Kata Adam "Saya ingin memberitahu kepada mereka ini (yang mengugutnya),
bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di
sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti
menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim,
tidak sama sekali.
Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?
Adam:
Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan
kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia
akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan
tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan
Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.
Jadi mesej yang
saya cuba sampaikan adalah
kami tuntut kebebasan akademik untuk semua
mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya pilih, ia
kerana bendera Najib terletak di tiang yang paling tepi sekali dan
paling mudah untuk dicapai.
Usaha untuk kebebasan akademik ini
sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru
ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara
15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik
tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi
untuk apa pindaan ini dilakukan? Adakah mahasiswa ini hanyalah kuli
kepada parti-parti politik? Bagi saya itu satu penghinaan kepada
pelajar.
Bukan maksud saya mahu semua pelajar menyertai parti
politik dengan pindaan ini, pemimpin atas tidak nampak apa yang pelajar
mahukan sebenarnya. Apa yang pelajar mahukan adalah berpolitik dengan
tidak semestinya menyertai parti politik. Ia mestilah haluan mahasiswa
sendiri dengan boleh mengkritik mana-mana kepimpinan dan dasar serta
menerangkan kepada orang ramai tentang isu-isu yang mahasiswa bawakan.
Jadi itulah dinamakan berpolitik tanpa perlu berpartisipasi.
Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?
ADAM:
Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum
kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di
PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada
kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)
lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan
kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan.
Setibanya
di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma
Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan
memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya
ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan
kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan
pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi
saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus
menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.
Apabila
pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan
‘kemenangan’ bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu
perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada
hari itu.
Ramai yang
mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana
melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam?
ADAM:
Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan
bahawa mahasiswa sekarang ditekan. Malah bagi saya, banyak lagi tindakan
yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak-pihak lain seperti
menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini
matang?
Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini?
ADAM:
Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tidak tahu kerana kami tidak
pernah menjemput mana-mana ahli politik. Malah dalam Twitter, kami
dengan keras menghalau dan memberi amaran supaya mana-mana ahli politik
tidak hadir dalam demonstrasi kami pada hari itu. Kami bertegas program
ini adalah milik mahasiswa seratus peratus, tiada pengaruh parti
politik.
Kami mahu serius, kami turun berdemonstrasi ini bukan
kerana terpengaruh dengan mana-mana parti politik, kami datang dengan
matlamat yang jelas, iaitu membebaskan dunia akademik.
Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini?
ADAM:
Saya sudah fikir semasak-masaknya, saya bukan orang bodoh. Dalam blog,
Facebook dan Twitter ramai yang mengatakan tindakan saya ini bodoh,
bangang dan sebagainya tapi saya ingin tanya semula, siapa yang bangang?
Siapa yang bodoh?
Adakah mereka sedar tindakan turun naik
bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia
ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. Jika tindakan itu
dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini
adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang
mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya.
Kenapa
pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya
sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah.
Mereka tahu tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang
terhadap saya, sebab itu mereka keluarkan ugutan.
Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini?ADAM:
Memang sebelum buat saya risau, tetapi selepas melakukannya saya tidak
lagi risau. Apa yang saya risau selepas tindakan menurunkan bendera
hanyalah mengenai keselamatan saya. Saya tahu jika saya mahu belajar,
saya boleh belajar di mana-mana sahaja. Bagi saya tidak perlu duduk
dalam kampus untuk belajar. Saya tidak risau jika dibuang oleh
universiti kerana ini jalan yang saya pilih.
Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku?ADAM:
Ayah adalah orang pertama tahu perkara ini. Ayah bertanya tentang
keadaan saya. Saya beritahu ayah, saya selamat dan berterima kasih
dengan kawan-kawan yang membantu saya, tanpa mereka saya tidak tahu apa
yang akan terjadi pada diri saya. Apabila saya bercakap dengan mak, mak
kata jangan risau dan merestui perjuangan saya.
Sehingga hari ini
saya masih berterusan berkomunikasi dengan keluarga saya dan
memberitahu keadaan saya masih selamat. Saya pernah bertanya mak dan
ayah tentang tindakan yang saya lakukan, adakah ia betul atau salah?
Ayah kata, “sejak dari dulu lagi ayah yakin dengan apa yang kamu buat
dan jangan patah balik, teruskan.”
Mak pula kata, “mak sokong kamu.” Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya.
Mereka
kata, jika mahu berjuang, maka berjuanglah menuntut kebenaran. Ayah dan
mak saya bukanlah orang politik, dakwaan-dakwaan yang mengatakan mak
saya penyokong kuat pembangkang adalah tidak benar sama sekali. Mak saya
hanyalah seorang suri rumah. Sebagai mak dia tahu apa yang saya buat
ini betul atau salah. Mak saya juga kata jangan takut kepada manusia,
takut hanya pada ALLAH. Tiada patah balik bagi saya.
Apa yang
saya tidak boleh terima apabila imej keluarga saya difitnah dengan
pelbagai dakwaan. Orang yang membuat fitnah ini patut malu pada diri
sendiri, mungkin mereka ini dengki kerana tidak mempunyai mak ayah yang
menyokong seperti saya.
Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi?ADAM:
Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu bicarakan saya. Untuk
memanggil saya, perlu pastikan dulu keselamatan saya terjamin.
Rakan-rakan Upsi saya ada hubungi, mereka berkata pihak Upsi ada mencari
saya, mereka menyarankan saya jangan balik dahulu ke Upsi kerana ada
pihak lain mencari saya. Saya juga difahamkan hotel-hotel sekitar Upsi
tiba-tiba penuh ketika ini.
Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini?
ADAM:
Apa yang saya harapkan adalah sedikit perhatian daripada isyarat kepada
orang yang masih belum sedar bahawa kepincangan yang berlaku dalam
negara sudah teramat teruk. Cukuplah saya mahu menunjuk ekspresi saya
dan tidak menyangka ia menjadi mainan media.
Selepas mendapat perhatian media, saya mula berfikir untuk pertahan atau mahu selamat. Untuk keselamatan saya bertawakal.
Adakah Adam mengharapkan tindakan ini bakal menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain yang mungkin bertindak lebih agresif?
ADAM:
Ini mesej jelas daripada saya, sekarang masanya mahasiswa tidak perlu
gentar lagi kerana sebagai mahasiswa kami boleh melihat sendiri
penindasan yang berlaku. Kenapa mahasiswa harus gentar bila berhadapan
dengan orang-orang yang diundi oleh kita sendiri? Orang-orang ini harus
bekerja untuk kita. Jangan sesekali takut, jika tidak betul kami akan
tegur, tidak kira dari sebelah manapun.
Saya tidak menggalakkan mahasiswa lain bertindak agresif tetapi apa yang saya harap supaya mahasiswa lain jadi lebih kreatif.
Apa pandangan Adam tentang Auku?ADAM:
Sebelum adanya Auku, universiti-universiti kita hebat dengan mahasiswa
yang cukup baik. Contohnya seperti Universiti Malaya (UM) yang diiktiraf
sebagai antara universiti terbaik dunia pada ketika itu. Malah mereka
boleh capai pencapaian ini ketika pelajar tiada apa yang kita ada pada
hari ini, mereka sudah buktikan.
Jadi soalnya kenapa perlu Auku?
Adakah kebebasan undang-undang sedia ada masih tidak cukup? Bagi saya
dan majoriti mahasiswa lain, dengan pemansuhan Auku, maka fungsi
autonomi universiti dan pelajar akan dikembalikan ke tempat asal. Dunia
akademia adalah tunjang kepada negara, mereka ini adalah kuasa ketiga.
Kita tidak boleh halang kuasa ini.
Dahulu, pelajar mengadakan
demonstrasi demi kepentingan rakyat, contohnya seperti isu Baling pada
tahun 70an dulu, tetapi sekarang pelajar berdemonstrasi menuntut hak
pelajar sendiri kerana kami tidak boleh membantu diri sendiri, bagaimana
mahu tolong masyarakat lain? Ia menghalang fungsi sebenar mahasiswa.
Siapa idola Adam?
ADAM: Antara idola saya adalah John Lennon dan Cornelia Sorabji.
Apakah mesej Adam kepada yang memberi ugutan?
ADAM: Saya ingin memberitahu kepada mereka ini, bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.
ADAM: Saya ingin memberitahu kepada mereka ini, bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.
Tindakan
saya itu tidak biadab, saya tidak pernah ancam keselamatan sesiapa pun,
malah keselamatan saya yang terancam. Jika ada yang mengatakan tindakan
saya turunkan bendera ini salah, maka dakwalah saya di mahkamah. Saya
bersedia menghadapinya, tapi bukan dengan cara ugutan begini.
Jadi adakah Adam tetap dengan pendirian untuk tidak minta maaf kepada Perdana Menteri?
ADAM:
Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke
tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. Bagaimana pula
dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat
sekiranya saya minta maaf.
Bukan maksud saya selama-lamanya tidak
meminta maaf, tidak. Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf
kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini.
Kredit sinar harian
puihh..
ReplyDelete