Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

POLITIK : Majoriti Sokong Anwar Ibrahim Jadi PM – Bancian Online

Bancian online yang dibuat oleh Sinar Harian Online menunjukkan majoriti menyokong Anwar Ibrahim menjadi PM Malaysia. Siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri jika pakatan rakyat memenangi Pilihan Raya nanti telah diperolehi melalui bancian ‘online’ dan menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi pilihan ramai.

Seramai 54 peratus daripada 1,139 pengunjung yang menyertai bancian itu menyatakan bahawa Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua PKR, layak menjadi Perdana Menteri untuk sesi pemerintahan depan.

Keputusan disusuli dengan 34 peratus yang memihak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang , manakala 12 peratus lagi memilih Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Menurut perkembangan semalam, Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi membuat kenyataan media bahawa Pas dan PKR sedia mengadakan perbincangan mengenai isu pemilihan dan pemegangan jawatan Perdana Menteri tersebut.

“Memang betulah. Boleh bincang,” ujar Hadi pada sidang media setelah menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-58.

Hadi menyatakan pandangan beliau berhubung kenyataan Anwar pagi semalam, dengan menyatakan siapa bakal menjawat jawatan Perdana Menteri kelak bukan satu masalah.

“Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik,” ujar Anwar selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor.

Idea supaya Hadi menjadi Perdana Menteri telah dibangkitkan oleh perwakilan Dewan Ulama kelmarin. Ia sekali lagi disahkan oleh Dewan Ulama semalam dan turut mendapat sokongan Dewan Muslimat mengenai isu ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...