Kampus Bestari Jaya Di Mana Pelajar Itu Ditemui Mati
Seorang pelajar Universiti Industri selangor ditemui mati, tergantung di kipas berhampiran tandas asrama di kampus Bestari Jaya, Sinar Harian melaporkan.
V. Ramnath Naidu,19 tahun seorang pelajar di Universiti Industri Selangor Bestari Jaya, ditemui mati pada hari Sabtu selepas rakan-rakan asrama mencium bau busuk yang disangkakan datang dari tandas.
Bagaimanapun, selepas mereka membersihkan tandas, bau busuk itu masih ada, mendorong mereka untuk menyiasat punca bau yang datang dari arah berdekatan tandas.
Mereka terkejut apabila mendapati mayat rakan mereka yang hanya bertuala tergantung didalam sebuah bilik berhampiran tandas.
Kuala Selangor Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Timbalan Supritenda Mohd Asri A. Wahab berkata pegawai keselamatan yang telah dimaklumkan pelajar, menghubungi pihak polis.
Siasatan awal mendapati Ramnath telah mati sejak tiga atau empat hari lalu.
"Punca kematian masih dalam siasatan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat," katanya.
Beliau menambah bahawa mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga yang datang dari Sungai Petani, Kedah Ahad lalu.
ApekeheLL ... bunuh diri bukan penyelesai masaalah tapi kadang kadang apabila stress level yg terlampau tinggi membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan diri
ApekeheLL ... bunuh diri bukan penyelesai masaalah tapi kadang kadang apabila stress level yg terlampau tinggi membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan diri
0 comments:
Post a Comment