Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Remaja nekad cuba bunuh diri akibat putus cinta






Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun cuba membunuh diri di hadapan ibu dan guru muzik selepas teman lelakinya nekad mahu memutuskan hubungan dengannya,lapor sebuah akhbar cina.

Gadis itu dilaporkan cuba untuk melompat dari tingkap tingkat tiga pusat muzik di Puchong selepas teman lelakinya menyampaikan hasratnya mahu memutuskan hubungan melalui telefon bimbit kira-kira 11.20 pagi hari Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun, 
ibu kepada pelajar perempuan itu dan gurunya berjaya menarik gadis itu daripada terjun dan berjaya menyelamatkannya.

Bapa gadis itu dan teman lelakinya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan dari ibunya dan laporan polis telah dibuat. Pihak polis kemudiannya menghantar gadis itu ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut guru itu, gadis yang bekerja sambilan di pusat muzik itu, mempunyai kecenderungan untuk melakukan cubaan membunuh diri setiap kali dia menghadapi masalah dalam hubungan dengan teman lelakinya.

"Dia memukul kepalanya dengan botol kaca beberapa minggu yang lalu. Dia juga pernah cuba meminum air sabun dan menghentak kepalanya ke dindingsebelum ini," kata guru itu.

Ibu gadis itu yang berstatus janda berkata: "anaknya pernah cuba mengelar pergelangan tangannya di rumah sebelumnya".

Menurut sumber, teman lelakinya nekad mahu memutuskan hubungan dengannya kerana terlalu dikongkong oleh gadis itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...