Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

ApeKeHell punya kemalangan Epic 14 Supercar Melibatkan Lapan Ferrari

Epic accident yang melibatkan 14 kereta supercar menyebabkan kerosakan teruk 8 kereta Ferrari, 1 Lamborghini, 3 Mercedes Benz dan kerosakan kecil Toyota Prius.


Kemalangan epic supercar yang dianggarkan RM12 juta ini berlaku pada hari Ahad di Lebuhraya Chugoku Japan.  Seramai 10 orang dihantar ke hospital untuk rawatan.

#  Tiada Nissan Grand Livina atau Proton Inspira terlibat ok..! lol

Antara jenis-jenis kereta yang terlibat ialah
dua Ferrari 355s, dua Ferrari 360s, dua Ferrari 430s, satu Ferrari 512, Toyota Prius, satu Nissan GT-R dan lamborghini Diablo.



Punca kemalangan dilaporkan adalah pemanduan laju.  Kemalangan bermula apabila ketua konvoi kereta supercar tersebut yang berumur 60 tahun hilang kawalan dan ini mengakibatkan belaku kesan domino dengan kereta-kereta yang lain berlanggar sesama sendiri.
Video (refresh jika tidak kelihatan)
 Tiada kecederaan serius dilaporkan.  Untuk rekod, golongan yang memillki kereta supercar di Jepun tidak semesti seorang jutawan kerana mereka sanggup menyimpan untuk memiliki kereta impian mereka.

1 comment:

  1. kereta tu kat sana lebih murah kalau nak dibandingkan dgn Malaysia...PR memerintah negara.. insyaallah yg gaji bwh 5k pun rasa2 mampu pakai Brabus...huhuhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...