Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

KANTOI - Kali ni mana mau lari NAZRI...!! ha ha


Kuala Lumpur - Sabah di gegarkan lagi dengan pengakuan sumpah bekas timbalan ketua menteri sabah yang telah meletak jawatan dan keluar dari umno mengenai skandal rasuah balak membabitkan wang haram rm 40 juta yang di dakwa di terima oleh ketua menteri sabah berikutan menteri pecah lubang isu rasuah di sabah.



Berikut adalah akuan sumpahnya.

Saya Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu, Sabah, dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut: 


1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957.

2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia.

4. Sepanjang penglibatan saya dengan Umno, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi Umno adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam Umno dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno, termasuklah hal ehwal kewangannya,

5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan Umno Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya.

6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan.

7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato’ Seri Musa Aman.

8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai.
i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM 40 juta seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen.
ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa derma politik sejumlah RM 40 juta telah dibuat kepada Umno Sabah seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen.
iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah yang boleh membuktikan bahawa Umno Sabah adalah penerima derma politik RM 40 juta itu dan
iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa Umno telah mendapat manfaat dari derma politik RM 40 juta itu.

10. Oleh yang demikian saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal.

11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah.

12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah.

13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana mana pihak berkuasa dari mana mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah.

14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan Umno dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan. Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dengan sebenarnya dan diakui oleh yang tersebut namanya di atas di Kota Kinabalu dalam negeri Sabah pada 10 haribulan Disember, 2012.

LAJIM BIN UKIN Dihadapan saya PESURUHJAYA SUMPAH

 
 



kredit : Erapasca

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...