PASANGAN
kekasih kontroversi Jejai dan Fasha dilaporkan sudah bernikah di negara
asing belah utara, tetapi terpaksa dirahsiakan dari banyak pihak atas
sebab tertentu beberapa bulan lepas tetapi tidak dapat secara tepat
tarikhnya seperti yang dilaporkan Informasi Dot My
Khabarnya
mereka telah bernikah di Thailand beberapa bulan lalu tetapi terpaksa
dirahsiakan kerana Fasha Sandha dilaporkan tidak disukai oleh ibu kepada
Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, iaitu anak bekas Menteri
Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Kini
pasangan pengantin baru tu sedang berusaha mencari jalan mengatasi
masalah keluarga itu. Itu menyebabkan Fasha susah sangat nak buat
pengumuman pernikahan mereka kepada peminat memandangkan bab-bab
keluarga ni amat sensitif.
Menurut
sumber itu lagi, sewaktu Jejai bermalam di rumah Fasha, kereta Jejai
akan ditutup dengan penutup kereta bagi mengelakkan sebarang spekulasi
ataupun pengetahuan pihak keluarga Jejai sendiri.
Sebagai
selebriti berita tentang mereka bernikah ini sepatutnya tidak
dirahsiakan bimbang nanti ada yang nampak dan melaporkan kepada Jabatan
Agama Islam yang akhirnya menimbulkan kekecohan.
Kepada Fasha dan Jejai, kami
mengucapkan Selamat Pengantin Baru seandainya benar berita yang
diterima itu. Kami semua mendoakan agar Allah permudahkan usaha kalian
untuk menjernihkan hubungan kekeluargaan selepas sah menjadi suami
isteri.
0 comments:
Post a Comment