Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

U M U M - Kesinambungan PROTON pada awal pemasaran..!

sebuah artikel THE STAR bertarikh March 2, 1985 

Memetik kenyataan CEO Proton yang pertama, Tan Sri Jamil Mohammad Jan pada berita tersebut sebagai:

However, Tan Sri Jamil said the price of the Saga would be competitive, He said it would probably be cheaper than it's direct competition in the 1300-1600cc range, the Nissan Sunny and the Toyota Corolla which currently retails at around RM20,000"
TERJEMAHAN:Walaubagaimanapun, Tan Sri Jamil (CEO pertama PROTON) berkata Saga akan dijual dengan harga pasaran dan ia akan lebih murah dari saingan terdekat di dalam kategori 1300-1600cc, yakni Nissan Sunny dan Toyota Corolla yang berharga sekitar RM20,000 sebuah"


Di atas adalah keratan akhbar sejurus selepas PROTON dilancarkan. Apa yang berlaku selepas itu adalah PROTON tidak laku walaupun di Malaysia. PROTON sedang menuju bangkrupsi dan kilang Proton hampir ditutup selamanya.

Apa yang Mahathir dan UMNO buat adalah memperkenalkan kenaikan duti eksais yang begitu tinggi kepada semua kereta bukan kereta Nasional.

Untuk menanggung kerugian Proton, harga Proton telah dinaikkan berkali2 ganda sehingga Proton Wira yang baru harganya lebih kurang RM65-70 ribu sebuah.

Harga kereta import yang lain, naik lebih tinggi.

Jadilah harga kereta di Malaysia lebih mahal dari harga rumah. Ini adalah kerja gila yang diperkenalkan oleh Mahataik dan UMNO bertujuan mendera rakyat.

Deraan ke atas rakyat adalah semata-mata mahu menjayakan idea gila Mahathir kerana beliau mahukan sebuah kereta Nasional. Padahal Malaysia tidak sesuai untuk ada program kereta nasional.

Bila projek kereta Nasional hampir bangkrap, Mahathir dan UMNO naikkan cukai semua kereta menjadikan rakyat Malaysia terhimpit dengan hutang yang sebegitu besar semata-mata kerana mahukan kenderaan.

Wang negara yang banyak dibelanjakan untuk membuat jalan yang kemudiannya dikutip tol. Padahal jalan-jalan raya yang banyak ini tidak perlu sekiranya wang negara dibelanjakan secukupnya untuk pengangkutan awam i.e. LRT, MRT dan bas seperti di Singapura.

Bayangkan, sepatutnya sebijik kereta seperti PRoton sekarang ini sepatutnya dalam julat RM30-35k sebuah. Bayaran bulanan kereta tidak sepatutnya melebihi RM150 sebulan. Sepatutnya belanja kenderaan sebulan sekali dgn minyak dan insurans tidak boleh melebihi RM350. Itupun RM 350 sudah dikira mahal.

Sekarang ini, kita terpaksa membayar RM500-RM1000 untuk sebuah kereta yang tidak mewah dan tidak pula hebat. Kalau mahu kereta hebat, terpaksa bayar sekitar RM1500-RM2000 sebulan. Belum lagi minyak, insuran, road tax, mantenance. Bayangkan skrg ni spare parts pun kena duit import yang begitu tinggi. Spare parts Proton pulak harganya setaraf dgn harga BMW kalau takda duti eksais.

Terima kasih kepada UMNO kerana telah mendera rakyat Malaysia sehingga terpaksa menanggung hutang pribadi yang banyak demi mahu memenuhi keperluan berkenderaan kerana pengangkutan awam di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia.

Marilah kita kenang jasa BN yang telah menghimpit rakyat Malaysia dengan beban hutang yang banyak akibat kesombongan dan kebongkakan mereka yang mahukan projek kereta nasional walaupun telah diberitahu projek ini akan gagal.

ApeKeHell HIDUP UMNO!!! HIDUP BN!!!!

by RhZaaba Putra

3 comments:

  1. aku taktau parti mana yg kamu sokong. tapi, daripada pemerhatian aku, kamu nih lebih kepada pembangkang dalam penghinaan kepada perikatan kerajaan (BN, MIC, MCA dll).

    tolong-lah! apa yang kamu jadi pada hari ini adalah hasil apa yang Tun Dr. Mahathir bawakan semenjak beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. jika beliau hanya nak menindas rakyat, apakah kamu pada ketika ini sudah kenal apa itu internet, komputer, keyboard? jangan jadi kacang lupakan kulit.

    kalau ye pon kamu berbeza pendapat/pandangan dengan pembawaan kerajaan, tolong jangan label Tun Dr. Mahathir dengan nama yang bukan diberikan oleh kedua orang tuanya. apakah kamu sudah cukup bijak untuk menandingi 'bijaknya' Tun Dr. Mahathir mentadbir negara?

    jangan lupa, Melayu Mudah Lupa! kerana beliau, sila-lah lihat di mana kamu duduk ketika ini?

    kalau kamu masih "mahasiswa", jangan jadi bongkak. kerana sistem pendidikan yang diterajui oleh Tun satu ketika dulu yang membolehkan kamu menjejak kaki ke IPT. jangan harap kamu jejak kaki ke IPT kalau bukan kerana usaha Tun nak majukan orang Melayu yang MUDAH LUPA!

    yang benar,
    pendiri-atas-pagar
    (bukan UMNO, bukan PKR, bukan PAS dan TAK AKAN DAP!!)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas teguran .. mengkritik tidak semestinya menentang ... saya tak pernah jejak universiti kerana kesempitan wang keluarga pada waktu saya ingin melanjutkan pelajaran , biasiswa pun tak dapat , mungkin kita tak sezaman saudara . Ye betul Tun Mahathir telah membawa kesatu aras yg boleh dibangga kan but nobody perfect , there is certain thing that UMNO should look deeper into , Melayu ini tidak pernah lupa asal usul nya ... ketahui sejarah melayu sebelum menuduh melayu mudah lupa ....

    ReplyDelete
  3. yela btol gak pe yg u kata..mgkin kta x sezaman..tp bebanan sama...nk byr kete dkat 5rtos sbln...roadtax stahun seribu lbh...i dh ader sorg ank n x mampu nak bli rumah...x mampu nk byr bulan2...masih mnyewa...blanje skola ank..brg dpor...mnyak..tension...maintanance kete lg...Ya Allah..dugaan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...