Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Forex HARAM..!! - Majlis FATWA Kebangsaan

New Page 1

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.
Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.”

haaa.. apa macam..?? sindri mau hengat...!! kirenya xde beza ler dengan buat MLM doe....!! kah kah kah kalo itu macam kite main game KUDA la der....! ha ha ha.. kalo masa Jibby lulus judi bola majlis FATWA tak pula kata apa², takkan la main kuda depa nak marah ye tak? keh keh keh....! Apekehell? adoi la... oi majlis FATWA, bukan gua nak bangkang atau kata salah atas tindakan ni.. tapi masih berbagai² lagi urusniaga yang sewaktu dengannya korang tak act... apesal korang slow sangat nak memutuskan halal/haram? rasanya dah banyak tahun urusniaga Forex ni berlaku dalam Malaysia ni, apsal dari dulu ko tak cakap? boleh tak kiranya korang list out kesemua halal/haram things kat media supaya ia menjadi lebih jelas dan waspada pada semua umat Islam di Malaysia? kan ke cara itu lebih bernas dan mudah...! buat hehari pun takpe... lagi hehari org baca lagi org mudah nak ingat der....!! keh keh keh tapi jangan la slow sangat mengkaji halal/haram macam sekarang ni... sebijik² keluar fatwa..! ape kejadahnya..!!?? makan gaji buta la tu....~ kah kah kah tak buleh blah..!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...