Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Subhanallah, Awan bentuk Tsunami di Johor (Seram!)

Sebuah awan besar yang persis seperti tsunami telah dirakam di Segamat, Johor pada Disember tahun lalu. Kemunculan awan tsunami itu telah menggemparkan penduduk setempat dan masing-masing telah memberhentikan kenderaan untuk melihat fenomena kejadian pelik tersebut. Foto yang dirakam menunjukkan seperti sebuah tsunami gergasi sedang bersedia untuk menenggelamkan bandar Segamat. Nauzubillah. Gambar awan tsunami yang seram yang berlaku di Johor itu ada di bawah.


Tidak dapat tidak digambarkan dengan kata-kata jika awan tersebut merupakan tsunami yang sebenar. Sangat menakutkan. Agaknya beginilah keadaan di Hari Kiamat kelak. Ibu yang mengandung pun tergugur kandungannya tanpa disedari dan lari lintang pukang. Mana taknya, gunung ganang ketika itu tercabut, dan manusia berterbangan seperti serangga. Nauzubillah. Insaflah diri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...