim sebagai tidak wujud , Jika ianya tidak wujud siapakah yg mereka cipta watak watak ini dan untuk apa? Cerita cerita dongeng ini kadang kadang menjadi satu alat kepada sesuatu kerajaan untuk mewujudkan kesinambungan kehebatan bangsa itu sendiri sebagai moral boost kpd masyarakat secara amnya .. Di Great Britain hikayat Robin Hood atau William Tell atau lebih dikenali dgn William Wallace (Braveheart) menjadi satu simbol kebanggaan orang orang disana yg tidak pernah lekang dari mulut mereka menceritakan kehebatan orang orang mereka .

Persoalannya jika benar cerita Hang Tuah ini tidak wujud adakah Melayu ini tidak hebat , Sejarah hanyalah sebagai panduan kita utk terus maju kedepan tetapi jika sejarah ini hanya manipulasi atau jalan singkat utk menaikkan semangat bangsa kita ianya adalah suatu perbuatan yg melampau .. Menipu utk mencapai sesuatu objektif adalah pekara yg tidak sihat utk masyarakat melayu . 

Jika benar dakwaan KAY KIM ... pihak berwajib harus membetulkan fakta ini kerana kredibiliti pihak berwajib akan menjadi sejarah kpd masyarakat kita pada waktu akan datang . 

Apekehell

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...