Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

GEMPAR!! MUSIM 'KIRIMAN' TAK DIUNDANG (BABI ) SAMPAI DIMASJID

inilah angota badan dan kepala babi hutan dikirim dihadapn pagar masjid hidayah sentul
tiada kata yang 'COCOK' untuk si pelaku terbabit dengan insiden hantar kepala dan bahagian angota bdn babi hutan di depan pagar masjid HIDAYAH JALAN SENTUL, menghantar sekarung plastik berisi kepala,kaki dan kulit babi hutan.siapa gerangan mahkluk yang sanggup melakukan perkara terkutuk menghantar 'kiriman' berisi babi hutan diluar perkarangan masjid HIDAYAH sentul,bagi penulis pihak berkuasa mampu memberkas sipelaku terbabit dan membawa kemuka  pengadilan untuk menerima hukuman.Semua agama diatas muka bumi Tuhan melarang penganut melakukan perkara-perkara melanggar hak asasi sesama insan termasuklah menghina agama lain. dalam maksud ini marilah kita berdoa supaya kita dijauhkan dari melakukan-perkara yang terkutuk.

ahli parlimen BATU bergegas ke tempat kejadian  sejurus dimaklumkan
Dalam laporan berasingan,minggu lepas kejadian serupa turut berlaku di masjid rawang dan Kerajaan Selangor menawarkan ganjaran RM10 ribu kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sahih sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab meletakkan kepala babi di Masjid Nurul Iman, Rawang.

Exco Selangor, Rodziah Ismail berkata inisiatif ini adalah bertujuan menangkap pesalah sebenar sebelum ia menjadi isu sensitif seperti yang berlaku sebelum ini.mungkin dengan usaha dan tanggungjawab daripada orang awam mampu membantu siasatan polis sekaligus membawa pesalah kehadapan dengan cepat,"katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 1-800-888-2824
.

   polis mengalihkan kepala babi di masjid nurul iman rawang , Kenapa harus jadi sampai sebegini mainan orang Malaysia untuk mencapai cita cita masing masing , Makin lama makin parah orang kita ...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...