Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

UMUM - Luahan dan Rintihan Hati Seorang Bapa Kepada Wira Negara


 
\
Sementara negara meraikan perkahwinan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo, bapa pengantin lelaki, Lee Ah Chai dilaporkan merajuk di rumahnya di Pulau Pinang.


Menurut khabar angin bapa Chong Wei disisih daripada sambutan perkahwinan selama tiga hari bermula pada Jumaat di Kuala Lumpur Convention Centre. “Saya seorang bapa yang sedih,” Lee paparkan dalam bahasa Cina di Facebook beliau.

Saya akan tonton siaran langsung anak lelaki saya di NTV7 dari rumah.” Dipercayai perhubungan antara Lee dan isterinya dan anak-anak bergolak sejak beliau didakwa cuba membunuh diri pada Jun tahun ini.

 


Meskipun pesara berusia 59 tahun ini telah menafi sekeras-kerasnya tentang cubaan beliau membunuh diri dengan melompat daripada Jambatan Pulau Pinang apabila ditemui oleh polis pada 10 Jun, sumber terdekat keluarga Lee mendakwa bahawa hutang-piutang beliau yang bertimbun memusnahkan perhubungan keluarganya.

 

Namun Chong Wei yang tidak gemar membincangkan tentang rahsia keluarganya, memberitahu Red Carpet (laman portal hiburan di bawah ABN Media Group, www.redcarpet.net.my) bahawa, “Saya bukan seorang selebriti. Saya seorang yang amat berahsia.”

Chong Wei dan Mew Choo berkahwin dalam satu majlis minum the Cina pada Jumaat dengan disaksikan oleh keluarga dan rakan rapat. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...