Memetik penulisan dari blog addin,
diberitahu bermula Jan 2012, polis akan berkerjasama dengan facebook
bagi menahan mana2 individu [facebookers] dari malaysia yang mengutuk
umno dan kerajaan secara keterlaluan. Selain dari itu, polis juga akan
bertindak terhadap mereka yang salahgunakan page dan group tertentu.

Tidak kah polis sedar betapa ramai gile
orang yang kutuk umno di alam maya neh? Ia bukan golongan minoriti
tetapi majoriti. Maksudnya disini bilangan orang yang menggunakan medium
online untuk memaki hamun umno dan kerajaan adalah bilangan ter-ramai,
terbesar dan terbanyak. Ia ada di mana2 pages, blogs, forum dan twitter.
Menahan mereka adalah satu kerja yang
bodoh. Menahan penjenayah okey. Menahan orang yang anti umno not okey.
Orang yang anti umno ialah orang yang berpolitik. Sejak bila politik itu
menjadi satu kesalahan pula? Dan sampai bila polis harus
letakkan usaha melampau2 dalam menjaga karier politik umno? Apa benda pun kena ada limit.
letakkan usaha melampau2 dalam menjaga karier politik umno? Apa benda pun kena ada limit.

Nama polis itu membawa maksud police =
menjaga / mengawasi.. dan bidang kuasa polis ialah menjaga keselamatan
rakyat. Tetapi apa yang polis malaysia buat ialah mereka menjaga
keselamatan rakyat = pemimpin yang tertentu sahaja. Hanya pemimpin,
rakyat yang polis sudi jaga. Rakyat biasa macam kita, polis tak hingin
pandang dan kesah pun.
Dah kalau polis sendiri memilih hanya
menjaga individu tertentu, macam mana nak paksa rakyat respect pula?
Apatah lagi yang dilindungi itu adalah orang yang bersalah. Lagi lah
makin tak direspect.

Untuk rekod hanya facebookers yang
menghina kerajaan dan bn sahaja yang akan diambil tindakan dan bukan nya
perkara sebaliknya andai ia dikuatkuasakan pada Jan 2012 kelak.
ApeKeHell : Muat ka penjara tue?
0 comments:
Post a Comment