Fine
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan
pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena
diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran
rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai –
hanya akan membawa anda berdua bergaduh..
Lima minit
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama
jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepakakan berakhir sebelum
anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
.
Takde apa-apa
.
Takde apa-apa
Ini bermakna “something” dan anda perlu
berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang
inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini
akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘lima minit’ dan
diakhiri dengan ‘fine’.
.
Pergilah! (dengan kening terangkat)
.
Pergilah! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan
membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘takde apa-apa’ dan diakhiri
dengan ‘fine’. Pergilah (dengan kening biasa) ini bermakna ‘mengalah’
atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya
akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘takde
apa-apa’, ‘fine’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa
‘lima minit’ apabila dia dah sejuk.
.
Mengeluh yang kuat
.
Mengeluh yang kuat
Ini sebenarnya bukanlah perkataan,
tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘mengeluh
yang kuat’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika
itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di
situ dan bergaduh mengenai ‘takde apa-apa’.
.
Mengeluh yang perlahan
.
Mengeluh yang perlahan
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan.
‘mengeluh yang perlahan’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah
lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia
akan kekal puas.
.
Okay lah
.
Okay lah
Ini adalah kenyataan yang paling
merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. ‘okay lah’
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap
perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘okay lah’ selalunya
digunakan dengan ‘fine’ bersama ‘kening yang terangkat’.
.
Buat lah
.
Buat lah
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
.
Tolonglah
.
Tolonglah
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah
pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan
sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda
mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda
tidak akan mendapat ‘okay lah’.
.
Terima kasih
.
Terima kasih
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
.
Terima kasih banyak-banyak
.
Terima kasih banyak-banyak
Ini banyak berbeza dari ‘terima kasih’.
Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah
pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan
akan diikuti dengan ‘mengeluh yang kuat’. Berhati-hati untuk tidak
bertanya apa yang salah selepas ‘mengeluh yang kuat’ kerana ini hanya
akan membuat dia berkata ‘takde apa-apa’.
Apekehell he he he ...
0 comments:
Post a Comment