Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

G O S S I P - Punca Hancurnya Mahligai Syahdu Yang Di Bina 'HATTAN'

Gossip baru berlegar di sebalik penceraian Mohd Shukri bin Shahabudin atau nama glamournya 'Hattan' dan ini bukan calang calang gossip biasa.

Ramai orang tertanya tanya akan punca sebenar penceraian Hattan & Farah Asyikin yang perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 2 bulan.

Hattan sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa apa kenyataan kepada media namun peminat sendiri nampaknya jumpa beberapa gossip menarik.

Seorang penggiat forum hiburan terkenal, Cari kongsikan sebuah blog yang didakwa milik Farah Asyikin namun kini sudah di’godam oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap beliau & suami, Hattan. Dan, individu yang tidak dapat dipastikan identiti ini telah mendedahkan beberapa masalah pasangan suami isteri yang bernikah pada November 2011 lalu. 
Farah Asyikin di’dakwa berhutang dalam jumlah yang banyak kepada seseorang dan penggodam itu meminta beliau untuk menggunakan suami, Hattan untuk membayar segala hutang piutang beliau.

Bukan itu sahaja, Farah Asyikin juga di’dakwa pernah mengandung hasil hubungan bersama seorang kekasih berbangsa asing ketika berada di Jakarta, Indonesia dan menggugurkan kandungan tersebut.

Jika benar apa yang di’dakwa oleh penggodam blog Farah Asyikin ini, bermakna wanita ini memang mempunyai masalah peribadi yang agak dahsyat sebelum berkahwin dengan Hattan. Hmm.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...