Meh
korang tengok bukti-bukti kaitan umno dengan judi nih.. Masalah judi
nih memang dari dulu UMCO dah halalkan..apa kita nak herankan
kan,kan.kan
Di
bawah pula dipaparkan satu keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh
1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau
Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.
Keratan Akhbar Utusan Melayu - Fatwa Judi Amalan UMNO adalah HARAM (Klik untuk besarkan imej)
Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.
Korang nak tau sapa syeikh abdullah fahim? mufti Pulau Pinang itu?
Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebelum nih iaitu, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.
(Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.)
Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.
Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.
Demikian
keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang
dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah
Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri
oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati
dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan
Seberang Perai
KWSP - Duit Titik Peluh Rakyat Untuk Judi UMNO
Pengakuan
selamba Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP), Rusma Ibrahim dalam suratnya kepada Persatuan Pengguna
Islam (PPIM) pada 2007 pastinya mengecewakan ramai umat Islam dinegara
ini. Walaupun surat ini (gambar di atas) sudah lama, namun hingga
kini KWSP masih lagi aktif untuk melaburkan dana caruman umat Islam
yang kini melebihi RM 1 Billion kepada sektor perjudian dan riba.
Empat cabang pelaburan KWSP yang utama didedahkan iaitu;
1. Pelaburan Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
4. Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.
2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
4. Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.
Pelaburan
pelbagai yang tidak terkawal ini menunjukan sikap tidak sensitif KWSP
dalam menguruskan sumber kewangan umat Islam. Ini amat mengecewakan
kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara paksarela begitu
sahaja.
Dengan
organisasinya yang besar, adalah tidak logik KWPS tidak mampu untuk
membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini boleh perkenalkan
perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?
Senarai wajah-wajah korporat Melayu UMNO dalam industri ARAK & JUDI negara Islam Malaysia:
NAJIB SURUH PEMUDA MELAYU CONTOHI SIFAT TOKEY JUDI
GENTING
HIGHLANDS, 28 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak hari ini memberikan penghormatan kepada pengasas
Genting Berhad Tan Sri Lim Goh Tong, yang meninggal dunia akibat sakit
tua pada Selasa, sebagai seorang yang berpegang pada janji dan
terhormat.
Beliau
berkata Goh Tong adalah seorang yang amat istimewa yang berani
melakukan perkara yang dianggap mustahil dan berjaya mencapainya.
“Mendiang
merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa
apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh,
beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.
“Bukan
sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat
terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di
sini di Genting (Highlands),” katanya kepada pemberita selepas
memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di
Gohtong Villa.
Timbalan
Perdana Menteri turut mengucapkan takziah kepada balu Goh Tong, Puan
Sri Lee Kim Hua, dan anak mendiang Tan Sri Lim Kok Thay.
Najib diiringi adiknya Datuk Mohamed Nazim.
Goh
Tong, 90, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 23
Okt meninggalkan enam orang anak dan 19 cucu. Mayat mendiang akan
disemadikan esok.
“Banyak
perkara yang kita boleh kagumi dan belajar (daripada beliau). Saya
berharap generasi muda akan membuat kajian mengenai mendiang Tan Sri,
khususnya ciri-ciri Tan Sri dan kualiti yang ada pada dirinya yang dapat
diteladani oleh orang lain,” kata Najib.
Timbalan
Perdana Menteri berkata Goh Tong amat rapat dengan allahyarham
datuknya Datuk Hussein Mohammad Taib yang banyak menghabiskan masa
bersama.
Najib
berkata semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang pada 1980-an,
beliau juga selalu berhubungan dengan Goh Tong dan hubungan Goh Tong
dengan keluarganya sudah lama terjalin dan berterusan sehingga sekarang
dan juga di masa depan.
AKHBAR RASMI UMNO, IAITU UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN, SETIAP HARI MESTI MENGIKLAN KEPUTUSAN JUDI…
UMNO dan Genting
Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino
terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.
Tiga
tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting
Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel
Berhad.
Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.
Di
bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World
Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian
ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.
Umno
melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan
oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World
Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk
di atas kapal peranginan.
Manakala
sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah
yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti
perniagaan judi dan kasino.
Yayasan
Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun
Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang
kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.
Antaranya
ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua
Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka
Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.
Manakala
bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek
Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam,
Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.
Ini
memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah
bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan
muda dalam Umno.
UMNO dan Sports TOTO
Sports
Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat
berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada
tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam
penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan
dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.
Sehingga
kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan
mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines
Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun
kegiatan loteri di negara berkenaan.
Syarikat
ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad
yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Berdasarkan
carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga
Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih
memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.
Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.
Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.
Selain
itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan
bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu
dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed
Saleh Gomu.
Selain
dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang
menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki
saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk
Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang
memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.
Manakala
dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis
masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki
284,644,046 saham di dalam Sports Toto.
Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.
UMNO dan MAGNUM 4D
Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.
Magnum
4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D
Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur
dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat
Magnum 4D Berhad.
Syarikat
ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan
Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan
Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum
4D.
Pertamanya
ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham
oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan
Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan
60,502,000 saham dalam 4D.
Ini
menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak
langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan
tersebut.
Keduanya,
Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting
Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting
yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed
Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.
Ini
menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan
Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua
syarikat.
Menyentuh
mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan
Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga
bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan
6,666 saham di dalam 4D.
Lebih
memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan
sebanyak 1,666,666 saham.
Di
samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut
memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334
saham.
Lingkaran
dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan
pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan
bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.
Jadi jangan pelik lah kalau kita dapat tengok sekarang ni orang-melayu kita dengan selamber je membeli nombor ekor
0 comments:
Post a Comment