Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Asal Usul BOLASEPAK berasal dari?

Saudara pembaca, sukan bola sepak moden secara umumnya dianggap dicipta oleh orang Britain pada awal abad ke-19. tetapi sebenarnya sukan bola sepak yang paling awal sudah wujud di China pada 2300 tahun yang lalu. Sempena Pertandingan Piala Bola Sepak Asia ke-13 di China pada bulan ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa menegaskan lagi bahawa sukan bola sepak berasal dari China. 
Sekarang, sukan bola sepak merupakan sukan yang paling popular di seluruh dunia, malah disebut "sukan pertama di dunia". Terdapat banyak pandangan tentang asal-usul bola sepak, terdapat catatan tentang orang pada zaman kuno menyepak bola sebagai hiburan di kebanyakan negara seperti China, Britain, Jepun, Greece dan Mesir. Tetapi pandangan umum ialah sukan bola sepak moden berasal dari Britain. Pada awal abad ke-19, mahasiswa England menjahit kulit lembu sebagai bola, dalamnya diisi bulu, dua kumpulan berbanding di padang untuk merebut bola itu, pihak yang berjaya mejaringkan lebih banyak bola ke dalam palang gol pihak lawanan dikira menang. Tetapi pada zaman itu, belum terdapat peraturan tentang jumlah pemain dan peraturan permainan bola sepak itu. 

Pada tahun 1863, Persekutuan Bola Sepak England telah ditubuhkan di London, secara rasmi menetapkan nama sukan tersebut sebagai bola sepak dan telah menetapkan peraturan perlawanan, ini melambangkan sukan bola sepak moden telah diwujudkan. Pada tahun 1886, Majlis Bola Sepak Antarabangsa mengadakan sidang pertama, secara terperinci menetapkan peraturan pertandingan, secara nyata menetapkan pemain tidak boleh menggunakan tangan menyentuh bola kecuali penjaga gol, sukan bola sepak sudah semakin baik. Pada tahun 1904, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa telah ditubuhkan di Paris Perancis, sukan bola sepak sudah mempunyai pertubuhan antarabangsa yang mantap, sejak zaman itu, sukan bola sepak semakin popular di seluruh dunia. 

Sekarang, pakar telah mengkaji semula asal-usul bola sepak. Setelah dibuktikan oleh ahli sejarah, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa pada 4 Febuari lalu telah mengumumkan, bola sepak berasal dari China. Cuju di China pada zaman dahulu merupakan asal usul sukan bola sepak, Cu bermakna menyepak, Ju ialah sejenis bola yang dibuat daripada kulit dan diisi dengan bulu, Cuju bermakna menyepak bola. Cuju bermula pada zaman apa dan di mana? Ahli sejarah China setelah mengkaji catatan sejarah telah mendapati, Cuju berasal dari Linzi, iaitu ibu negara negeri Qi pada zaman Chunqiu dalam sejarah China. 

 

Menurut catatan sejarah China, Cuju mulai wujud dalam pasukan tentera negeri Qi sebagai acara untuk melatih teknik dan daya reaksi askar. Seterusnya acara itu telah mendapat sambutan rakyat. Pada zaman negeri-negeri berperang iaitu 300 tahun sebelum Masihi, Cuju telah menjadi salah satu acara yang paling popular di negeri Qi, rakyat di negeri itu hidup aman dan kaya, mereka menyukai pelbagai hiburan termasuk Cuju. Ahli sejarah berpendapat, industri pertukangan tangan dan perniagaan yang maju di Lizi telah menyediakan syarat ekonomi dan teknik untuk mencipta Cuju. 

Seterusnya acara Cuju terus berkembang di kalangan rakyat China, pada zaman dinasti Han, iaitu abad pertama Masihi, China telah mempunyai peraturan yang sempurna tentang acara Cuju, buku pertama di dunia tentang bola sepak telah diterbit pada zaman itu, malah terdapat catatan tentang penggemar Cuju. Seorang penduduk di Linzi yang mengalami sakit, tetapi beliau tidak mengikut nasihat doktor terus asyik bermain Cuju sehingga mati. Sehingga Dinasti Tang, teknik pembuatan bola sudah semakin maju, kulit bola dijahit menggunakan 8 keping kulit lembu, isinya dibuat dengan pundi binatang daripada bulu, ini merupakan bola sepak pengembungan air yang pertama di dunia. 

Pada zaman Dinasti Song yang kebudayaannya sangat makmur, pemain bola sepak yang hebat boleh mendapat kedudukan dalam masyarakat dan politik yang tinggi, Encik Bai Yunxiang dari Institut Kaji Purba Akademi Sains Sosial China menyatakan, "Nenek moyang orang China telah mencipta bola sepak dan menetapkan peraturan perlawanan sukan itu. Mereka telah meletakkan dasar untuk perkembangan sukan bola sepak moden, ini merupakan salah satu sumbangan yang penting orang China kepada tamadun manusia. Saya bangga dengan jasa orang China tersebut. Menetapkan asal-usul bola sepak bermanfaat kepada perkembangan bola sepak China." 

Ketua Pengarah Jawatankuasa Sejarah Jabatan Pentadbiran Am Sukan China Yuan Daren berkata, "Bola sepak berasal dari China telah dibuktikan oleh ahli sejarah dan pakar, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa dan Persekutuan Bola Sepak Asia sangat mengambil perhatian tentang hal tersebut. Saya berharap ini menjadi satu peluang untuk mengembangkan sukan bola sepak di China di samping mengembangkan ekonomi dan budaya di Linzi." 

Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa Joseph Blatter pada 8 Mei lepas semasa menghadiri upacara perayaan ulang tahun ke-50 penubuhan Persatuan Bola Sepak Asia telah menganugerahkan hadiah "Bola sepak berasal-usul dari China" kepda Persatuan Bola Sepak China. 

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Asia Dato'Peter Velappan berkata, "Saya ucapkan terima kasih kepada China, kerana China merupakan tempat asal-usul bola sepak, satu permainan yang kecil dari Linzi China menjadi satu acara sukan yang paling popular di seluruh dunia. Persatuan Bola Sepak Antarabangsa dan Persekutuan Bola Sepak Asia serta Persatuan Bola Sepak China akan bekerjasama dengan kawasan Linzi China, membina memorial bola sepak agar penggemar bola sepak seluruh dunia mengetahui asal-usul bola sepak."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...