
Penelitian para doktor tentera
Amerika Syarikat (AS) berkata, jumlah kes bunuh diri di Angkatan Darat
AS melonjak 80 peratus setelah pencerobohan Iraq.
Menurut Jurnal Britain ‘Injury
Prevention’ yang diterbitkan pada Khamis, (8/3) sebelum 2003 peratusan
kes bunuh diri Angkatan Darat (AD) AS jauh di bawah masyarakat awam.
Namun pada 2004 setahun selepas pencerobohan AS ke Iraq, angka bunuh
diri itu terus naik tajam.
Pada 2008, lebih kurang 140
perajurit AD bunuh diri. Angka 2008 ini menunjukkan peningkatan 80
peratus dari tahun 2004, catat artikel dalam jurnal tersebut. Laporan
lain jurnal itu juga mencatat peningkatan angka bunuh diri yang
dilakukan oleh masyarakat awam.
Menurut jurnal tersebut, angka ini terus meningkat, belum pernah terjadi sebelumnya, selama 30 tahun catatan AD
“Kenaikan
30 peratus kes bunuh diri tentera AS pada 2008, dijangka berkaitan
dengan paska pencerobohan AS ke Iraq pada tahun 2003, di tambah operasi
yang terus berlaku di Afghanistan,” kata Jurnal itu.
Tentera yang melakukan bunuh
diri, lebih dari satu perlima daripada mereka adalah mereka yang masih
aktif berkhidmat. Mereka kemudian menderita beberapa jenis ganguan
mental berat.
Apa yang disampaikan oleh jurnal
‘Injury Prevention’ ini ternyata terbukti dengan tiga kajian berbeza
yang diterbitkan dalam American Journal of Public Health pada bulan
Januari lalu. Menurut kajian tersebut, banyak anggota tentera AS dan
veteran yang bertugas mengalami kemurungan atau post-traumatic stress
disorder (PTSD), akibat situasi di zon perang.
0 comments:
Post a Comment