Ahmad Nisfu
merupakan seorang pelakon dan pelawak berbakat di era zaman kegemilangan
filem-filem P Ramlee. Namun ada sebuah cerita yang menyayat hati
mengenai beliau.
Malam semalam sempat menonton rancangan Tiga Abdul
yang disiarkan menerusi TV2. Siapa tidak kenal gelagat mereka antaranya
Tan Sri P Ramlee. Namun apa yang ingin dikongsikan di sini adalah pelakon Ahmad Nisfu. Siapa yang tidak kenal dengan beliau merupakan seorang
pelakon dan
pelawak yang berbakat. Banyak sahaja
tagline yang digunapakai sehingga hari ini antaranya :
“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku..”
Ini adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem
Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad
Nisfu. Dalam kita mengenang ramai artis-artis veteran terutamanya,
mungkin tak semua yang tahu. Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang
sudah pun berada dipuncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni ini dan terus tenggelam ditelan oleh arus berzaman.
Mengikut arwah Norizan bekas isteri
kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara
teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu
kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar.
Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu
oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.
Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong,
Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah
dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai
pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon
filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil.
Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya
sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada
saudara mara, keluarga dan juga isteri.
Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah
dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar
studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.
Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas,
Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas
penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.
Di sinilah Ahmad Nisfu tinggal semasa hayatnya di Kubu Jepun (pillbox)
Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo
Berikut pula, sedutan dari artikel yang dikongsi oleh penulis yang lain.
Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad
Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road
dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan
Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan
gaji $5.00 ringgit sehari!
Selain meluangkan masa disitu, dia sering
keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai
mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang
terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk
kambing’nya.
Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road
(sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association).
Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan
Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama
sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan
ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat
hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman
nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.
Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama
menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh
dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas
off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah
ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.
p/s: - Rasa sedih pula apabila mengenangkan nasib allahyarham Ahmad Nisfu yang pengakhiran hidupnya amat menyayat hati. Seorang pelakon dan pelawak berbakat hidup dalam kedaifan. Admin percaya, rata-rata semua baru tahu mengenai riwayat hidupnya. Apa yang menyedihkan lagi, beliau dahulunya adalah hidup sebatang kara. Apa-apapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah ~
0 comments:
Post a Comment