Bagaimanapun
Zulkifly bersama isteri dan dua anaknya serta saudara maranya selamat
dengan bertindak keluar menerusi pintu belakang rumah mereka di Taman
Universiti, Gelang Patah.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.40 pagi tadi.
"Kereta
dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang
tamu, dan letupan menyebabkan keluarga beliau sedar dan bertindak
keluar.
"Beliau (Zulkifly) ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang. Anggota polis dan unit forensik ada menemui botol minyak tanah lima liter di kawasan rumah Haji Zulkifli," kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Mazlan Aliman ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Mazlan yang berada di tempat kejadian ketika dihubungi berkata, pihaknya percaya ia perbuatan khianat pihak-pihak tertentu.
"Haji Zulkifly akan membuat laporan polis pagi ini," katanya lagi.
Mazlan memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.
Dzulkefly
sebelum ini, tambah Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri
Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.
Dalam
pada itu, Zulkifly ketika dihubungi berkata, bahagian depan rumah dan
ruang tetamu rosak teruk dalam kejadian awal pagi ini.
"Saya
sedar rumah saya terbakar selepas terdengar letupan kuat. Kereta BMW
saya rosak sama sekali dan satu lagi kereta rosak sebahagian. Api marak
ke ruang tamu, memaksa kami keluar ikut jalan belakang," katanya yang
turut mengesahkan ada menemui bekas minyak.






"Ini
kali pertama saya alami kejadian ini. Kami ada temui bekas minyak,"
katanya sama ada beliau percaya ia akibat perbuatan khianat.
Menurut
beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan
enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas rumahnya.
Kata beliau, pihak bomba berjaya memadamkan api daripada terus marak. SH
Kereta, rumah timbalan p'jaya PAS Johor dibakar
7:50AM Feb 3, 2012
Dua
kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta
tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu hangus
terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.
Menurut
laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu
beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat
atas
"Ketika
itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat.
Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api
di tingkat bawah rumah.
"Tidak
lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota
keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus
menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS
itu.
Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.
"BMW
keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di
sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.
"Bagaimanapun
saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi
dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.
Sementara
itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada
Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada
kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.
Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.
“Dahsyat!
Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke
ruang tamu. Beliau dan ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.
“Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” tulisnya.
Menurut
laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal
pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar
pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.
"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya. MK
0 comments:
Post a Comment