Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Tips :: Mengelakkan Jadi Pelupa

Mengelakkan Jadi Pelupa

Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:-

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.

2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.


3. Tidur awal bangun awal.


4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu.


5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam.


6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.


7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.


8. Buat stretching bila bangun dari tidur.


9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut .


10. Elakkan lihat kemaluan dan najis.


11. Baca Qoran dan cuba menghafal setiap hari.


12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu (orang moden kata aromatherapy).

13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah (wanita ketika dalam rumah).


14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar.


15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.


16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.


17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang. Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. 

Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.

1 comment:

  1. Kalau kata mengata, keji mengkeji,hina menghina, umpat mengumpat termasuk tak dlm kategori petua utk elak jd pelupa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...