gambar hiasan
PETALING JAYA: Tindakan seorang kakak merampas
telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis
terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak
beberapa bulan lalu.
Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak
berkenaan menemui
SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya
berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya
menceritakan perkara sebenar.
Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan
selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan
menangis teresak-esak.
“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu
keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya
terdiam.
“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi
teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke
Balai Polis Kota Damansara,” katanya.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji
adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang
sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam
telefon bimbitnya.
Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara
sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang
sosial.
“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.
“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit
menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah
berhampiran rumah mereka,” katanya.
Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya
meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20
kali bersama gadis itu.
Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
ApeKeHell ni...? mana bimbingan Islam? mak bapak? kat mana silapnya lagi ni? dunia dah semakin maju... sampai bila kejadian² sebegini terus menerus bermain dalam warta..? siapa yang harus dipertanggungjawab kan.. kalian, cuba lah letak keadaan dimana andai ia terjadi pada adik, kakak, anak, atau saudara rapat kalian... betapa pilunya hati ibubapa mereka bila terjadi begini...? ini lah dia sikap dan silap dalam pendidikan yang lemah dari segi mental dan sosial di negara kita... kami berdoa agar sesuatu dapat dilakukan oleh pihak berwajib andai dapat di pandang serius menangkis kejadian² seperti ini.. amin ya rabbal alamin.....~
0 comments:
Post a Comment