Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Suami isteri tanam pokok ganja dipenjara seumur hidup

Agaknya bebudak MU ni ramai jahat² kah kah 

 

KE PENJARA: Tajol (kiri) dan Rozaimah diiringi oleh anggota polis ke lokap selepas hukuman dijatuhkan

KUCHING: Sepasang suami isteri dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas disabit kesalahan memiliki 20.44 gram ganja dan menanam tiga batang pokok ganja tersebut di kediaman mereka tahun lepas.
Hakim Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Tajol Ashikin Tambi, 39 dan isterinya, Rozaimah Mat, 37 yang didapati bersalah di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, kerana memiliki ganja dan Seksyen 6B(1)(a) akta sama dan dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 6B(3) akta sama.
Bagi pertuduhan pertama, Tajol dan Rozaimah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun manakala Tajol dikenakan hukuman sebat tiga kali.
Manakala untuk pertuduhan kedua, mereka dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan Tajol dikenakan hukuman sebat sebanyak enam kali yang menjadikan jumlah sebatan sebanyak sembilan.
Hakim mengarahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman serentak.
Tajol yang merupakan polis bantuan dan isterinya dicekup di rumah mereka di Semariang Batu sekitar 12.30 tengah hari pada 12 Januari 2011.
Kes prima facie diluluskan ke atas Tajol dan Rozaimah pada Disember tahun lepas. Pasangan yang mempunyai anak sebanyak dua orang kemudiannya diarah membela diri.
Dalam pengadilan, Hakim Afidah menyatakan bahawa kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan  ketika membela diri.
Menurutnya, pasangan berkenaan mendakwa ketiga-tiga pokok ganja itu ditanam oleh anak sulungnya tanpa mengetahui ia berbahaya sebab itu meletakkannya dalam rumah bagi mengelak terkena pancaran matahari, tetapi ia hanya satu alasan.
Sementara itu, peguam bela tertuduh Voon Lee Shan meminta hukuman ke atas kedua-dua tertuduh diringankan.

credit: Borneo Post

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...