Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Tan Sri Tony Fernandes Letak Jawatan Di Air Asia?

 

Air Asia bakal kehilangan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes yang membayangkan beliau mungkin meninggalkan syarikat penerbangan tambang rendah itu. Tanpa memberikan garis masa yang sebenarnya, beliau berkata, syarikat boleh menjangkakan kepimpinan baharu tidak lama lagi.

Fernandes, pencetus di sebalik kejayaan syarikat itu, menyatakan demikian pada majlis ulang tahun syarikat yang-10 hari ini.

Sesungguhnya Fernandes telah melakar satu kejayaan yang bukan kecil sifatnya.
Tiada siapa sangka Air Asia akan berjaya sehebat ini sehinggakan hampir ‘ranap’ para pesaingnya di rantau ini.

Fernandes telah menukar anggapan yang menaiki kapal terbang itu satu perkara yang ‘mewah’ sehinggakan menaiki Air Asia sekarang ibarat menaiki bas Transnasional, boleh dinaiki oleh sesiapa saja tanpa mengira miskin atau kaya.

Bahkan syarikat itu sering menganjurkan kempen ‘gila’ dalam menjalankan kempen serta promosi termasuk menawarkan harga tiket serendah sepuluh sen!

Sejak 2001,
Air Asia telah mengubah kebiasaan perjalanan seluruh dunia dengan pantasnya dan muncul menjadi yang terbaik di dunia.
Dengan jaringan perjalanan yang meluas menerusi lebih 13 negara, Air Asia terus membuka jalan bagi syarikat penerbangan tambang rendah mendekati bidang perniagaan ini menerusi cara inovatif, proses yang efisien dan penuh semangat.

Berganding bahu dengan rakan perniagaan mereka, AirAsia X, Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia, AirAsia telah membawa penerbangan tambang rendah ke tahap baru dengan falsafah “Kini, sesiapapun boleh terbang”

Tak cukup dengan itu, dengan fokus untuk segmen jarak jauh pada kos rendah, AirAsia X ditubuhkan pada tahun 2007 untuk menyediakan rangkaian dari satu tempat ke tempat lain dengan kekerapan tinggi bagi penerbangan jarak jauh.

Memang hebat strategi Fernandes dan timnya.

Pun begitu beliau juga tidak terlepas daripada kritikan.

Namun beliau pernah mengkritik semula tindakan beberapa ahli parlimen yang membidasnya dengan berkata mereka telah menyalak di pokok yang salah.

Dalam tulisannya di laman mikro-blogging Twitter, Fernandes pernah menyoal kembali mengapa ahli-ahli parlimen itu tidak mempertikaikan kos di lapangan terbang atau berjuang menurunkan cukai untuk rakyat.

Baru-baru ini, beberapa ahli parlimen BN membidas Fernandes berhubung pertukaran saham  AirAsia-MAS, dan menuduhnya menipu syarikat penerbangan negara itu. Seorang daripada mereka turut melabelkan beliau sebagai “pencuri”.

Mengulas bidasan itu, Fernandes berkata apa yang telah dilakukan AirAsia adalah berjuang untuk memastikan penerbangan yang lebih murah untuk rakyat kebanyakan.

“Empat ahli parlimen itu telah mengkritik saya. Ini amat peribadi sepanjang tempoh lima tahun. Seorang MP kata saya ‘cabuli’ orang kampung yang miskin. Sebelum ini, orang kampung tak mampu terbang.

“Kami telah berusaha keras untuk menjadikan penerbangan sesuatu yang mampu (oleh semua orang) dan oleh kerana (usaha) kami,130 juta orang berjaya diterbangkan,” katanya.

Dan ketika ditanya dalam sidang akhbar hari ini di manakah kedudukan AirAsia dalam tempoh 10 tahun ini, beliau berkata “Dalam tempoh 10 tahun ini, terdapatnya CEO yang baharu kerana masa saya berkhidmat akan sampai ke penghujungnya tidak lama lagi.

“Ya, ketiga-tiga kami (pengerusi Datuk Aziz Bakar dan timbalan ketua pegawai eksekutif Datuk Kamaruddin Meranun) akan meninggalkan syarikat ini bersama-sama.

Dipetik dari Bernama, Fernandes berkata kepimpinan lebih menjuruskan kepada perubahan dan membawa masuk orang baharu ke dalam lembaga pengarah.

“Ya. Sudah sampai ke titik di mana akan adanya perubahan kepimpinan. Ia tidak dapat dielakkan. Kepimpinan yang baik ialah yang tahu bila untuk pergi dan menyegarkan semula pertubuhan dengan pemimpin yang lebih muda dan bertenaga,” kata beliau.
Ditanya apakah yang ingin beliau lakukan selepas meninggalkan AirAsia, secara berjenaka Fernandes berkata, “Saya cadang untuk buka stesen televisyen kos rendah.”
Tetapi, dalam nada yang lebih serius, beliau berkata: “Takdalah. Kami bertiga mempunyai banyak perkara untuk dilakukan.

Fernandes, bagaimanapun berkata, beliau belum lagi mengenalpasti bakal pengganti, tetapi menyatakan yang ia adalah perubahan dalaman.

Beliau berkata yang kepimpinan baharu itu mestilah mengekalkan aspirasi syarikat penerbangan itu seperti memastikan tambang rendah dan terus meninjau kebanyakan rantau di Asia ini.

“AirAsia juga berharap dapat menambah bilangan kapalterbangnya daripada 100 kepada 300 dan kami mahu meliputi kebanyakan negara Asia.

“Kami sudahpun ada AirAsia Japan pada masa ini, dan siapa tahu mungkin AirAsia India atau AirAsia China di masa akan datang,” tambah beliau.

Apapun penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya pada Fernandes…entah apa pula projek beliau selepas ini ye…

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...