Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Menteri Umno Yg Bijak .....


Lagi Menteri UMNO Gila Talak..


Makin dekat PRU 13 makin menjadi pulak Menteri Umno gila talak. Terkini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid  B Hamidi bersetuju dengan cadangan Ustaz Nasha untuk mengadakan dialog dengan PAS. Addin nak tanya sikit kat Menteri Bertahan nih, kenapa ko sekarang makin terhegeh-hegeh dengan PAS? Ko dah tau ke yang Umno bakal tumbang pada PRU 13 Mac nanti? Menteri Bertahan nih tak paham-paham bahasa ke? Yang PAS tak teringin dengan Umno selagi mana Umno menjadikan sekularisme kiblatnya..

Salam semua petikan diatas adalah dari addin77 blogger proUMNO yg tahap kebengapan beliau berada pada tahap tertinggi awan kelapan. Aku menerima berita ini sebagai suatu tindakan yg positif dari Zahid Hamidi yg ingin melihat penyatuan umat islam sebagai matlamat utama beliau sebelum bercakaran tentang politik murahan yg dijaja disana sini . Tujuan dialog ini amat penting dan mungkin akan mendapat sokongan rakyat yg kebanyakannya mendiamkan diri kerana sudah meluat dgn peperang politik yg lebih cenderung kepada pendedahan dosa kepada kita sebagai umat islam. Sekalung tahniah dan terima kasih banyak banyak kepada cadangan ini dan diharap ianya dijalankan dgn kadar segera ...

Zahid Setuju Umno Dan PAS Berdialog Untuk Kebaikan Negara

KUALA LUMPUR, 19 Jan - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersetuju dengan cadangan seorang bekas pemimpin tertinggi PAS supaya kedua-dua parti berdialog untuk kebaikan negara.  Beliau berkata Umno mungkin bersetuju menyertai dialog itu sekiranya perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada membentuk perpaduan umat Islam di negara ini.

"Sebagai salah seorang pemimpin Umno saya bersependapat dengan Nasharudin (bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa) kerana ia akan memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Khamis.

Nasharudin, ketika menjawab soalan peserta Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global di sini kelmarin berkata isu cadangan perbincangan antara Umno dan parti Islam itu bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, ia merupakan cadangan yang baik demi perpaduan ummah dan kepentingan menegakkan perjuangan syiar Islam di negara ini.

Katanya, kepentingan ummah dan Islam mestilah mengatasi kepentingan politik parti kumpulan tertentu kerana ia akhirnya merugikan orang Melayu dan umat Islam sendiri.

Beliau berkata, selama ini ada pemimpin parti pembangkang termasuk PAS lebih mementingkan soal parti daripada kepentingan sebenar umat Islam di samping menuduh Umno tidak melaksanakan tuntutan Islam.

Menurutnya, sekarang sudah sampai masanya pemimpin berusaha menyatukan pemikiran, hati dan tindakan umat Islam di negara ini bagi mencapai matlamat mengangkat martabat agama berkenaan.

"Umno sedia berdialog dengan PAS berkaitan isu Islam di negara ini jika parti itu benar-benar ikhlas tanpa mengenakan syarat tertentu dan memikirkan keuntungan politik sesetengah pemimpin mereka," tegasnya.

Ahmad Zahid berkata sebagai umat Islam yang cintakan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan, umat Islam mestilah mengamalkan sikap, pemikiran dan tindakan yang sederhana sekiranya mahu dihormati penduduk dunia yang lain.
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan yang dianggap baik itu perlu mendapat persetujuan Majlis Tertinggi Umno sebelum keputusan dibuat sama ada Umno bersetuju atau sebaliknya dialog itu diadakan. ~bernama?

Menteri Pertahanan nih tak paham-paham bahasa ke? Yang PAS tak teringin dengan Umno selagi mana Umno menjadikan sekularisme kiblatnya..
Komen dari addin77 yang masih tak puas hati .. ApekeheLL yeob

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...