Jin
ialah sejenis makluk yang juga diciptakan oleh tuhan selain dari
manusia. Jin juga mampu menukar rupa bentuk mereka kepada bentuk-bentuk
lain dan menjadikan mereka terbahagikan kepada ketegori hantu yang
berlainan jenis dan nama. Dikalangan masyarakat melayu juga mempunyai
nama dan jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok
hantu-hantu ini adalah :-
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak -
Wanita berpakaian serba putih membalas dendam. Puntianak
atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat
Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika
mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia
merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
2. Langsuir
Adalah
sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat
Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah
mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.Terdapat sesetengah pendapat
bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas
itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik
dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai
ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan
akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah
mereka.
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol
merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan
mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut
mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus
ini dikenali sebagai saka.
4. Pelesit - boleh dipelihara
Pelesit
merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan
jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi
tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali
sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari
tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis
belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam
dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan
mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila
mangsa leka.
5. Hantu air
Merupakan
sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam
kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan
mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan
terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan
mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma
untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu
air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan
melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang
berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan
gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang
dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga
dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
6. Hantu raya - boleh dipelihara
Hantu
Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan
perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan,
yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga
bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai
saka.Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah
petirHantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya
melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh
oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan
menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya
akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu
diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang
disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang,
pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan
diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu
Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada
waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau
busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup.
Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
7. Hantu bungkus
Makhluk
ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.Hantu bungkus atau juga
dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis
makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain
kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat,
dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia
dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan
kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
8. Hantu Polong
Polong
merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh
seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh.
Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut
kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang
yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut
kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh
masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi
mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit
jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk
memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat
kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong
biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila
hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan
kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
9. Bota
Makhluk
besar hodoh menjelma dari dalam tanah. Hantu yang terkenal sehingga
namanya digunakan sebagai nama sebuah kampung. Mengikut kepercayaan
penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis
gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup
dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan
keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja
dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan
masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia.
Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini
menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di
tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu
dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan
sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan.
Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar
sesekali sahaja terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan
dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang,
mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah
melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini
tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan
Sungai Perak.
10. Bajang
Bajang
merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan
jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh.
Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan
makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia
merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole
cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan
penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang akan
dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis
daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan
dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya
hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan
telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi
makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh
dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara
membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan
dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu
diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan
menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila
hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan
makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Orang
Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda
Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan wujud
dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai
keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami
kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga
yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan
keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari
orang bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan
juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau
bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam
perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam
hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan
fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk
mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan
bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali
seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia
tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih
lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang
mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang
telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu
pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang
yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah
berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika
iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan
masa.Orang Bunian Sungai TekaliPada Julai 1998, satu tapak perkhemahan
baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor
Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran
Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan
Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk kampung
percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak
itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama
perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged
Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama
beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak
perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita
seumpama itu.
12. Hantu Jepun
Hantu
Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian
seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di
mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa
Jepun menawan Malaysia.Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai
kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat
kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II.
Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.Selalunya ia
dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala
atau kepalanya dipangku bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan
berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan
bunyi derapan kasut but tentera.Tidak pula diketahui sama ada hantu
Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain
(selain Singapura).
13. Hantu bukit.
Hantu
bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit.
Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.
14. Hantu kubur
Hantu
kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan
perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana
mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli
berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak
asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan
oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah
semangat.Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena
bunuh/berdarah
15. Pari-pari
Pari-pari
merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan.
Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh
dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara
oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.
16. Hantu punjut
Hantu
bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong
merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang
dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik
orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti
hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta,
bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
17. Jerangkung
Jerangkung
merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan
menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut
dikenali sebagai saka.
18. Hantu laut
Hantu
air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar
mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini
dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung
dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu
buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain
itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di
pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan
makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut
dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan
kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu
air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan
setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main
pantai.
19. Hantu galah
Hantu
Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan berbentuk manusia
tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan
menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya
hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya dikatakan sering
menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu
panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila
sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah
kangkangnya.Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut
bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan
pertolongannya.
20. Jin Tanah
Jin
Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan
perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan,
yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).Jin Tanah biasanya
menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka
tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya
upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang
disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang,
pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu
mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.21. Hantu KeramatHantu
Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat
disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.
22. Hantu Kum-Kum
Asal
hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan
ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak
boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan
sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu
dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari
terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui
kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik
setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.Disebabkan itu
wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil
menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.
23. Hantu Bungkus
Hantu
bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong
merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang
dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik
orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti
hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta,
bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
24. Orang minyak
Orang
minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan
menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat
onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah
menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas
memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda
dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.Kisah orang minyak ini
amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958.
Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh
P. Ramlee.
25. Puaka
Hantu
Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering
berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.
26. Penanggalan
Hantu
Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah
merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi
sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan
kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali
perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai
berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka
yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka
bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk
kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka
dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara
terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai
suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap
darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh
itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah
dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai
penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali
perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia
dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang
terburai itu.
27. Pocong
Hantu
bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong
merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang
dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik
orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti
hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta,
bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
28. Hantu bidai
Hantu
Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada
sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari
golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai
merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu
menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.
29. Hantu kopek
Hantu
Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia.
Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka
menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah
semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek
(buah dada) mereka.
30. Hantu Tetek
Hantu
Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia.
Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka
menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah
semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek
(buah dada) mereka.
31. Harimau jadian
Harimau
jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang
membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia
dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi
tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan
musuh.Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan
sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal
dunia.
32. Jembalang tanah
Jembalang
tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat
dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin
atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.
33. Hantu tengelong
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.







0 comments:
Post a Comment