Seorang wanita berusia lingkungan 45 tahun menggunakan tuala wanita sebagai sebahagian daripada bahan untuk menyihir suri rumah supaya menyerahkan barang kemas mereka.
Sekadar gambar hiasan..tuala wanita yang sudah digunakan kerap digunakan untuk pemujaan,
Sehingga kini, terdapat sekurang-kurangnya lima laporan polis yang dibuat terhadap wanita itu di Melaka kerana didakwa menipu beberapa wanita yang melibatkan
barang kemas bernilai kira-kira RM250, 000.
Seorang suri rumah berusia 29 tahun dari Ujong Pasir berkata mengenali wanita itu baru-baru ini dan melihat timbunan pad yang telah digunakan terdapat dalam salah satu beg wanita.
"Dia
datang kerumah saya kira-kira sebulan yang lalu dan memujuk saya untuk
menyerahkan beberapa barang-barang kepunyaan saya kepadanya," kata
mangsa.
"Saya terbau busuk yang sangat kuat dari salah satu beg yang dibawanya dan bertanyakan perihal bau itu. Saya terkejut melihat timbunan tuala wanita yang telah digunakan dalam salah satu beg," kata suri rumah itu, yang enggan namanya disiarkan.
Mangsa mendakwa, ketika itu dia telah dipukau dan memberikan wanita itu sebentuk cincin emas dan rantai yang nilainya berjumlah RM5, 000.
Seorang lagi mangsa, M. Dhanalechmi, 38, dari Taman Seri Kandang di sini, mendakwa dia menjadi mangsa kepada wanita sihir itu pada Ogos lepas dan kehilangan kira-kira RM100, 000.
"Wanita itu menyentuh pergelangan tangan kiri saya dan mencalit sejenis cecair
pada tangan saya menyebabkan saya dipukau dengan serta-merta dan tidak
membantah permintaannya," kata Dhanalechmi, sambil menambah bahawa dia
memberikan barang kemas itu dengan "rela".
Lebih buruk lagi, Dhanalechmi memperkenalkan kakaknya, Tamilchelvi,
36, dari Semabok, kepada perempuan itu dan dia juga menjadi mangsa
apabila dia telah dipujuk untuk memberikan barang kemas miliknya yang
bernilai kira-kira RM60, 000.
"Wanita itu menipu dengan mengatakan bahawa barang-barang berharga itu akan disimpan dalam loker simpanan selamat di bank dan mereka boleh mendapat keuntungan bulanan dengan menyimpannya disitu," kata Dhanalechmi.
Selepas beberapa minggu kenudian, mereka sedar telah ditipu dan kemudiannya membuat laporan polis.
Dalam
satu lagi kes berkaitan, Pengerusi MCA negeri Melaka, Datuk Gan Tian
Loo menyatakan bahawa seorang penjual emas berusia 52 tahun telah
membuat laporan polis pada 21 Dis, mendakwa bahawa wanita itu telah
menipu melibatkan barang kemas bernilai RM80, 000.
Wanita itu kini sedang bersembunyi apabila dia sedar bahawa pihak polis sedang giat menjejakinya.
Pengerusi MCA itu berkata: "pada tahun 2006, seorang wanita berusia 41 tahun itu juga telah membuat laporan polis terhadap wanita yang sama memperdayanya untuk mendapatkan barang kemas".
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan wanita sihir ini kerana dia akan muncul pada bila-bila masa. Suri rumah diminta untuk membuat laporan kepada pihak polis jika didatangi oleh seorang perempuan yang membawa beberapa beg.Menurut saksi, wanita itu dilihat beberapa kali berada di tempat pembuangan sampah untuk mencari tuala wanita yang telah digunakan.
Apekehell
0 comments:
Post a Comment