Bala merupakan satu ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya sama ada
untuk menguji mahupun memberi pengajaran kepada manusia yang ingkar
seperti umat-umat yang terdahulu.
Allah SWT adalah tuhan sekalian alam. Allah SWT jugalah yang mencipta semua makhluk yang terdapat di atas muka bumi ini. Sebagai seorang hamba yang hina, kita wajib mentaati segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Sekiranya kita sentiasa melakukan perkara kemungkaran, bala pasti akan menimpa kita sama ada pada ketika itu, ataupun di masa akan datang.
Gambar Hiasan
Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu
ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin,
kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, semoga kamu tidak menemui zaman itu.”Perkara-perkara itu ialah:
1. Tidak tampak perzinaan pada sesuatu
kaum sehingga mereka bernai terus-terang melakukannya, melainkan akan
berjangkit wabak penyakit yang menular (tha’un) dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan (curang dalam perdangangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau penjang dan kesulitan mencari rezeki, dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.
3. Dan tidak menahan mereka dari zakat
harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau
tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.
4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji
Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka, musuh
yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka
tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak
mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan bencana
di kalangan mereka sendiri.
Penerangan Hadis:
Marilah kita merenung sejenak hadis di
atas dan membuat hisab ke atas diri dan masyarakat kita. Saban hari kita
membaca akhbar dan mendengar berita tentang kepincangan umat Islam
akhir zaman. Justeru itu, benarlah apa yang disebut oleh Rasulullah SAW
tentang umat akhir zaman. Hakikat yang perlu kita teliti ialah, adakah
kita sekarang hidup dalam keredhaan dan keberkatan Allah atau
sebaliknya? Melihat kepada perkara yang berlaku hari ini,
sewajarnya kita bertanya kepada diri kita: Apakah sumbangan kita untuk
Islam, Allah dan RasulNya? Bukan sekadar kita menyalahkan
individu yang terlibat dalam maksiat dan tidak menghiraukan apa yang
berlaku di sekitar kita dengan alasan “Bukan hal aku”.
ApeKeHell -
Sekarang ialah masanya untuk kita memikirkan apakah tindakan kita
selanjutnya. Mahukah kita melihat perkara ini berterusan. Atau kita
tergolong dalam golongan yang ingin merebut pahala jihad di sisi Allah.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah sesama sendiri.
0 comments:
Post a Comment