Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

KL Gangster 2 Akan Datang Bakal BOX OFFICE!


KL Gangster 2 Akan Datang Bakal BOX OFFICE!!!

Skop Production Sdn Bhd telahpun melancarkan filem terbarunya “KL Gangster 2” dari filem sambungannya “KL Gangster 1″. Filem ini merupakan filem prequel dari sambungan filem pertama KL Gangster yang telah berjaya mencatatkan jumlah kutipan sebanyak RM12 Juta di pawagam.

Sekali lagi anak muda berbakat akan beraksi! Siapa tak kenal dengan Syamsul Yusuf? Beliau akan mengarah filem terbarunya iaitu KL Gangster 2 yang akan ditayangkan pada
pertengahan 2012 akan datang. Filem ini menelan belanja sebanyak RM3 Juta untuk kos produksi dan merupakan filem yang ke-29 daripada Skop Production Shd Bhd. Ia juga terbitan bersama dengan Grand Brilliance Sdn Bhd.

KL Gangster 2 Berbentuk Prequel (Back-Story)?

Difahamkan, filem ini berbentuk “prequel”. Syamsul Yusuf sengaja menghasilkan filem “KL Ganster 2″ dalam bentuk ‘prequel” dimana beliau inginkan sesuatu yang impak yang berkesan terhadap kisah silam Malik sebelum dia terjerumus ke lembah kegiatan jenayah.Ia masih mengekalkan pelakon lama dalam filem KL Gangster 1 dahulu dan ada penambahan pelakon hero malaya iaitu Rosyam Nor sebagai TAILONG dalam filem ini.
Filem ini telah pun mulakan pengambarannya pada 1 Disember 2011 dan memakan masa pengambarannya selama 45 hari. Lokasi pengambaran ini berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan juga di Batu Gajah, Perak.
Barisan pelakon untuk filem ini seperti Syamsul Yusof,Aaron Aziz,Adi Putera,Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar dan Rosyam Nor.

Sinopsis KL Gangster 2
Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.
Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

Gambar Di Sebalik Tabir KL Gangster 2







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...