Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

MELAYU SEMAKIN MISKIN DI NEGERI SENDIRI

 


Salam isnin wahai sahabat semua , pagi ini sampai je office aku belek belek facebook dan nampak statistik .Pada mulanya aku ingat adakah ini lagi satu propaganda dari pembangkang didalam mood pilihanraya yg bakal mengunjung kita sebagai rakyat Malaysia tak lama lagi, Adakah ini suatu pembohongan ?

Lagi lama aku mencari fakta yg menidakkan artikel ini makin aku terjumpa bukti bukti jelas yg menunjukan bahawa
artikel ini adalah benar. Aku bukan aktif didalam politik , aku hanya rakyat biasa yg menjalani hidup sebagai melayu , dan mungkin aku ini lebih bernasib baik dari ramai orang melayu yg menjalani hidup mereka dgn kesusahan dan kepayahan utk bersaing didalam era kemajuan yg dicapai oleh negara kita . Kemajuan Malaysia kalau dibandingkan dgn negara negara jiran seperti Indonesia, Thailand , Burma , Kemboja , Vietnam dan Filipina amat baik sekali . Kita tak boleh nafikan dari perbandingan ini . Tetapi kemajuan negara kita harus lah seiring dgn kemajuan bangsa itu sendiri , Kemajuan yg macam mana yg dimaksudkan , kemajuan ada banyak definisi , kemajuan didlm ekonomi, mentaliti , agama dan banyak lagi yg sepatutnya seiring dgn arus pemodenan yg begitu aktif hadir di Malaysia ini. Apabila kemajuan ini tidak seiring maka banyaklah berlaku perasaan tidak puas hati  dikalangan orang orang yg tak mampu bersaing dgn arus kemodenan ini . Didalam pekara ini jelas orang Melayu ketinggalan didalam sektor ekonomi. Siapa yg harus dipersalahkan dalam isu ini. Adakah kita akan terus menyalahkan bangsa kita ? arghh Melayu mudah lupa , melayu tak sedar diri , melayu malas dan macam macam lagi. Persoalannya siapakah yang menjadikan Melayu sebegitu rupa ? Jawapannya amat mudah sekali .. Siapa yg tetapkan dasar dasar perlembagaan orang Melayu kalau bukan Umno dan Barisan Nasional.

                                         
Umno dan barisan nasional sepatutnya sedar bahawa mereka perlu berubah , perlu transformasi , perlu dirombak untuk mencapai aspirasi rakyat . Bukannya masih mengikut skrip skrip menang pilihanraya yg masih diguna pakai dari dulu kini dan selamanya . Didalam blog blog politik kita dihidangkan dgn macam macam keaiban masing masing , adakah ini contoh berpolitik yg baik ? kadang kadang aku tgk macam orang bodoh masing masing berhujah , yg polan ni mengutk polan ni , yg polan ni mengaibkan polan ni , weyyy wadehell man people are getting tired with your crap ..

Bila time pilihanraya benda benda ni banyak yg singgah kat pemikiran kita tapi setelah ianya habis apa yang rakyat dapat? Takde apa apa pun .. makin susah ada lah .

Dah panjang lak intro aku hari ni ..lets move on and talk about the issues above .Pengalaman aku menjelajahi dunia sewaktu bekerja dgn MAS dahulu banyak mengajar aku tentang banyak pekara , Dan selepas berhenti terbang diawan biru aku bergiat didalam bidang perniagaan. Dan bidang perniagaan yg aku ceburi memerlukan aku menjelajahi Malaysia dari Perlis hingga ke Serawak . Banyak pengalaman yg aku dapat dari perjalanan ini selama 5 tahun . Dan bukti yg jelas masyarakat melayu sangat sangat ketinggalan didalam ekonomi.Hampir 70 ke 80 % bumiputera yg mendapat bantuan dari kerajaan dimonopoli oleh golongan golongan yg kenal somebody , i think u guys must have known this term ..ala ada kaki kat dalam tu . Kontraktor kontraktor bumiputera banyak bergelumang dgn rasuah , this has been a trend in governmant sector. Padang golf , karaoke dah menjadi tempat melobi projek projek kerajaan . Dan kebanyakan projek projek ini akan dialibabakan kpd orang orang cina ataupun india yg semakin bijak utk berjaya didalam bidang masing masing. Kenapa ini terjadi ? Pada pendapat saya Islam kepada golongan ini telah menjadi pekara yg kesepuluh penting didalam diari hidup meraka.

Kalau kita lihat statistik diatas rm 2711 ringgit pada waktu ini dilihat sebagai tidak cukup dgn arus ekonomi Malaysia yg sekarang ini serba serbi naik nih . minyak , tol , air , letrik bahan mentah , bahan makanan , bahan keperluan asas semua dah naik . Yg tak naik naik ialah gaji gaji orang yg bekerja je , masih banyak lagi org yg berkerja dgn gaji asas dibawa 1000 ringgit , Tak percaya pergi la buat survey.. Makin banyak masaalah blacklist , masaalah along , masaalah kereta kena tarik dan mcm mcm lagi . Lama kelamaan kita sebagai orang melayu terpaksa menghambakan diri kepada yg bukan melayu ApeKeHell nye nih

Sampai satu masa Melayu akan semakin bijak menilai , jangan tuduh melayu ini malas , melayu ini manja , melayu ini pemikiran kolot kerana doktrin ini sebenarnya adalah hasil jajahan UMNO dan Barisan nasional . Kesalahan race upbringing ini harus ada yang mencorakkannya , Dan kerajaan harus lihat ini sebagai kegagalan terbesar yg mereka hadapi sekarang ini . Pembangunan material yg tidak seimbang menyebabkan banyak gejala sosial yg menganggu hidup kita sebagai orang melayu dan islam . Sebab itu pembangunan yg seimbang harus ada didalam dasar kerajaan utk melayu berdaya saing ditanah air sendiri.

Sekarang ini kita lihat senario politik negara dipenuhi dgn trend menuduh , mencaci , memaki , memfitnah antara satu sama lain utk mendpat populariti . Untuk apakah semua ini ? Hanya untuk kepentingan politik sahaja .. Yang menanggungnya adalah rakyat jelata .. BANGKIT LAH MELAYU SEMUA SUPAYA KITA INI DEWASA DAN MATANG UNTUK BERBICARA , MATANG UTNUK BERFIKIR , MATANG UNTUK BERSUARA , JANGAN SAMPAI NEGARA KITA TERGADAI OLEH PERANGAI SYAITAN DAN TAMAK HALOBA ..

Nukilan rasa dari rakyat biasa 

ApeKeHell nye

1 comment:

  1. mereka saling tindih satu sama lain, ... harus dihubungkan antara satu dengan yang lain tapi mahu tak mahu sistem raja2 adalah salah satu faktor bersatunya org2 melayu,tapi di malaysia raja tak berkuasa...Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi. ... Kalau ikut kebiasaannya, ... kalau orang Islam tau tentang perancangan..tak mgkin jadi miskin di negara sendiri..!jgn marah ..!kata2 nie ad kebenaran ..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...