Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

MELAYU :: The Origins Of Malay (Part 2)

Melayu dan Pistol...  Pistol vs Keris

ARTIKEL KALI INI SAYA MEMBAWA PEMBACA KEPADA SATU KEBENARAN YANG TIDAK ADA DI DALAM BUKU SEJARAH.  KEBANYAKAN ORANG MELAYU SEKARANG FIKIR BAHAWASANYA SENJTA2 ORANG MELAYU DAHULU HANYA KERIS, LEMBING DAN BUKAN PISTOL SENAPANG DAN MERIAM.  SEKIRANYA ORANG MELAYU HANYA BERSENJATAKAN KERIS MUSTAHIL UNTUK KESULTANAN MELAYU MELAKA MENJADI KUASA BESAR DI ASIA TENGGGARA.  SEBELUM ITU SAYA INGIN BERITAHU YANG ARTIKEL INI AGAK PANJANG TAPI SARAT DENGAN RAHSIA SENJATA2 ORANG MELAYU.  JADI GAGAH2KAN LA DIRI ANDA UNTUK MEMBACANYA...  

Beribu-ribu tahun dahulu...  di Lembah Bujang,  terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi. 


Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi...  hancur semuanya... bangkit kembali membina empayar...  perang saudara...  kedatangan bangsa Eropah yang tamak... dijajah...  dijajah...  dijajah...

Bangkit kembali...  tentang penjajah...  akhirnya merdeka. Kemudian bina negara...  bina peradaban kembali. Perlahan-lahan. 

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris. Selak lagi. . apa dilihat lagi?

Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang . Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi... gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...  selak lagi...  gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,  miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.

Dalam artikel ini, penulis akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).  Penulis akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api. . Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”

Benarkah begitu?

Apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah, Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam. 

ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK, TULI, BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Hakekat Ahmadinejad: Mengungkap tabir hitam pemimpin syi'ah Ahmadinejad

Arrahmah.com - Siapa yang tak kenal sosok Ahmadinejad, seorang presiden Iran yang berani terhadap hegemoni Amerika Syarikat dan individu yang sangat bersahaja dalam kehidupannya. Banyak dari kalangan kaum muslimin memuja  Ahmadinejad yang dianggap sebagai pemimpin sejati.
Namun, masyarakat muslim mungkin tidak kenal secara peribadi siapa Ahmadinejad, baik sebagai rakyat biasa ataupun sebagai presiden Iran .
Sebelum membahas lebih jauh terkait sikap Ahmadinejad terhadap Israel, ada baiknya kita mengulas asal-usul lelaki  tersebut.

Mahmoud Ahmadinejad atau bisa dibaca Ahmadinezhad (bahasa Persia: ; lahir 28 Oktober 1956) adalah Presiden Iran yang keenam. Jabatan kepresidenannya dimulai pada 3 Agustus 2005. Ia pernah menjabat walikota Teheran dari 3 Mei 2003 hingga 28 Juni 2005 waktu ia terpilih sebagai presiden. Ia dikenal secara luas sebagai seorang tokoh konservatif yang mempunyai pandangan Islamis.

MELAYU :: The Origins Of Malay (Part 1)

Adakah Inggeris mengadakan sayembara mencipta nama bagi penduduk Tanah Melayu di negara mereka?Orang Melayu bukanlah seperti penduduk Kepulauan Filipina yang dipaksa menjadi bangsa Filipino, di mana perkataan 'Philippines' berasal dari nama raja Sepanyol iaitu Philip II. Mengapa Inggeris tidak memberi nama seperti 'Elizabetania' kepada orang Melayu ini melambangkan nama Queen Elizabeth atau 'Elizinno' jadi bolehlah penduduk Tanah Melayu berbangga menjadi bangsa Elizinno ini.
Betapa kurang berpendidikan orang yang dengki kepada orang Melayu ini padahal nama Melayu itu sudah ada di dalam kitab Ramayana dan disebut-sebut dalam Purana, beribu tahun sebelum kelahiran para penjajah Inggeris ini ke dunia yang fana ini, yang diwar-warkan memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu.
Pulau-pulau Melayu disebut 'Malayadvipa' di dalam hikayat dewa-dewi Hindu. Bagaimana pula nama 'Melayu' itu ciptaan Inggeris padahal para rishi dan dewa-dewi Hindu amat kenal dengan orang-orang Melayu ini lantas menamakan Kepulauan Melayu sebagai Malayadvipa bersempena penduduk kepulauan ini memanggil diri mereka Mala, Malayu atau Melayu. Jadi sudah tentu 'Englishmen' mengenal penduduk ini sebagai Malay, iaitu diceduk dariSanskrit dan bahasa Sanskrit adalah sumber kosakata bagi bahasa Inggeris Kuno. Perkara ini terjadi kerana terlalu tergesa-gesa mahukan pengiktirafan, harta, pangkat dan kuasa tanpa mahu menyelidik dahulu duduk perkara sebenarnya. Memang tidak dinafikan Stamford Raffles, Winsdtedt serta anak muridnya Munshi Abdullah 'ada campur' tangan dalam sejarah Alam Melayu khususnya Tanah Melayu namun bukan nama 'Melayu' itu.

PENTING!! - Sejarah M E L A Y U (Origins of MALAY)


Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka... dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

At World's End



Sudah penat menjejak bangsa ini. Ke mana lagi mereka ingin berjalan? Begitu teguh azam mereka. Begitu berani lelaki-lelaki mereka meredah panas padang pasir dan ribut salji, begitu setia wanita-wanita mereka mendukung anak dengan wajah tersenyum walaupun keletihan. Tidak terdaya kaki ini melangkah mengikut hayunan langkah mereka yang semakin laju. 

Kemana mereka ingin pergi?

Dimanakah mereka ingin tujui?

Tunggu!

Tunggu aku!

Aku ingin ikut kamu!

Jangan tinggalkan aku!

Ke mana kamu semua ingin pergi?

Cakap! Ke mana kamu semua ingin pergi!?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...