Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

UMUM - Kenali Al-Aqsa

Semua yang berada di dalam garisan hijau di bawah adalah Masjid al-Aqsa

 

 

 

 

 
 

 
Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah Masjid al-Aqsa

9 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia


Kebanyakkan spesies haiwan yang banyak terdapat di dunia mungkin merupakan haiwan yang mudah ditemui..Namun, haiwan-haiwan yang berada di tempat-tempat tersembunyi seperti di dalam tanah, gua, hutan atau lautan, walaupun tidak comel, ia mungkin menjadi sejenis haiwan yang paling sukar ditemui di dunia..Nak tahu apa rupa haiwan tersebut, meh usha kat bawah ni..


1. Solendon


Solendon adalah mamalia kecil yang berasal dari Cuba . Makhluk ini sangat mirip dengan tikus, ia memiliki muncung panjang dan ekor bersisik. Namun, Solenodon memiliki muncung yang fleksibel berbanding tikus kasturi. Ciri khas lain dari haiwan ini adalah bahawa haiwan ini sangat beracun. Solenodon adalah satu-satunya mamalia yang dapat menyuntik mangsanya dengan bisa. Jadi yang terbaik adalah berundur jika anda terserempak makhluk ini, kerana mereka suka menggigit manusia.

2. Kakapo



Kakapo adalah satu-satunya kakatua yang tak boleh terbang di planet ini, sedangkan keluarga mereka yang lain melakukan perjalanan yang jauh melalui udara. Spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau naik dari tempat satu ke tempat yang lain, untuk bergerak. Burung ini mampu mencapai berat sehingga 8kg.

3. Olm


Olm adalah amfibia yang berasal dari Eropah, terutama di kawasan Itali. Makhluk ini memiliki tubuh panjang berwarna putih, dengan empat kaki kecil. Sekilas pandang, ia kelihatan sangat mirip dengan ular kecil. Haiwan ini menghabiskan hidupnya di gua-gua bawah tanah. Makhluk ini mempunyai mata yang tidak berkembang dan benar-benar buta. Walaupun Olm tidak dapat melihat bukan bererti ia tak berdaya. Olm mempunyai pendengaran dan deria bau yang sangat tajam.

4. Bumblebee

Kelawar Bumblebee dapat ditemui di gua-gua batu kapur, Tenggara Thailand dan Burma. Bumblebee dewasa panjangnya hanya satu inci dari kepala ke ekor. Kelawar ini membesar dengan memiliki ciri lain yang membezakannya dengan kelawar lain, iaitu muncungnya yang menyerupai muncung khinzir.

5. Ichthyophis Kohtaoensis

Ichthyophis Kohtaoensis adalah amfibia yang ditemui di Kamboja, Laos dan Thailand. Makhluk ini memiliki tubuh seperti ular dengan ekor runcing. Reptila ini memiliki tubuh kelabu gelap dengan perut kuning. Salah satu ciri yang membuat reptilia ini unik adalah ia memiliki dua otot yang mengawal rahang. Frilled Shark Sehingga abad ke-19 para saintis menganggap bahawa haiwan ini sudah mati bersama dinosaur. Namun, ini terbukti tidak benar, kerana beberapa nelayan pernah menangkapnya dan juga terdapat beberapa penemuan bangkai makhluk ini. Yu ini terlihat mirip dengan belut, ia memiliki tubuh memanjang. Haiwan ini memiliki kepala berbentuk segitiga dengan tubuh panjang. Ikan ini tergolong didalam kumpulan ikan yang menggerunkan.

6. Monito Del Monte

Monito Del Monte adalah istilah Sepanyol untuk “monyet kecil”. Tapi nama ini tidak benar. Monito Del Monte sebenarnya adalah marsupial yang hidup di Chili dan Argentina. Spesies mamalia ini dianggap pupus lebih dari 11 juta tahun yang lalu. Namun, penjelajah modern menemui makhluk ini di era modern. Marsupial kecil ini memiliki tubuh tikus dengan bulu coklat dan besar, telinga runcing dan ekor panjang. Ciri-ciri yang membezakan haiwan ini adalah matanya yang besar dan ia hidup di pohon-pohon di hutan hujan. Ekor panjang membantu ia untuk berayun dari cabang ke cabang.

7. Addax

Jenis kijang ini sangat jarang ditemui di gurun Sahara. Spesies ini memiliki gigi persegi seperti lembu. Juga, tanduk spesies ini sangat panjang dan melengkung.

8. Dugong

Dugong adalah haiwan laut besar yang sangat menyerupai Manatee. Sementara makhluk-makhluk sejenis yang berada dalam keluarga yang sama disebut Sirenia, mereka berbeza dari Manatee. Dugong dapat ditemui di perairan utara Australia dan wilayah Indo-Pasifik. Mamalia ini memiliki tubuh panjang dengan dayung seperti sirip ke arah kepala. Ekor haiwan ini mirip dengan ekor lumba-lumba. Makhluk ini memiliki mulut yang terkeluar dan berada dalam posisi menegak dengan kepala terbalik ke bawah, sehingga mudah untuk memakan rumput di dasar laut.

9. Saola

Saola setakat ini merupakan mamalia yang paling jarang ditemui di Bumi. Makhluk ini adalah berasal Vietnam dan Laos. Haiwan ini membesar dengan tinggi sekitar 3 meter. Sekilas pandang terlihat mirip dengan kambing. Mamalia ini memiliki ekor kecil dan telinga panjang. Namun, haiwan ini memiliki ciri yang sangat berbeza dengan kambing. Ia memiliki bintik-bintik putih dan garis-garis pada wajahnya.

UMUM - Kubur Yasser Arafat akan digali pada 26 November Untuk Siasat Punca Sebenar Kematian

 
 
Kubur bekas pemimpin Palestin Yasser Arafat akan digali pada tarikh 26 November depan kata seorang diplomat Barat. Tindakan menggali semula kubur Yasser Arafat bertujuan untuk siasatan mengenai punca sebenar bekas pemimpin Palestin itu.

Kumpulan penyiasat yang ditugaskan untuk mengkaji balik punca kematian Arafat dari Institut Fizik Radiasi, Universiti Lausanne, Switzerland. Kumpulan penyiasat tersebut telah tiba lebih awal untuk persiapan penggalian kubur itu.

Yasser Arafat dikatakan meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Paris pada tarikh 11 November 2004. Bagaimanapun, Pakar-pakar Perancis tidak dapat mengesahkan punca kematian bekas pemimpin itu. Boleh dikatakan ramai penduduk Palestin berpendapat  dengan yakin bahawa Yasser Arafat meninggal akibat diracun Israel.

Hasil siasatan terdahulu ada mendakwa terdapat bahan radioaktif polonium ditemui pada barang-barang peribadi Arafat. Difahamkan Polonium adalah bahan beracun yang pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko pada suatu masa dahulu.

UMUM - Amaran Anonymous Terhadap Operasi Kejam Israel (Video)

 
Organisasi penggodam Anonymous memberi amaran terhadap operasi kejam israel terhadap Palestin. Kemarahan Anonymous ini berpunca daripada israel yang menyerang penduduk Gaza menggunakan peluru berpandu dengan alasan bahawa Hamas merancang untuk menyerang kawasan Yahudi. Tambahan lagi, pihak israel yang bertindak menyekat beberapa rangkaian telekomunikasi internet untuk mengelak daripada perkara sebenar diketahui dunia luar ini telah mencetus kemarahan pengumpulan penggodam seluruh dunia Anonymous.


UMUM - Jepun Cipta Pod Penyelamat Hari Kiamat RM15000 Sebuah

Macam-macam kajian zaman sekarang mengenai hari kiamat. Ada juga yang telah buat pelbagai persiapan untuk menghadapi bencana penamat itu. Di jepun, Life Armour dicipta untuk menyelamatkan diri dari bencana. Pod penyelamat ini telah dicipta ekoran bencana Tsunami Jepun baru-baru ini. Life Armour dicipta sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi bencana tersebut jika ianya kembali lagi pada masa hadapan.

Life Armour dipercayai mampu menyelamatkan diri dari lemas. Pod ini dapat menahan tekanan sehingga 9.3 tan pada suatu-suatu masa. Harga permulaan di pasaran ialah RM15,000 sebuah.

UMUM - Israel kerah 16,000 tentera simpanan..


AFP- BARISAN kereta kebal dan anggota tentera Israel dihantar ke sempadan Israel-Genting Gaza semalam. Pihak berkuasa Israel menyatakan ia bersedia untuk melancarkan serangan darat ke atas Genting Gaza jika keadaan memaksa.


BAITULMUQADDIS - Tentera Pertahanan Israel (IDF) dilihat mula mengerahkan kira-kira 16,000 anggota tentera simpanannya semalam sebagai persiapan untuk menyerang Genting Gaza.

"Proses memanggil anggota tentera telah pun dimulakan. Sebagai sebahagian daripada Operasi Tiang Pertahanan, IDF akan mula merekrut 16,000 anggota simpanan," kata kementerian terbabit dalam satu tweet rasminya.

ARTIS - Sudah 5 Bulan Masuk Tabligh - Pierre


UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'

"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.
Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre. 

UMUM - Luahan dan Rintihan Hati Seorang Bapa Kepada Wira Negara


 
\
Sementara negara meraikan perkahwinan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo, bapa pengantin lelaki, Lee Ah Chai dilaporkan merajuk di rumahnya di Pulau Pinang.

UMUM - Sebuah Lagi Kamera AES Kesejukan..! Kasi Selimut~


Lagi sebuah kamera AES @ Kamera 1M'sia kena selimut. Kamera kedua yang dikesan diberi layanan serupa.

Kali ini diJalan Teluk Intan- Bidor, Perak.

Kamera yang terkenal sebagai menghirup darah rakyat tanpa kira waktu dan ketika... 24 jam sehari.. 7 hari seminggu.. 31 hari sebulan... tanpa rehat dan cuti.

Kezaliman ini hanya dapat direhat dan diberhentikan dengan UMNO direhatkan dari memegang tampuk kuasa pemerintahan kerajaan pusat pada PRU 13 nanti

Putrajaya perlu diserahkan kepada Pakatan Rakyat untuk diurus tadbir... Tiada pilihan buat rakyat.

UMUM - Bintang Bola Sepak Brazil Ronaldo Yang Semakin Gemuk Sekarang

Salah satu pemain bola sepak terbaik sepanjang masa, Ronaldo, digemukkan dengan ketara dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Bintang Brazil yang berusia 36 tahun, berat 118 kilogram hari ini. Kini akan mengambil bahagian dalam televisyen khas untuk membantu beliau patut sekali lagi dan akhirnya berhenti. Beliau adalah salah satu yang terbaik, kini malangnya tidak boleh menjalankan beberapa ela sahaja tanpa mendapat nafas.





UMUM - Penipuan Ular Berkepala Manusia Terbongkar


Penemuan ular berkepala manusia pada tahun lalu telah menggemparkan penduduk Kabupaten Blitar dengan adanya siri video pula. Ramai yang pergi melihat sendiri  keanehan ular tersebut yang mempunyai kepada manusia yang berambut panjang. 

Video Di Bawah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...