Mereka tidak akan makan apa-apa lagi buat selamanya. Atas dasar ini,
banduan akhir diberi pilihan apa yang ingin dimakan sebelum menjalani
hukuman mati. Jurugambar Henry Hargreaves telah menghasilkan semula
makanan yang menjadi pilihan sembilan orang penjenayah paling dikutuk di
Amerika Syarikat.
1. Victor Fueger
1. Victor Fueger

Makanan
terakhir Victor Fueger hanya sebiji buah zaitun yang diletakkan
sedikit sos wain merah bersama pinggan serta sudu dan garfu.

Victor,
dari Florida disabitkan bersalah untuk kes penculikan dan pembunuhan.
Dia dihukum gantung sampai mati di Iowa Penitentiary pada tahun 1963.
Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
2. John Wayne Gacy
2. John Wayne Gacy

John Wayne Gacy memesan 12 ekor udang goreng, satu bucket ayam KFC Original Recipe dan satu paun buah strawberi.

Sebelum
disabitkan bersalah, John bekerja sebagai badut serta pernah
menguruskan tiga buah restoran KFC. Dia didapati bersalah untuk tuduhan
merogol dan 33 tuduhan membunuh. Dihukum mati melalui kaedah suntikan
beracun pada tahun 1994.
3. Timothy McVeigh

Timothy
McVeigh pula tidak memesan makanan berat, sebaliknya hanya mahukan
pencuci mulut. Dia meminta dua pain aiskrim perisa pudina dan cip
coklat.

McVeigh,33,
dari Illinois, telah penjarakan dan dihukum mati untuk 168 tuduhan
membunuh. Dia telah meletupkan satu trak penuh bom di hadapan Alfred P. Murrah Federal Building di Oklahoma City pada tahun 1995. Dibunuh menggunakan suntikan beracun di penjara Terra Haute pada tahun 2001.
4. Allen Lee Davis

Allen
Lee Davis pula memesan ekor udang kara, kentang goreng, udang goreng,
enam auns kerang goreng, separuh buku roti bakar bawang putih dan 32
auns root beer.

Allen
didapati bersalah untuk tiga tuduhan merompak dan membunuh, serta
dihukum mati dengan kaedah kerusi elektrik pada tahun 1999.
5. Angel Nieves Diaz

Angel Nieves Diaz pula tidak mahu makan apa-apa sebelum dihukum mati. Dia dhukum penjara dan mati kerana menculik, membunuh dan rompakan bersenjata.

Dia menjalani hukuman mati dengan suntukan maut di Florida State Prison, Raiford pada tahun 2006.
6. Ted Bundy

Ted Bundy tidak memesan makanan istimewa, sebaliknya hanya mahukan ‘makanan tradisional’. Jadi pihak penjara menghidangkannya steak, telur, kentang hash browns, roti bakar beserta mentega dan jeli, susu dan jus oren.

Ted
ialah seoerang pembunuh bersiri dan didapati bersalah untuk 35 tuduhan
membunuh termasuk rogol, nekrofilia, dan melepaskan diri dari penjara.
Dihukum mati menggunakan kerusi elektrik pada tahun 1989. Kesemua mangsa
Ted adalah perempuan.
7. Ronnie Lee Gardner
7. Ronnie Lee Gardner

Ronnie
Lee Gardner meminta ekor udang kara, steak, pai epal dan aiskrim
vanilla, malah dia dibenarkan menonton trilogi Lord of the Rings di
hari-hari terakhirnya.

Ronnie
didapati bersalah untuk tuduhan memecah masuk, merompak dan bunuh. Dia
menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh skuad penembak di Utah pada
tahun 2010.
8. Ricky Ray Rector
8. Ricky Ray Rector

Ricky
Ray Rector pula mahukan ayam goreng, steak, kool-aid perisa ceri dan
pai kacang pecan. Dia tidak menghabiskan pencuci mulutnya (pai), “simpan
untuk selepas ini,” katanya.

Ricky berasal dari Arkansas, dihukum mati kerana membunuh dua orang
dan menjalani hukuman suntikan maut. Dia menyimpan pai kacangnya untuk
‘selepas ini’ kerana tidak memahami dia akan mati. Ricky mempunyai
masalah otak dan dipercayai tidak berfikiran waras, tetapi tetap dihukum
pada tahun 1992, dekat dengan tarikh pilihanraya.
Pada tahun 2002, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat meluluskan larangan hukuman mati ke atas pesakit mental.
9. Stephen Anderson
Pada tahun 2002, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat meluluskan larangan hukuman mati ke atas pesakit mental.
9. Stephen Anderson

Stephen
Anderson meminta dua sandwic keju panggang, satu pain keju, campuran
lobak dan jagung, pai buah pic dan aiskrim cip coklat.

Dihukum
mati dengan suntikan maut, Stephen disabitkan bersalah atas tuduhan
rompakan, serangan dan tujuh tuduhan bunuh. Dia dihukum di San Quentin
State Prison pada tahun 2002.
0 comments:
Post a Comment