![]()
AFP- BARISAN kereta kebal dan
anggota tentera Israel dihantar ke sempadan Israel-Genting Gaza semalam.
Pihak berkuasa Israel menyatakan ia bersedia untuk melancarkan
serangan darat ke atas Genting Gaza jika keadaan memaksa.
|
BAITULMUQADDIS - Tentera Pertahanan Israel (IDF) dilihat mula
mengerahkan kira-kira 16,000 anggota tentera simpanannya semalam sebagai
persiapan untuk menyerang Genting Gaza.
"Proses memanggil anggota tentera telah pun dimulakan. Sebagai sebahagian daripada Operasi Tiang Pertahanan, IDF akan mula merekrut 16,000 anggota simpanan," kata kementerian terbabit dalam satu tweet rasminya.

AFP
GAMBAR yang dirakam dari sempadan Israel menunjukkan api dan kepulan asap tebal keluar dari bangunan selepas tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandar Gaza semalam.
GAMBAR yang dirakam dari sempadan Israel menunjukkan api dan kepulan asap tebal keluar dari bangunan selepas tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandar Gaza semalam.
Pada Khamis lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak meluluskan
proses untuk memanggil 30,000 tentera simpanan yang boleh dikerah bagi
terlibat dalam operasi ketenteraan pada bila-bila masa.
Langkah itu dibuat ketika Israel terus memberi tekanan ke atas pejuang Palestin yang dilihat bakal meningkatkan serangan roket kepada operasi ketenteraan darat selepas sebutir roket mengenai pantai tidak jauh dari Tel Aviv. Roket kedua pula meletup di bahagian selatan bandar tersebut.

AFP - IBU kepada kanak-kanak
perempuan Palestin yang terbunuh, Hanen Tafesh ditenangkan oleh suami
dan saudara-maranya sebelum mayat anaknya itu dikebumikan di Bandar
Gaza. Serangan udara tentera Israel setakat ini telah membunuh
sekurang-kurangnya 23 orang warga Palestin.
"Kami kini dalam proses meningkatkan operasi ketenteraan. Menteri
Pertahanan sudah memberi kelulusan berdasarkan kepada permintaan tentera
iaitu penambahan 30,000 anggota lagi.
"Kami akan mengenal pasti berapa ramai tentera yang perlu dipanggil. Ini bermakna kami mempunyai semua pilihan," kata jurucakap ketua tentera Israel, Brigedier Jeneral Yoav Mordechai kepada televisyen Israel, Channel 2.

AFP- ANGGOTA polis antirusuhan
Israel menahan seorang lelaki Palestin dalam satu protes membantah
operasi ketenteraan Israel ke atas Genting Gaza di di Gerbang Damsyik,
Bandar Lama Baitulmuqaddis semalam.
Menteri Kanan Kabinet Israel, Moshe Yaalon turut menyatakan bahawa
pihaknya sedang menimbang semua pilihan operasi ketenteraan. Ini
termasuklah amaran akan menyerang Gaza bagi menghentikan serangan roket
pejuang Palestin.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Genting Gaza, Adham Abu Selmiya
memberitahu, dua orang penduduk Palestin telah meninggal dunia kerana
cedera dalam serangan udara Israel di bahagian utara wilayah tersebut.
Menurutnya, tiga kematian pada Jumaat menyebabkan jumlah mangsa meningkat kepada 23 orang dengan 250 yang lain cedera.

Reuters - PASUKAN bomba Palestin
bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah kilang yang terbakar
selepas terkena bedilan roket tentera udara Israel semalam.
Sementara itu, Presiden Mesir, Mohamed Mursi menyifatkan serangan
Israel ke atas Genting Gaza sebagai pencerobohan kejam terhadap
kemanusiaan, sambil menegaskan Mesir tidak akan membiarkan Gaza
bersendirian.
Mursi membuat kenyataan itu dalam satu khutbah Jumaat di sebuah masjid di tengah Kaherah, lapor agensi berita Mena. Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil pulang semalam mengadakan lawatan selama tiga ke Genting Gaza.
"Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza seorang diri. Mesir hari ini bukannya Mesir semalam. Masyarakat Arab hari ini juga bukan masyarakat Arab seperti sebelum ini," tegas Mursi.
0 comments:
Post a Comment