Sebelum Imam Syafie wafat, beliau ada meninggalkan wasiat
untuk anak muridnya. Dan wasiat tersebut secara amnya boleh dijadikan
panduan kepada kita semua. Insyallah...
10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya | Sebelum Imam Syafie kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai. Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” Jom kita lihat apakah 10 wasiat tersebut di bawah ini.

Pertama:
Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua:
Hak kepada
malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan
kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan
berasa cinta kepada Allah.
Ketiga:
Hak kepada kubur
– membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang
dizalimi.
Keempat:
Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima:
Hak kepada Mizan
(Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak
berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam:
Hak kepada Sirat
(titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat
suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh:
Hak kepada
Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah
SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan
serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan:
Hak kepada
Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah,
bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat
dari melakukan maksiat.
Kesembilan:
Hak Kepada
Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung
kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari
kelebihan daripada Allah.
Kesepuluh:
Hak kepada
Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada
keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
ApeKeHell -
Wasiat yang sangat baik untuk generasi kita pada hari ini. Kita masih
lagi mempunyai pilihan sama ada mahu mengikut jalan yang lurus mahupun
bengkok. Imam Syafie sendiri meminta kita agar sentiasa bertakwa kepada
Allah SWT, dan sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah.
0 comments:
Post a Comment