Mohd Ezli Mashut Journalist TV Selangor telah membuat sebuah eksperiment mengenai daya tarikan graviti ketika gerhana bulan penuh pada jam 10.45 malam.
Menurut beliau, bumi akan mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang
lebih besar. Keadaan ini berlaku ketika gerhana matahari bila bulan di
antara matahari dan bumi. Pada kedudukan ini, telur yang berada di bumi,
mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang paling kuat
dari tempat lain.
Oleh kerana itulah, telur yang berada di bumi akan berdiri kerana mengalami daya tarikan graviti yang kuat. Ianya berlaku kesan daripada kedudukan
bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan sewaktu gerhana yang
menyebabkan wujudnya tarikan graviti ke atas.
Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan
tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat
berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan.
Prinsip yang sama juga berlaku kepada
kejadian pasang surut air laut. Jika dalam keadaan gerhana, di mana
bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan, maka akan
berlakulah air pasang perbani atau disebut juga air pasang besar.
Berdasarkan pendapat saintis, di antara
matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi
elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya
berdiri tegak.
Manakala, video di bawah ini berlaku ketika gerhana matahari:
0 comments:
Post a Comment