Berikut adalah senarai ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar. Ada peramal yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya malah termasuk masanya :
- Charles, seorang Paderi Kristian dari Amerika Syarikat meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pada jam 5.33 pagi;
- Charles Laugheda, seorang doktor dari Amerika Syarikat meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954;
- Ada pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam 1.45 Petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Ekoran ramalan itu, ada orang yang menghasilkan perahu di gunung;
- Ahli Astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962, iaitu antara pukul 12.05 tengahari hingga 12.15 tengahari.
- Kultus Gereja Orang Denmark dan Anders Jensen meramalkan kiamat akan terjadi pada 25 Disember 1967, iaitu dalam bentuk perang nuklear. Ramalan ini mendorong kultus yang berkenaan membina tempat perlindungan bawah tanah;
- Christian Church True Light meramalkan kiamat akan berlaku pada 31 Disember 1970, jam 12.00 tengah malam;
- Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan November ataupun Oktober 1982. Dalam siaran the 700 club pada Mei 1980, dia menyatakan,” Saya jamin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman bagi dunia.” (VOA Islam.com, 2009);
- Leland Jensen dan Charles Geynza daripada kultus Baha’i meramalkan kiamat pada 29 April 1980 akibat perang Nuklear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan Amerika Syarikat;
- Tami Lee Young Lim dari Gereja Korea Selatan meramalkan kiamat akan terjadi pada tengah malam 28 Oktober 1992;
- Marina Tsvigun, Mary Davy daripada kultus White Brotherhood (Kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa, dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 November 1993;
- Sheldonp Nidla seorang peramal dari Amerika meramalkan duniaakan kiamat pada 17 Disember 1996, disebabkan kemunculan makhluk asing dan para malaikat;
- Chelyabinsk meramalakan bumi akan dilanggar komet dan seterusnya kiamat pada tahun 1998;
- Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrologi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999. Apabila ia tidak berlaku, diamengubah pula ramalannya kepada 7 Julai 2002, jam 3.00 pagi;
- “Imam Mahdi” Syamsuri pernah meramalkan 9 September 1999 adalah hari kiamat. Ratusan orang diajak ke tempat pertapaannyabagi menyambut kiamat pada jam 9.00 pagi. Sebelum sempat ramalan itu terungkap, dia ditangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apabila ramalannya ternyata meleset (kiamat tidak berlaku pada 9.09.1999), dia memberi alasan, kiamat tetap akan berlaku dalam masa terdekat. Selepas dia dibebaskan, lelaki yang mempunyai 15 orang cucu itu tetap menunggu kiamat sambil mengusahakan kebun limau dibelakang rumahnya.
- Seorang ahli astrologi Amerika, Jane Dixon meramalkan kiamat akan terjadi pada tahun 2003,iaitu disebabkan pereputan bumi;
- Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandung Selatan, Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan 10 November 2003 antara jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang Nabi Isa akan turun dan membawa anggota kultus itu ke syurga. Akhirnya pihak polis dan Team Crisis Centre membawa lebih daripada 200 orang pengikut itu ke Gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelakkan kejadian bunuh diri secara beramai-ramai. – Sumber : Armagedon 2012
Terdapat beberapa lagi ramalan-ramalan
yang tidak dicatatkan. Pelbagai contoh ramalan kiamat diatas jelas
membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh kiamat secara tepat.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. bahkan
Nabi Muhammad selaku Utusan Tuhan terakhir sendiri tidak mengetahuinya
dan hanya mengetahui tanda-tanda kiamat sahaja.
0 comments:
Post a Comment