Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Mati digigit tikus dikemaluan ..aduhaiiiii

 


SEORANG pesakit radang paru-paru telah meninggal dunia akibat kehilangan darah selepas tikus menggigit zakarnya di hospital kerajaan di Kolkata seperti dilaporkan media tempatan.

Kejadian itu berlaku jumaat lalu di Hospital SSKM di mana Arun Sandhukh, 53, mendapatkan rawatan untuk radang paru-paru, lapor akhbar Asian Age.

Pihak keselamatan hospital mengakui bahawa ancaman tikus berleluasa di dalam wad tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

"Ketika kejadian, tiada jururawat disitu dan dia mengerang kesakitan apabila zakarnya digigit oleh tikus," saudara mangsa yang hanya dikenali sebagai Bishwanath memberitahu media.

Menurut laporan berita, ahli keluarga yang datang melawat Arun kemudiannya menyedari dia sudah tidak bernyawa dalam keadaan berlumuran darah.

Kemalangan di hospital yang terletak dibarat bandar Bengal, Kolkata mempunyai kelengkapan perubatan yang kurang lengkap dan penuh sesak, mendapat perhatian media sejak beberapa minggu lalu.

Sabtu lalu, seorang tukang bersih hospital, di Calcutta Medical College, dilaporkan telah mencabut topeng oksigen bayi berusia tiga minggu yang membawa kepada kematiannya.

Dalam satu lagi tragedi di sebuah hospital swasta di Kolkata, lebih 90 orang, kebanyakannya pesakit mati lemas kerana menghidu asap, selepas terjadinya kebakaran yang melanda bangunan hospital itu pada awal pagi 9 Disember.
ApeKeheLL la ye ..mcm mcm ada

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...