Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

ISLAM : Apabila Imam Syafie Bertemu Dengan Seorang Pendebat

Sekiranya seseorang itu mengajak kita untuk berdebat, ia tidaklah menjadi masalah. Namun perdebatan itu mestilah didatangkan dengan fakta dan logik akal bukan emosi. Adalah satu perkara yang sia-sia jika kita berdebat dengan orang yang sebegitu. Hanya tahu bercakap dan mahu bersikap mahu menang sahaja. Pada suatu ketika dahulu, Imam Syafie pernah bertemu dengan seorang pendebat. Pendebat tersebut telah memberikan satu soalan kepada Imam Syafie.


Pada suatu hari, seorang lelaki menemui Imam Syafie lalu tertanya, “Mengapakah Iblis dicipta daripada api dan kemudian diseksa pula dengan api?

Imam Syafie berfikir sejenak. Kemudian dia mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya ke arah lelaki itu. Lelaki itu kelihatan marah diperlakukan sedemikian.

Melihat keadaan itu, Imam Syafie bertanya, “Adakah kamu sakit?

Lelaki itu menjawab, “Ya! Saya sakit.

Lantas Imam Syafie pun berkata, “Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah, dan engkau juga akan disakiti dengan tanah.

Lelaki itu terdiam tidak menjawab, tetapi dia telah faham dengan maksud kata-kata Imam Syafie. Begitulah juga dengan keadaan Iblis. Dia Allah menciptanya daripada api dan disiksa juga dengan api.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...