Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Pian Cecupak kena sakit misteri ...


KUALA LUMPUR – Pelakon komedi popular, Pian Cecupak, dikatakan sedang menderita akibat penyakit misteri setelah menggemparkan dunia hiburan tanahair dengan kontroversi perkahwinan dengan seorang model sambilan beberapa bulan lalu.

Menceritakan penderitaannya kepada Sinar Harian, Pian memberitahu bahawa kedua belah telinganya membengkak teruk sejak dua bulan lalu sehingga menyebabkan dirinya menghadapi masalah pendengaran.

Lebih misteri lagi, Pian turut mendakwa jiran-jirannya memberitahu tentang kelakuannya yang aneh seolah-olah kurang siuman apabila dilihat sering menangis dan bercakap seorang diri.

“Saya tidak sedar apa yang berlaku pada diri saya. Tapi, menurut jiran-jiran, saya berubah menjadi seorang yang pemarah dan gemar
memukul orang. Ada juga jiran mendengar saya terjerit-jerit dan menangis di dalam rumah.



“Apabila emak saya mendapat tahu mengenai keadaan saya, dia lantas membawa saya balik ke rumahnya. Menurut emak, beberapa hari sebelum itu, dia ada bermimpi berlaku perkara tidak elok ke atas diri saya,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian Online, di sini hari ini. Anggota kumpulan komedi terkenal Cecupak itu sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mendakwa akan mengahwini Aida Hazira Ahmad, namun ia dinafikan model jelita itu dan mengatakan bahawa Pian sekadar mencari publisiti murahan.
Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman berkata, beliau kini hidup di dalam ketakutan dan terpaksa tinggal bersama ibunya di Sentul.
Bagaimanapun, beliau enggan menuduh dirinya terkena buatan orang dan lebih selesa menganggap penderitaannya itu sebagai balasan dari Allah SWT atas perbuatannya sebelum ini yang pernah melakukan perubahan kosmetik pada rupa wajahnya.
“Saya tidak tahu sama ada saya terkena buatan orang ataupun tidak,” katanya yang kelihatan sedikit pulih setelah mendapat pelbagai rawatan moden dan tradisional.


Err popular ke dia ni ..jap gay jap jadi lelaki sejati balik ..aduhaiiiiii harap hrap pian berubah lah ....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...